Wednesday, November 3, 2010

.bidadari.



Muslimah Solehah itu Bidadari


muslimah solehah itu bidadari

tersimpan kemas dalam syurga Ilahi

tidak tersentuh oleh manusia rakus mahupun jin

bersih, suci menjaga diri


muslimah solehah itu bidadari

dirinya mahal tidak mampu dibeli

hanya keimanan dan ketaqwaan maharnya nanti

maka siapa yang menolak ketinggian ini?


lembut wajahnya nur ibadah

sopan langkahnya memancar hasanah

malunya perisai mengangkat darjah

fikrahnya jelas, prinsip Ilahi tidak tergugah


muslimah solehah itu bidadari

bidadari syurga yang wujud di dunia ini

yang akan melahirkan anak-anak akhirat

mentarbiyah mereka dengan didikan syurgawi


muslimah solehah itu bidadari

bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki

tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi

dan apakah yang kamu wahai perempuan sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?


sekadar ingin berkongsi.
muslimah sejati bayangan bidadari.
jangan rendahkan martabat diri sendiri.

puisi ini di nukil oleh Akh Hilal Asyraf.
syukran ya akhi.

perasaan pertama bila baca puisi ni,

terasa bagai ditampar.

sakit.

pesan saya,baca puisi ini dengan hati.
insya Allah,ia akan smpai ke hati.

saya tak tau kenapa.
bila orang sentuh bab berpasangan,hati saya sering berkata tidak untuk itu.
sedangkan tanggungjawab asas saya sebagai hamba Allah,anak,pelajar, dan sahabat pun masih tak terlaksana dengan baik,adakah saya mampu memikulnya jika ditambah lagi tanggungjawab itu?

ini sekadar pandangan.
bagi yang sudah bersedia,fizikal,mental dan meterial,dipersilakan...
percepatkan usaha membina masjid.
perkahwinan itu,syurga dunia.
kalau tak,mana mungkin si isteri itu digelar bidadari dunia?


saya amat menyesali sikap segelintir muslimah sendiri.
merendahkan martabat dan maruah diri,semata-mata untuk meraih cinta seorang lelaki...
ada yang sampai ketahap membuang iman dihati.

ayuh saudaraku...
Allah memuliakan manusia dengan cinta dan kasih sayang.
jangan rendahkan martabatmu dengan cinta murahan.
panjatlah tangga iman,dakilah gunung ketakwaan,
raihlah cinta Tuhan,
pasti yang datang pemuda idaman....

bukan sya ingin membunuh fitrah itu.
saya ingin menyatakan kekesalan saya.
pada mereka yang menyubur cinta,tanpa ikatan yang sah.
bukan niat saya untuk 'smash' atau tujukan post ini pada mana-mana pihak.
tapi ini,
untuk diri saya sendiri,dan renungan semua.

sebagai hamba Allah yang dikurniakan perasaan,
saya tetap mengalami dilema yang sama.
nak dicintai.
tetapi yang lebih utama,

NAK MENCINTAI.

bukan boleh dipaksa cinta datang dan pergi.
mungkin ada hikmah kenapa Allah keraskan hati saya sekeras ini.
kerana saya yakin..janji Allah itu pasti.

At-Taubah:111
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang beriman itu diri mereka dan harta mereka,kerana bagi mereka balasannya adalah syurga....."

Allah kurniakan saya ujian,
yang menyebabkan saya hampir tersungkur rebah menyembah bumi....
tapi Allah juga hadiahkan saya pertolongan yang banyak tak terperi...

mungkin cinta bukanlah topik yang sesuai untuk saya dengan situasi sekarang.

tetapi,
cita-cita saya tetap sama.
ingin menjadi bidadari di syurga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...