Friday, August 27, 2010

cinta....(2)




post semalam,buat saya addicted to write more.
sbb tajuknye sgt catchy..
it is very satisfying when i read it back.
because it came from my deepest heart.

ok.back to the topic.

dalam surah An-Nur:3,Allah berfirman;

"Penzina lelaki tidak boleh berkahwin kecuali dgn penzina perempuan atau perempuan musyrik,dan penzina perempuan tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina lelaki atau lelaki musyrik;dan yang demikian itu diharamkan keatas orang2 mukmin."

penzina hanya layak untuk penzina.
musyrik hanya layak untuk musyrik.

orang-orang mukmin?
sudah pasti selayaknya menerima seorang mukminah sebagai suri,permaisuri hati..

masyarakat kina selalu keliru dengan istilah mukmin,dan muslim.

muslim adalah orang yang memeluk islam.
mukmin adalah orang yang beriman pada Allah.

semua mukmin adalah muslim.
tapi,tak semua muslim adalah mukmin.
mungkin sebutan lebih kurang sama.
maksudnya tetap berbeza.

dari pandangan seorang perempuan,
pemuda idaman xperlu sekacak prince charming,
sekaya Donald Trump,
atau sebijak Bill Gates.

cukup dia punya agama.

kenapa AGAMA?

kerana agama adalah penjaga.
menjaga maruah,menjaga keturunan,menjaga akal,dan menjaga harta.

agama pemandu jalan.

agama memandu cinta.

teringat suatu ketika,saya ad membaca riwayat hidup Saidatina Aisyah r.a,betapa hidupnya sentiasa subur dengan cinta suaminya,Rasulullah S.A.W...
dalam satu riwayat,ada diceritakan,Baginda bermain kejar-kejar dengan Aisyah...
terdetik di hati saya,
'romantiknya..'

ap kaitannya dengan agama?

kerana adalah suatu kewajipan agama untuk memberi nafkah zahir dan batin.
kalau si suami itu faham akan tuntutan agama,..
pasti tak akan ada kes cerai berai.
tak ada kes suami tetak isteri.
tak akan ada kes suami suruh isteri melacur diri.

suami yang beragama dan beramal dengan ajaran agamanya,
akan berusha bersungguh-sungguh,memenuhi tuntutan agama.
akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua,imam dan raja kepada kerajaan kecil keluarganya.
suami akan mendidik isteri dan anak2 dengan kasih sayang dan cinta yang berlandaskan cinta Allah...
dan bercinta bukan setakat di dunia,tapi

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

dan kriteria pemuda beragama ini,

bukan hanya belajar agama tinggi2.
tapi mengamal ajaran agamanya.
dengan sepenuh hati.
kerana dengan itu,dia akan merasai tanggungjawab yang diberi,bukan satu beban.
tapi amanah dan anugerah dari Ilahi.


buat Adamku,
bukan kuharap mewahnya hidup di dunia,
bukan emas permata yang hanya sementara,
bukan nama dan pangkat semata,

tapi,

kuharap cinta,
yang bertaut atas izin Pencipta cinta,
yang bakal menyeri hidup di dunia,
dan memanduku hingga ke syurga...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...