Monday, October 18, 2010

.kadang-kadang perlu menyorok.

kadang2 kita memang perlu menyorok.
sorok ap yang kita rasa.
sorok kegembiraan yang tak tergambar dengan kata2.
sorok kesedihan yang menyesakkan dada.
bukan niat untuk mengasingkan diri,sombong atau apa sja,..

tapi ianya terkadang menjadi satu keperluan.
supaya tiada hati yang sedih.
supaya tiada hati yang cemburu.
supaya tiada hati yang menumpahkan simpati.
dan tiada hati yang terluka...
walaupun kita separuh nyawa memendam dalam hati.

positifkan hati...
ujian yang mendatang suatu jalan untuk kita taqarrub ilallah...
.................

sedih masih merundung hati saya.
hanya Allah yang tahu.
doakan saya.
punya kekuatan untuk menempuh dugaanNya.

Friday, October 8, 2010

Qurratu A'ini~




Penyejuk mata kami~

erm...agak kecewa sbenarnye sbb nak upload gambar kami sekelas,tapi ad banyak halangan yang tidak dapat dielakkan...

Qurratul aini..
kelas tasmi' saya di Darul Quran,bumi penuh barakah.

kelas saya,asalnya ad 11 orang ahli,

ketua kelas merangkap kepten,

Nasuha Mohd Fazarin.
ex KISAS.

Siti Syazwani bt Nootdin.
ex SMKA Sik,
merangkap pembantu kapten kami.

ahli yang lain,
Nurul Zaimah Abd Rahman (KISAS),
Nur Syarina Abd Jalil (SMKABP),
Nur Syariza Abd Jalil (SMKABP),
Anis Nabilah Shah Minawar (SBPIG),
Siti Nabilah Mohd Nor(SMKANLB),
Husna Izzati Jaafar (SMAPL),
Nurul Arifah bt Bukhari(MMP),

dan lagi 2 orang,

Siti Nur Halimah (MAAHAD MUAR),yang sekarang sudah berada di Mesir, utk menyambung pengajiannya dlm Dentistry.
Adibah Ibrahim (MAKTAB MAHMUD)...
sekarang di Kolej Insaniah Kedah.

This is the small family of mine in Darul Quran.
Berjuang untuk menyimpan ayat2 suci Allah...
wlaupun kami bersahabat,x sampai setahun..
tapi hubungan kami rapat...
macam adik beradik.


itulah kehebatan ukhwah berlandaskan iman.
mungkin ada orang akan cakap,
"apa kaitan persahabatan dengan iman?"
.....
jawapannya....

sesungguhnya orang2 yang beriman itu bersaudara.
persaudaraan yang diikat denagn simpulan iman itu,membuahkan suatu rasa kasih dan cinta tanpa syarat dan tanpa sempadan.

iman yang menyatukan umat Islam.
iman yang menyampaikan rasa kasih dan cinta kita pada saudara seagama kita di Palestin.
iman yang menjalinkan hati kita semua.

dalam kelas kami,ustazah selalu pesan,
"kalau kamu semua ada masalah Quran,cari kawan2 sekelas kamu.sebab mereka je yang faham ap yang kamu rasa.kawan2 nilah akan jadi macam adik beradik kamu,sampai kamu khatam 30 jzuk,sampai kamu mashi Al-Quran,sampai bila-bila...."
Ustazah Fatimah Afifah,bonda kami yang sangat prihatin.
tegas,tapi mendidik penuh kasih sayang.

kami sangat rapat.
kene marah sama2,tido same2...
bangun solat sama2...

sangat indah kenangan itu...
moga ukhwah kami berkekalan hingga ke syurga.
ana akhukum fillah!!!!

Wednesday, October 6, 2010

.jangan pandang belakang.

Bila ditimpa sesuatu musibah,kita akan selalu terkenang2,terbayang2,klau la semua tu xpernah terjadi dalam hidup kita.
kan bahagia...

Tapi,
semua itu,takdir Allah,suratan yang telah tertulis sejak sebelum roh kita ditiupkan ke dalam jasad lagi.
Bukan urusan kita untuk mempersoalkan kenapa kita yang perlu menghadapinya,bukan orang lain.
Yang menjadi agenda kita adalah untuk berhadapan dengan masalah yang datang dam menyelesaikannya dengan pertimbangan akal,hati dan iman.

Memang senang cakap nak suruh sabar..
Tapi hakikatnya,sabar itu lebih dari sebuah perkataan.
Ia lebih kepada sebuah perlaksanaan.
Mendidik hati untuk redah dan sabar dengan ketetentuan Tuhan,
menuntut ketegasan dan bukan sedikit airmata yang telah dan bakal tumpah.

sesunggauhnya,ujian itu, TARBIAH dari Allah.
Walaupun Dia memberi kita ujian,Dia jugalah yang sebenarnya mengilhamkan penyelesaian dan menghantarkan bantuan yang tanpa kita sangka-sangka.


Sejauh mana masalah itu memberi kesan dalam hidup kita,bergantung bagaimana kita memberi persepsi kepada masalah itu.

adakah ianya satu beban yang menyusahkan?

atau satu petunjuk buat kita supaya lebih dekat dengan Tuhan?

atau sebagai tanda cinta Sang Pencipta pada hamba-hambaNya?


Tepuk dada,tanya iman.

Persepsi kita terhadap sesuatu masalah itu juga mempengaruhi cara kita berhadapan dengan masalah itu.
Ada orang yang berhadapan dengan masalah dia dengan sabar dan menyelesaikannya dengan penuh tanggungjawab.
Ada yang mengambil jalan mudah untuk lari daripada masalah itu.padahal masalah itu akan terus-terusan memburunya,dan sebenarnya,masalah itu,akan sentiasa bertambah,bertambah dan bertambah kerana disebabkan oleh sikap kita yang mahu ambil mudah,dan tidak berani meghadapi masalah.

Bukan saya seorang sahaja punya masalah.
Anda juga punya masalah.
Setiap orang punya masalah masing-masing.
untuk diselesaikan dan untuk diambil iktibar darinya.


Sentiasalah pandang masalah itu sebagai satu yang positif.
kita yang menentukan samada di akhir penyelesaian masalah itu,kita akan beroleh manfaat,
atau hanya menanggung kerugian yang tidak terkata.
bukan setakat rugi dunia,tapi juga rugi AKHIRAT.

Masalah yang bertandang seringkali mengundang amarah.

Kawal amarah itu.
Kerana amarah adalah api kebencian yang disimbah oleh syaitan untuk memperokperandakan hidup manusia.
Bila marah,macam-macam boleh berlaku.
Tak hairanlah jika ada kes suami tetak kepala isteri sendiri hanya kerana si isteri tidak menggoreng telur kegemarannya seperti yang dipinta.
tak hairan jugalah,jika ada abang yang melemaskan adiknya sendiri kerana marah dengan adik kecilnya yang menconteng kerja sekolahnya yang perlu dihantar esok.

Kawallah amarahmu.

semoga masalah yang bertandang dilaman hidup kita menjadi suatu anugerah yang tidak ternilai harganya.

Monday, October 4, 2010

hari-hari dalam hidupku.

Terlalu banyak yang da jadi.
Dari yang sangat meremukkan jiwa,hingga yang benar2 memberi motivasi.

"Selama mana kita bergelar hamba pada Yang Esa,selagi itu,hidup kita takkan lari dari ujian dan rintangan yang melukakan,dan kadang2,melumpuhkan..."

Saya masih ingat lagi,kata2 ini diucapkan oleh seorang sahabat yang berusaha memujuk saya yang berada dalam keadaan yang boleh dikatakan separuh gila,memikirkan masalah yang tak pernah berhenti dari bertandang ke laman hidup saya.

We cannot run away from the problem,but we have to FACE it.

kadang2 hati merintih derita...
jiwa menangis sedih...
akal mengeluh letih...
Namun hakikatnya hidup takkan berubah...
yang perlu diubah...
adalah diri yang menghadapinya.

Hati memilih jalan,
Akal memulakan langkah,
Iman meluruskan arah.

dalam surah Ibrahim,ayat 8;

dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman,"sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan menambahkan nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari,sesingguhnya azabKu amatlah pedih."

Its really important to be thnakful and appreciate each and every single thing that we own.

Saya sangat yakin dengan janji2 Allah.
kalau saya bersyukur,Allah akan tambah nikmat.
kalau saya tak bersyukur dan menghargai setiap nikmat Allah,azab yang sangat pedih menanti saya.
Nauzubillah.

satu perkara yang ditanamkan dalam minda saya adalah,
bila ujian datang bertandang,itu tanda Cinta Allah pada saya.
dan sebagai satu kifarah atas dosa2 yang telah saya lakukan.

mesti husnuszon dengan Allah,,,
supaya hati tenang gembira.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...