Tuesday, August 31, 2010

.saya.

to judge me,
know me first.

saya memang perahsia,terlalu sensitif,cepat menangis.

kalau saya marah,diam is the best way.

jadi,kalau saya marah,jgan suruh buat lawak dengan saya.

kalau saya diam tu,tndanya saya marah.

memang marah!!!

Saturday, August 28, 2010

.sepi.



SePi.

hati saya kosong.
sepi.
Ramadhan kali ni penuh ujian untuk saya.
ujian yang menguji iman.
ujian yang insya Allah,
dianugerahi syurga sebagai balasan..

Ya Allah...

aku terlalu lemah untuk berhadapan dengan ujianMu...
bantulah diriku ya Allah...

Friday, August 27, 2010

cinta....(2)




post semalam,buat saya addicted to write more.
sbb tajuknye sgt catchy..
it is very satisfying when i read it back.
because it came from my deepest heart.

ok.back to the topic.

dalam surah An-Nur:3,Allah berfirman;

"Penzina lelaki tidak boleh berkahwin kecuali dgn penzina perempuan atau perempuan musyrik,dan penzina perempuan tidak boleh berkahwin kecuali dengan penzina lelaki atau lelaki musyrik;dan yang demikian itu diharamkan keatas orang2 mukmin."

penzina hanya layak untuk penzina.
musyrik hanya layak untuk musyrik.

orang-orang mukmin?
sudah pasti selayaknya menerima seorang mukminah sebagai suri,permaisuri hati..

masyarakat kina selalu keliru dengan istilah mukmin,dan muslim.

muslim adalah orang yang memeluk islam.
mukmin adalah orang yang beriman pada Allah.

semua mukmin adalah muslim.
tapi,tak semua muslim adalah mukmin.
mungkin sebutan lebih kurang sama.
maksudnya tetap berbeza.

dari pandangan seorang perempuan,
pemuda idaman xperlu sekacak prince charming,
sekaya Donald Trump,
atau sebijak Bill Gates.

cukup dia punya agama.

kenapa AGAMA?

kerana agama adalah penjaga.
menjaga maruah,menjaga keturunan,menjaga akal,dan menjaga harta.

agama pemandu jalan.

agama memandu cinta.

teringat suatu ketika,saya ad membaca riwayat hidup Saidatina Aisyah r.a,betapa hidupnya sentiasa subur dengan cinta suaminya,Rasulullah S.A.W...
dalam satu riwayat,ada diceritakan,Baginda bermain kejar-kejar dengan Aisyah...
terdetik di hati saya,
'romantiknya..'

ap kaitannya dengan agama?

kerana adalah suatu kewajipan agama untuk memberi nafkah zahir dan batin.
kalau si suami itu faham akan tuntutan agama,..
pasti tak akan ada kes cerai berai.
tak ada kes suami tetak isteri.
tak akan ada kes suami suruh isteri melacur diri.

suami yang beragama dan beramal dengan ajaran agamanya,
akan berusha bersungguh-sungguh,memenuhi tuntutan agama.
akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua,imam dan raja kepada kerajaan kecil keluarganya.
suami akan mendidik isteri dan anak2 dengan kasih sayang dan cinta yang berlandaskan cinta Allah...
dan bercinta bukan setakat di dunia,tapi

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA.

dan kriteria pemuda beragama ini,

bukan hanya belajar agama tinggi2.
tapi mengamal ajaran agamanya.
dengan sepenuh hati.
kerana dengan itu,dia akan merasai tanggungjawab yang diberi,bukan satu beban.
tapi amanah dan anugerah dari Ilahi.


buat Adamku,
bukan kuharap mewahnya hidup di dunia,
bukan emas permata yang hanya sementara,
bukan nama dan pangkat semata,

tapi,

kuharap cinta,
yang bertaut atas izin Pencipta cinta,
yang bakal menyeri hidup di dunia,
dan memanduku hingga ke syurga...

Thursday, August 26, 2010

cinta....

(^_^).
a great topic to be discussed.
sume org teruja bila bercakap tentang cinta.
and i dedicate this post to everyone that i love.
especially to someone who always by my side..
thanks for loving me...

CINTA..
boleh buat orang tak lalu makan,mandi tak basah,smua yang dibuat tak menjadi.

cinta boleh buat orang bahagia.
tapi cinta pun boleh buat orang merana.

cinta itu,FITRAH.

Allah ad berfirman dalam surah Ar-Rum;

"dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya,diciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu berasa cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan Dia menjadikan diantara kamu rasa kasih dan sayang.Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang berfikir"

(Ar-Rum:21)

Allah menjadikan setiap makhlukNya berpasang-pasangan.

jantan ada betina.

lelaki ada perempuan.

antara hikmah kejadian berpasang-pasangan itu,sebagai pelengkap.

dalam surah al-Baqarah,Allah ad berfirman;

"....isteri-isteri kamu adalah pakaian bagi kamu,dan kamu adalah pakaian untuk isteri-isteri kamu..."

kenapa Allah menisbahkan pakaian?

sbb,fungsi pakaian itu sendiri.pakaian berfungsi melindungi,menutup cacat cela,memberi kesempurnaan kepada manusia.
suami berfungsi sebagai pakaian kepada isteri,maksudnya,suami bertindak menjadi pelindung,mnutup maruah dan kecacatan isteri,menyempurnakan kejadian isteri itu sendiri.sebagai contoh,isteri lemah,suamilah yang menguatkan.isteri sedih,suamilah yang menggembirakannya..mcm itu juga peranan si isteri.saling lengkap melengkapi.


Subhanallah...
tahu tak wahai kaum adam,rusuk kirimu yang ke-12 tiada?
kerana dari rusuk kiri itulah Allah ciptakan Hawa buat dirimu...
Hawa dicipta dari tulang rusuk yang teguh,jika diluruskan dengan kasar akan patah remuk...
jika dipandu dengan iman,
dialah hawa pelengkap rusuk kirimu..bidadari ciptaan Allah buat dirimu...

smoga cintaku dan cintamu bersatu kerana cintaNya!!!

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan kareem~

12 Ramadhan 1431H.

soalan2 ni,slalu dtg dlm diri saya...
sudah berapa juz bacaan al-Quran kita habiskan?
sudah berapa bnyak duit kita laburkan utk bersedekah?
bersungguhkah kita mngejar rahmat dan redha Allah spnjang 12 hari bpuasa??

soalan yg perlu ditanya dlm diri masing2.
supaya sedar.
supaya ingat.
mungkinkah ini Ramadhan terakhir buat kita??

ssungguhnya,telah byk perkara yang berlaku spnjang Ramadhan kali ini.
berlaku pada saya,dan sahabat seperjuangan.

14 ogos.
kawan saya kehilangan orang tercinta,ibunya,diambil smula oleh Allah...setelah dberi pinjam selama 18 tahun...
sungguh perit kenyataan itu.tapi diterima oleh sahabat saya dengan redha...
sambil tersenyum."mak saya da ada dlm syurga..",kata2 yang menusuk kalbu.
kalau saya,xmungkin sekuat itu.
kehilangan seorang ibu,sama sperti hilang cahaya hidup..
perginya ibu itu seolah2 mabawa skali bersama2nya ke dalam liang lahad... kegembiraan,keceriaan,gelak tawa dan lautan kasih sayang yang tak bertep...
tiada yang mungkin dapat mengganti kasih seorang ibu...

19 ogos.

sahabat saya telah dberhentikan pengajiannya.
tanpa diberi peluang untuk menduduki peperiksaan ulangan.
tindakan zalim yang membunuh masa depan sahabat saya!!!
dengan hny tinggal sdkit lagi untuk mlengkapkan hafalan 30 jzuk al-Quran,dia ditendang keluar tanpa diberi peluang merayu dan membela diri...
punah harapan utk khatam bersama2,pakai jubah konvo sama2...
sungguh sahabat saya sgt kuat menghadapinya!!


ini antara cerita Ramadhan saya.

penuh dengan ujian yang tidak disangka2.

semoga dengan ujian ini,Allah ampunkan dosa2 kami smua.

dan dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayangNYa.

smoga kami menjadi graduan madrasah Ramadhan ynag berjaya.

Ramadhan kareem..

Allahu akram~

Saturday, August 14, 2010

anak kecil...

a for apple
b for bear
c for cat
d for door
e for elephant
f for fan
g for girl
h for house

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

abcdefghijklmnopqrstyuvxyz

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVXYZ

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVXYZ

POST NI WRITTEN BY MY NIECE.

Wednesday, August 11, 2010

kekuatan....

..............
...tiada kata yang mampu diungkap...
terlalu banyak yang berlaku...
aku hanya hamba yang lemah..
ya Allah berilah ku kekuatan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...