Sunday, September 5, 2010

lebih baik dari seribu bulan...



lailatulqadr...

al-Qadr:1-5;

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr.dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu,turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar."


malam yang penuh keberkatan...
diampunkan segala dosa-dosa lampau...
waktu paling mustajab untuk berdoa...

namun ramai diantara kita,lalai dengan godaan dunia.

raya lagi seminggu.
baju raya belum beli lagi.
ataupun sibuk tengok mega movie kat tv.

post ni bukan nak smash sesiapa.
tapi smash diri sendiri.
belum tentu diberi peluang untuk diri ini menjenguk Ramadhan akan datang.
adakah kita pasti akan dipanjangkan usia dan diberi peluang menghirup udara segar esok hari?

sudah pasti.
tiada siapa yang akan dapat memberi jaminan 100% tntg peluang utk hidup esok hari.
maut itu terlalu dekat.

"..apabila tiba padanya ajal(maut),tidak akan dilambatkan walau sesaat,atau dicepatkan.."

firman Allah ini,sangat melekat di ingatan saya.
wlaupun saya tak ingat dalam surah mana,tapi ianya diulang berkali2 dalam al-Quran.

ayuh.
jangan berlengah lagi.
mari berlumba2 mengerjakan kebaikan!!!!

ayuh bertemu di syurga!!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...