Thursday, December 30, 2010

..cukuplah..


Cukuplah.
Cukuplah Dia untukku...
Sungguh aku tidak punya daya,
melainkan pertolongan dariNya.


Mungkin aku tiada sesiapa,tiada apa yang tersisa.
Tapi,cukuplah.
Kerana Dia sentiasa bersamaku.
Memapah,menyokong,menguatkan,membantu,tanpa rasa jemu.

Aku sentiasa rasa cukup denganNya.
Dia memberiku segalanya.
Yang aku perlu hanya terus mengingatiNya,
dalam jagaku,dalam setiap lenaku,dalam setiap laku ku.

Sudah.
Jangan dipertikai lagi siapa Dia buatku.
Walaupun kau datangkan seluruh jagat raya untuk membinasakanku,
jika tanpa izinNya,
usaha kau,hanya sebuah sia-sia.

Teruskan dengan apa yang kau mahu lakukan.
Aku tetap disini.
Setia bersamaNya.
Kerana cukup Dia untukku.

1 comment:

  1. Kasih sayang pada sang pencipta..merupakan kasih yang utama..dan kekal abadi.... Tahniah... moga lebih ramai muslimah seperti husna...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...