Thursday, March 22, 2012

Biadap.

Setelah jutaan nikmat yang Tuhan berikan,kenapa tidak kau syukuri???

Engkau tak berasa cukup  dengan segala kurniaan Tuhan yang Maha Pemberi itu ,malah kau minta lebih lagi.

Lebih kurang ajar bila kau salahkan DIA pabila apa yang dipinta tak DIA tunaikan.

Tapi kenapa nikmat yang satu itu tidak kau sedar betapa kau tak perlu mengangkat pedang untuk pertahankannya?

Ya,iman.Nikmat yang kau,aku,malah kita semua jarang syukuri.

Sudah selesa agaknya,tak perlu diusahakan keimanan itu.


Kau masih tak bersyukur,malah lebih rakus mengejar nikmat dunia yang akan habis.

Pernahkah kau tersedar,apa yang kau minta tak sebanding dengan apa yang telah kau lakukan?

Pernah kau tersedar,selama hari ini,semua perintah DIA tak kau turuti?

Dan pernah kau sedar yang sebenarnya kau telah pergunakan Tuhanmu untuk kepentingan diri??


Sedarlah bahawa kau,aku,malah kita semua berasal dari tanah yang hina.

Dimuliakan Tuhan dengan kelebihan,diangkat menjadi makhluk yang mulia hatta lebih dari malaikat.

Tapi kau siakan kelebihan itu,kau mendabik dada,sombong dengan apa yang kau punya,apa yang kau ada.

Sedarlah.

Semua itu pinjaman dan sementara cuma.


Yang pasti,kita akan dicabut nyawa.Kembali kepada DIA yang memiliki semuanya.Terpulang pada kita,untuk berfikir atau biarkan sahaja.

Maka rugilah orang yang masih bersuka-suka dikala ajal sedang menanti masa.


Sedarlah,usah ditipu mainan dunia yang mengasyikkan hingga Tuhan kau lupakan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 18, 2012

my 1st red velvet cuppies~

cupcake yang cantik tak semestinya sedap.


so does people like us.

We might look pretty,but no one know the true colour of our inner self.

why dont we change to a better

person.

With better cover outside and brighter  inner side.


yummy cuppies is not  display in purpose.

its to be eaten.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, December 11, 2011

Perkara-perkara yang jarang kita syukuri~


.Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Segala puji dan puja buat Allah,Zat yang Maha Agung,Maha Hebat,Maha Kuasa atas setiap sesuatu,Tuhan yang menguasai seluruh jagat raya,yang Maha Hebat mencipta makhluk dari sekecil-kecil sel,hingga sebesar-besar galaksi.Tuhan yang memiliki hati setiap manusia,dan berkuasa membolak-balikkan hati itu dengan kehendakNya.
Selawat dan salam buat kekasih di langit dan di bumi,Muhammad SAW,kerana jasa Baginda,alhamdulillah,kita masih bernafas dalam nikmat iman dan Islam.

Syukur pada Allah yang tak terhingga,kerana sekarang,saya,kita semua telah dikurnia usia yang panjang setelah hampir dua dekad dipinjam nyawa oleh Allah dan alhamdulillah,masih lagi dipinjamkan nyawa itu.Oh ya,sedarkah kita,sudah dua dekad dipinjamkan nyawa??syukurkah kita???
Semua insan yang Allah ciptakan mempunyai fitrah yang sama,iaitu pelupa.Lupa dengan nikmat pinjaman sementara,lupa dengan tujuan dia dicipta,lupa dari mana asal usulnya,lupa yang dia hanyalah hamba,lupa tanggungjawab dan amanah yang dibawa,lupa yang suatu hari nanti,semuanya akan diambil semula.

Bila lupa,jaranglah ingat.Atau,tak ingat langsung.

"Maka ingatlah Aku,Aku akan ingat padamu.."(2:152)

Saya yakin dan amat pasti,semua dalam kalangan kita,sudah menghadam ayat ini.Ada yang nak menyambung terjemahannya???


"....dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur (ingkar) kepadaKu."


Pernah kita duduk,berfikir,dan bersyukur untuk semua yang kita ada???
(Yang kita ada ni pun,kita punyakah??)


Maka,bersyukurlah.


Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah yang Maha Penyayang.Kerana sifat Maha Penyayangnya Allah,masih diberi nyawa hari ini,walaupun setiap saat semalam,kita melakukan kemungkaran padaNya.

Bersyukurlah pada Allah,Pemberi Rezeki pada kita,yang masih memberi kita makan tika perut berbunyi lapar,dan diberi minum tika tekak kering dahaga walaupun sepanjang hidup kita,kita sia-siakan,kita buat perkara yang buat Allah murka.

Bersyukurlah kita pada Zat yang Maha Pengasih,kerana masih dipinjamkan jasad;tangan yang masih mampu menggenggam,kaki yang masih boleh berpijak diatas tanah,telinga yang masih boleh mendengar,mulut yang masih boleh bersuara,mata yang masih boleh melihat,rupa paras yang indah,nikmat yang jarang kita syukuri walaupun semalam kita telah gunakan mulut itu untuk mengumpat,tangan itu kita guna untuk bertumbuk,kaki itu kita guna untuk melangkah ke tempat maksiat,dan mata itu kita guna untuk melihat benda-benda yang tak sepatutnya.

Bersyukurlah.
Bersyukurlah,kita masih dikurnia masa hari ini,untuk kita terus bertaubat memohon ampun atas kesalahan kita yang lalu.Syukur kerana tidak diambil nyawa kita pada masa kita sedang melakukan dosa dan mengingkari perintah Allah.Syukur kerana Allah tidak terus menghukum kita sesudah kita membuat maksiat,lagipula diberi masa untuk kita bertaubat,dan memperbaiki diri.

Ingatkah kita untuk bersyukur atas semua nikmat ini????

Maka,bersyukurlah.

Bersyukurlah sementara masih ada waktu.
Bersyukurlah sebelum nyawa diambil semula.
Ketika itu,tiada berguna lagi penyesalan.Tiada guna lagi raungan dan permohonan,kerana masa hidup itu,telah kita siakan.


Kerana mati itu pasti.(3:185)

Tuesday, October 11, 2011

Cinta Agung~

.Bismillahirrahmanirrahim.

 Sekalian puji dan puja buat Tuhan sekalian alam,yang mengawal setiap degup jantungku,mengetahui setiap hela nafasku,Tuhan yang memberikan diri ini nikmat yang tak terkira luasnya.Pemilik dunia dan segala isinya,yang mentadbir alam ini,Rabbul I'zzati.
Selawat dan salam buat kecintaan dilangit dan dibumi,insan teragung kekasih Ilahi.Dengan perjuangan Baginda yang tiada kenal penat dan lelah,tiada tahu erti menyerah kalah,diri ini mampu menghirup udara nikmat Islam dan Iman yang tiada ternilai dengan sekalian isi alam.
    
Alhamdulillah.Tiada kata mampu diungkap untuk menggambar syukur dihati ini.Dengan izinNya,saya mampu untuk menaip satu entri hari ini,walaupun saya telah bermimpi untuk meng'update' entry setiap hari sejak cuti panjang bermula tempoh hari.Cita-citanya nak berkongsi sedikit apa yang ada,tapi teringat kata seorang ahli dalam dunia penulisan ini,Pak Samad.

 "Jika mahu menjadi penulis,
pertamanya, hendaklah membaca,
keduanya, hendaklah membaca,
dan ketiga, hendaklah membaca juga,
dan kemudian, barulah jadi penulis"


Mungkin tajuk entri ini sangatlah cliche,ataupun sangatlah membosankan untuk sesetengah pihak yang sudah bosan dengan perkataan yang sering dijadikan tajuk lagu,tajuk novel,bahkan juga tajuk entri di blog-blog.Walau apa pun yang akan difikirkan oleh orang2 yang membaca entri ini,saya tetap akan terus menaip,bercerita tentang tajuk yang sangat cliche itu.

Kerana entri kali ini,mendapat inspirasi dari lagu ini.


Semua orang boleh mengucap kata cinta sesama manusia.

Seperti si ibu mengucap cintanya pada anaknya yang tersayang.
Seperti si suami mengucap cintanya yang tak bertepi buat si isteri yang menjadi peneman hidup.
Seperti si guru yang mengucap kasihnya pada anak didiknya.
Seperti sang kekasih mengucap kata sayang pada si gula hatinya.

Tapi sejauh mana kita mengucap cinta pada Sang Pencipta Cinta??

Kata orang,cinta itu bukan cukup sekadar dengan ayat-ayat manis yang meniti dibibir,tapi juga dengan perbuatan.


Dan saya sangat percaya,kita sesama manusia mampu menzahirkan cinta kita terhadap makhluk lain dengan begitu baik sekali.


Seperti ibu yang cintakan anaknya,dibelai anak itu,diberi didikan yang sempurna,ditatang bagai minyak yang penuh.
Seperti si suami yang kasihkan isterinya,dijaga bagai permata berharga,dilindung dari segala anasir luar yang mengancam,dipenuhi segala kemahuannya.
Seperti sang kekasih yang sayang pada si gula hatinya,ingin ditatap wajah setiap ketika,sebagai bukti cinta yang tiada tara.

TAPI,
Bagaimana kita menzahirkan cinta kita pada Pemilik Cinta?



Kita sanggup renangi lautan api untuk sang kekasih,tapi,bila Kekasih Agung kita memanggil menghadapNya,kita lewat2kan,bahkan sampai tahap mengendahkan seruan itu.

Bila ditimpa musibah datang menghimpit,tak dicarinya pula si gula hati yang dipuja2,didamba2,tapi dicari juga Kekasih Agung yang sering diabaikan seruanNya itu.Baru kala ini mahu mengaku,'hanya Engkau yang aku ada,Engkaulah tempat aku mengadu,Engkaulah cinta hatiku'.Beginikah kita cara kita mengaku cinta padaNYA???
Sudah sampai masanya untuk kita perbaiki cinta kita padaNya.

Sungguh,tanpa cintaNya,tiada terdengar degup jantung ini,tiada berombak dada menghela nafas,tiada terlihat pemandangan yang indah dengan dua mata ini.Tanpa kasihNya,tiada terisi perut yang kosong,tiada terasa nikmat hidup yang senang,tiada dapat merasa nikmat dicintai dan mencintai makhluk.

Tanpa belasNya,tiada kita merasa keamanan,tiada kita merasa damainya kasih bonda,tiada kita merasa hangatnya kasih seorang ayah,tiada kita merasa indahnya hidup di dunia yang fana.

Ingatan ini buat diri saya yang terutamanya,yang mudah lupa,yang sering leka dengan habuan dunia,lalai dengan cinta manusia.Ayuhlah kembali.Kembali pada cinta yang selama ini telah memberi nikmat dan peluang untuk terus hidup di dunia ini.

Cinta Agung.
Tanpa cinta agung itu,pasti,
berakhirlah usia dunia ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.moga bermanfaat.