Wednesday, December 22, 2010

.Kita sering lupa tentang yang satu ni.

TANGGUNGJAWAB.

Setiap satu daripada kita,dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan.

Walau siapa pun kita,kita punya tanggungjawab tak kira samada sebagai ibubapa,anak,pelajar,pekerja,majikan,menteri,doktor,
akauntan,atau apa sekalipun status dan pekerjaan anda dan saya.Dan yang terpenting,sebagai HAMBA Allah.

Saya,punya tanggungjawab sebagai anak,kakak,adik,pelajar,sahabat,muslim,hamba Allah,dan pelbagai lagi tanggungjawab yang tak tersenarai disini.Segala tanggungjawab yang diletakkan diatas pundak ini bukan untuk diabaikan,tapi untuk dilaksanakan dengan sebaiknya.Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah ini,adalah salah satu dari cabang ujian.

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan berkata, "Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji?"(Al-Ankabut:2)

Ya,tanggungjawab itu ujian untuk menguji keimanan dan keyakin
an kita padaNya.

Kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap apa yang ada pada kita,apa yang kita lakukan.

Apa yang telah kamu lakukan dengan anggota badan yang dikurniakan Allah?
Kemana kamu belanjakan rezeki kurniaanNya?
Terlaksanakah tanggungjawab kamu mendidik anak dan isteri kamu mengenal Allah?
Masa 24jam sehari itu,kamu isikan dengan apa?
Telinga yang Allah bagi itu,kamu guna untuk dengar umpat keji atau ayat-ayat suci?
Tangan yang kamu ada itu,kamu guna untuk memberi bantu
an atau menyusahkan hidup orang lain?
Ilmu yang kamu miliki itu,adakah kamu amalkan?atau seakadar simapan buat jeruk?
Harta yang Allah kurniakan itu,kamu gunakan untuk tegakkan agama Allah atau untuk meruntuhkannya?

Semuanya,segalanya akan dipersoalkan.Setiap dari anggota tubuh kita ini akan menjadi saksi kepada setiap amalan dan amanah kita,samada kita jalankan tanggungjawab itu dengan penuh amanah atau,kita biarkan tanggungjawab itu,selesai sendiri.Tanggungjawab ini sentiasa bertambah,bukan berkurang.Amanah dengan tanggungjawab
anda.

"Dan mereka berkata kepada kulit mereka,"Mengapa kamu menjadi saksi keatas kami?"Kulit menjawab,"Yang menjadikan kami dapat berkata-kata adalah Allah,yang juga menjadikan segala sesuatu dapat berkata-kata,dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan kepadaNya kamu dikembalikan".Dan kamu tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran,penglihatan dan kulitmu,bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu kerjakan".(Fussilat:21-22)

Kenapa saya sibuk-sibuk bercakap tentang tanggungjawab ni?

Jawapannya;
  • Saya sudah jelek dengan orang yang sering melepaskan tanggungjawab mereka dan membiarkan orang lain melaksanakan tanggungjawab mereka.
  • Saya mahu mengajak anda berfikir,terutama mereka yang bergelar remaja,yang sibuk nak bercinta ni.Sedarkah anda,cinta itu sebuah tanggungjawab?Tanggungjawab yang sedia ada sekarang,sudah anda terlaksana dengan baik?Bukan menghalang anda bercinta,tapi,fikir dulu sebelum bercinta.Kalau sudah sedia untuk menjawab soalan Allah tentang tanggungjawab anda terhadap pasangan anda,silakan.
  • Perasaan kesal masih lagi tebal dalam hati saya,melihatkan ada segelintir daripada masyarakat kita,yang sibuk mempersoalkan tanggungjawab dan amanah orang lain,sedangkan tanggungjawab dia sendiri tak terlaksana,malah terabai.Jaga-jaga,jangan sampai Allah terbalikkan semua itu atas diri kamu.Nauzubillah...
  • Saya rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka yang tak sedar-sedar bahawa mereka punya tanggungjawab yang tak terkira banyaknya,tapi masih punya masa untuk berfoya-foya.
Setiap amalan dan amanah yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan diakhirat kelak.

"....bagi kami amalan kami,dan bagi kamu amalan kamu...."(as
-Syura:15)

Tiada yang akan bertanggungjawab 'on behalf' kita lagi diakhirat nanti.Bersiap sedialah menerima pembalasan atas semua yang telah dipertanggungjawabkan keatas kalian.

Rasailah perasaan bertanggungjawab atas tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan keatas kita semua.,kerana ia bakal dipersoalkan kelak.Jangan dipersoalkan kenapa kita adalah orang yang harus bertanggungjawab atas semuanya,kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai hambaNya di hamparan dunia ini.

Maka,pohonlah pertolongan dari Allah,agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita,sebaiknya.

Semoga Dia bersama kita,membantu kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan olehNya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...