Wednesday, October 6, 2010

.jangan pandang belakang.

Bila ditimpa sesuatu musibah,kita akan selalu terkenang2,terbayang2,klau la semua tu xpernah terjadi dalam hidup kita.
kan bahagia...

Tapi,
semua itu,takdir Allah,suratan yang telah tertulis sejak sebelum roh kita ditiupkan ke dalam jasad lagi.
Bukan urusan kita untuk mempersoalkan kenapa kita yang perlu menghadapinya,bukan orang lain.
Yang menjadi agenda kita adalah untuk berhadapan dengan masalah yang datang dam menyelesaikannya dengan pertimbangan akal,hati dan iman.

Memang senang cakap nak suruh sabar..
Tapi hakikatnya,sabar itu lebih dari sebuah perkataan.
Ia lebih kepada sebuah perlaksanaan.
Mendidik hati untuk redah dan sabar dengan ketetentuan Tuhan,
menuntut ketegasan dan bukan sedikit airmata yang telah dan bakal tumpah.

sesunggauhnya,ujian itu, TARBIAH dari Allah.
Walaupun Dia memberi kita ujian,Dia jugalah yang sebenarnya mengilhamkan penyelesaian dan menghantarkan bantuan yang tanpa kita sangka-sangka.


Sejauh mana masalah itu memberi kesan dalam hidup kita,bergantung bagaimana kita memberi persepsi kepada masalah itu.

adakah ianya satu beban yang menyusahkan?

atau satu petunjuk buat kita supaya lebih dekat dengan Tuhan?

atau sebagai tanda cinta Sang Pencipta pada hamba-hambaNya?


Tepuk dada,tanya iman.

Persepsi kita terhadap sesuatu masalah itu juga mempengaruhi cara kita berhadapan dengan masalah itu.
Ada orang yang berhadapan dengan masalah dia dengan sabar dan menyelesaikannya dengan penuh tanggungjawab.
Ada yang mengambil jalan mudah untuk lari daripada masalah itu.padahal masalah itu akan terus-terusan memburunya,dan sebenarnya,masalah itu,akan sentiasa bertambah,bertambah dan bertambah kerana disebabkan oleh sikap kita yang mahu ambil mudah,dan tidak berani meghadapi masalah.

Bukan saya seorang sahaja punya masalah.
Anda juga punya masalah.
Setiap orang punya masalah masing-masing.
untuk diselesaikan dan untuk diambil iktibar darinya.


Sentiasalah pandang masalah itu sebagai satu yang positif.
kita yang menentukan samada di akhir penyelesaian masalah itu,kita akan beroleh manfaat,
atau hanya menanggung kerugian yang tidak terkata.
bukan setakat rugi dunia,tapi juga rugi AKHIRAT.

Masalah yang bertandang seringkali mengundang amarah.

Kawal amarah itu.
Kerana amarah adalah api kebencian yang disimbah oleh syaitan untuk memperokperandakan hidup manusia.
Bila marah,macam-macam boleh berlaku.
Tak hairanlah jika ada kes suami tetak kepala isteri sendiri hanya kerana si isteri tidak menggoreng telur kegemarannya seperti yang dipinta.
tak hairan jugalah,jika ada abang yang melemaskan adiknya sendiri kerana marah dengan adik kecilnya yang menconteng kerja sekolahnya yang perlu dihantar esok.

Kawallah amarahmu.

semoga masalah yang bertandang dilaman hidup kita menjadi suatu anugerah yang tidak ternilai harganya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...