Thursday, December 30, 2010

.Jangan tunggu!!!.


.Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah.
Akhiri angan-angan kosongmu itu.
Kutahu,khayalmu itu sebuah cita-cita.
Tapi,aku punya rahsia untuk menggapainya.
Sangat berkesan untukmu.
Mahu kau tahu?

Mudah saja.
Bangun,jangan teruskan khayalmu.
Ia tak mampu membawamu kepada apa yang kau mahu.
Bangun untuk berusaha.
Berusaha untuk menjadikan khayalmu sebuah realiti.
Jangan hanya pandai bermimpi,
tapi malas untuk menjadikan mimpi itu sebuah realiti.

Jangan.
Jangan tangguh lagi.
Jangan tunggu lagi.
Untuk apa lagi kau menunggu?
Sudah pastikah ianya bakal jadi milikmu?
Bukan kau yang tentukan.
Bukan kau yang tetapkan.

Jangan tangguh lagi,
Kalau syurga Firdaus itu citamu.

Semoga Allah permudahkan urusanmu,adikku!!!


Bismillahirrahmanirrahim.



"Tahniah ye Sofia,berbaloi usaha kamu belajar sungguh-sungguh".
"Saya nak hadiah coklat boleh tak?".
"Boleh,insya Allah".

Hari yang menggembirakan.
Gembira melihat orang lain berjaya.
Walau kejayaan yang dicapainya,tiada kaitan langsung dengan saya.

Sebenarnya,anak makcik jiran sebelah rumah saya,Anis Sofia Mohd Nor,berjaya dapat flying colours result untuk peperiksaan PMRnya.8A.Ke
putusan yang sangat membanggakan untuk si anak yang sudah biasa bergelumang dengan kehidupan yang susah.

Ayahnya kerja tidak menentu,hanya si emak bekerja di restoran ikan bakar,dengan gaji RM900 sebulan untuk menanggung kehidupan keluarganya yang punya 6 orang ahli.Sudah pasti,tak cukup,dengan harga barang-barang semakin meningkat tanpa mempedulikan nasib mereka yang tak punya cukup wang untuk hidup selesa seperti keluarga si Anis ni tadi.

Tapi saya cukup kagum dengannya.Dibesarkan dalam keluarga yang agak susah,dia mampu mengharunginya dengan baik.Pendiam orangnya dan cerdik.Kami mula berkenalan dan ber'adik-beradik' dengan Anis Sofia dan adiknya Anis Najwa,bila emak adik-adik ni,menyuarakan hasrat meminta emak saya mengajar mereka mengaji dan ilmu fardu ain.


Kedua mereka cepat belajar dan faham apa yang diajarkan.Sungguh terharu kala melihat mereka menandakan tempat-tempat untuk berhenti dalam naskhah Quran,supaya senang dibaca,dan mulazamah membaca satu muka surat al-Quran setiap hari lepas asar,sebelum memperdengarkan bacaan pada emak saya pada sebelah malamnya.

Keluarga mereka agak kurang berpengetahuan tentang ilmu agama.Emak mereka,cukup terbuka dan rasa berbesar hati kalau emak saya boleh berkongsi ilmu agama yang ada dengan mereka.Saya sangat terharu dengan usaha emak mereka untuk mengeluarkan anak mereka dari kepompong kejahilan ilmu agama.Dibuangnya perasaan malu itu untuk meraih ilmu akhirat.Sungguh saya bersyukur padaNya kerana mengatur persaudaraan kami disini.

Dari mereka,saya mempertajam skill penyampaian seorang da'ie kepada mad'u nya.

Mereka datang dengan sesuatu yang memandu mereka datang untuk menjadi yang lebih baik.Datang dengan kerelaan hati untuk memperbaiki diri.Sungguh hidayah Allah itu tidak mengenal sesiapa pun.Hati mereka perlu diisi dengan mutiara-mutiara iman dan islam.Perlu disentuh dengan kasih sayang dan kata-kata perangsang yang memautkan hati mereka untuk terus datang berkongsi ilmu dengan kami.

Semoga hidayah Allah milik mereka.

..cukuplah..


Cukuplah.
Cukuplah Dia untukku...
Sungguh aku tidak punya daya,
melainkan pertolongan dariNya.


Mungkin aku tiada sesiapa,tiada apa yang tersisa.
Tapi,cukuplah.
Kerana Dia sentiasa bersamaku.
Memapah,menyokong,menguatkan,membantu,tanpa rasa jemu.

Aku sentiasa rasa cukup denganNya.
Dia memberiku segalanya.
Yang aku perlu hanya terus mengingatiNya,
dalam jagaku,dalam setiap lenaku,dalam setiap laku ku.

Sudah.
Jangan dipertikai lagi siapa Dia buatku.
Walaupun kau datangkan seluruh jagat raya untuk membinasakanku,
jika tanpa izinNya,
usaha kau,hanya sebuah sia-sia.

Teruskan dengan apa yang kau mahu lakukan.
Aku tetap disini.
Setia bersamaNya.
Kerana cukup Dia untukku.

Tuesday, December 28, 2010

.HaDiAh KeGeMbiRaAn.

~NAWAL RAIHANA~


Ini keluarga kecil saya di Darul Quran.

Along & Ayong
Kami sayang mereka.

Sebenarnye,ni kek besday saya.Tapi,letak nama usrah saya.


Sebenarnya,kami pegi rehlah dekat tepi tasik (tasik DQ je).Angan-angannye,nak celebrate birhtday saya.Tapi at the end,buat majlis perpisahan untuk along yang bakal ke UIA.
Lebih kurang macam usrah terakhir dengan along kat DQ.

Mereka memang suka bergambar.Fotogenik.


Saya tiada dalam gambar yang cantik ini.Sedih.Sebab saya photographernye.huhu~

Inilah kami~
NAWAL RAIHANA.
Hadiah Kegembiraan~

Suka duka,kami sentiasa bersama.
Ukhwah kami insya Allah smapai ke syurga.
Ana akhukum fillah.


Petunjuk:
|tdung biru:along|tdung hitam:angah|pink:anje|tdung krim pakai spek:ateh|tdung putih:acu|tdung krim x pkai spek:uda|tdung hijau:alang(sy la!)|pakai spek hitam:achik|pakai tdung pink ngn jubah hitam:ayong



Friday, December 24, 2010

.Dalam sujud cintaku.

Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku....


Semoga punya ruang lagi buatku menggapai cintaNya....

Wednesday, December 22, 2010

.Kita sering lupa tentang yang satu ni.

TANGGUNGJAWAB.

Setiap satu daripada kita,dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita lakukan.

Walau siapa pun kita,kita punya tanggungjawab tak kira samada sebagai ibubapa,anak,pelajar,pekerja,majikan,menteri,doktor,
akauntan,atau apa sekalipun status dan pekerjaan anda dan saya.Dan yang terpenting,sebagai HAMBA Allah.

Saya,punya tanggungjawab sebagai anak,kakak,adik,pelajar,sahabat,muslim,hamba Allah,dan pelbagai lagi tanggungjawab yang tak tersenarai disini.Segala tanggungjawab yang diletakkan diatas pundak ini bukan untuk diabaikan,tapi untuk dilaksanakan dengan sebaiknya.Tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah ini,adalah salah satu dari cabang ujian.

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan dibiarkan berkata, "Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji?"(Al-Ankabut:2)

Ya,tanggungjawab itu ujian untuk menguji keimanan dan keyakin
an kita padaNya.

Kita akan dipertanggungjawabkan dengan setiap apa yang ada pada kita,apa yang kita lakukan.

Apa yang telah kamu lakukan dengan anggota badan yang dikurniakan Allah?
Kemana kamu belanjakan rezeki kurniaanNya?
Terlaksanakah tanggungjawab kamu mendidik anak dan isteri kamu mengenal Allah?
Masa 24jam sehari itu,kamu isikan dengan apa?
Telinga yang Allah bagi itu,kamu guna untuk dengar umpat keji atau ayat-ayat suci?
Tangan yang kamu ada itu,kamu guna untuk memberi bantu
an atau menyusahkan hidup orang lain?
Ilmu yang kamu miliki itu,adakah kamu amalkan?atau seakadar simapan buat jeruk?
Harta yang Allah kurniakan itu,kamu gunakan untuk tegakkan agama Allah atau untuk meruntuhkannya?

Semuanya,segalanya akan dipersoalkan.Setiap dari anggota tubuh kita ini akan menjadi saksi kepada setiap amalan dan amanah kita,samada kita jalankan tanggungjawab itu dengan penuh amanah atau,kita biarkan tanggungjawab itu,selesai sendiri.Tanggungjawab ini sentiasa bertambah,bukan berkurang.Amanah dengan tanggungjawab
anda.

"Dan mereka berkata kepada kulit mereka,"Mengapa kamu menjadi saksi keatas kami?"Kulit menjawab,"Yang menjadikan kami dapat berkata-kata adalah Allah,yang juga menjadikan segala sesuatu dapat berkata-kata,dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan kepadaNya kamu dikembalikan".Dan kamu tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran,penglihatan dan kulitmu,bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu kerjakan".(Fussilat:21-22)

Kenapa saya sibuk-sibuk bercakap tentang tanggungjawab ni?

Jawapannya;
  • Saya sudah jelek dengan orang yang sering melepaskan tanggungjawab mereka dan membiarkan orang lain melaksanakan tanggungjawab mereka.
  • Saya mahu mengajak anda berfikir,terutama mereka yang bergelar remaja,yang sibuk nak bercinta ni.Sedarkah anda,cinta itu sebuah tanggungjawab?Tanggungjawab yang sedia ada sekarang,sudah anda terlaksana dengan baik?Bukan menghalang anda bercinta,tapi,fikir dulu sebelum bercinta.Kalau sudah sedia untuk menjawab soalan Allah tentang tanggungjawab anda terhadap pasangan anda,silakan.
  • Perasaan kesal masih lagi tebal dalam hati saya,melihatkan ada segelintir daripada masyarakat kita,yang sibuk mempersoalkan tanggungjawab dan amanah orang lain,sedangkan tanggungjawab dia sendiri tak terlaksana,malah terabai.Jaga-jaga,jangan sampai Allah terbalikkan semua itu atas diri kamu.Nauzubillah...
  • Saya rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan mereka yang tak sedar-sedar bahawa mereka punya tanggungjawab yang tak terkira banyaknya,tapi masih punya masa untuk berfoya-foya.
Setiap amalan dan amanah yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan diakhirat kelak.

"....bagi kami amalan kami,dan bagi kamu amalan kamu...."(as
-Syura:15)

Tiada yang akan bertanggungjawab 'on behalf' kita lagi diakhirat nanti.Bersiap sedialah menerima pembalasan atas semua yang telah dipertanggungjawabkan keatas kalian.

Rasailah perasaan bertanggungjawab atas tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan keatas kita semua.,kerana ia bakal dipersoalkan kelak.Jangan dipersoalkan kenapa kita adalah orang yang harus bertanggungjawab atas semuanya,kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai hambaNya di hamparan dunia ini.

Maka,pohonlah pertolongan dari Allah,agar kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita,sebaiknya.

Semoga Dia bersama kita,membantu kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan olehNya.

Saturday, December 18, 2010

SURPRISE!!!!


Anda sukakan kejutan?
Saya suka.Seronok dapat kejutan.
Semua orang sukakan kejutan.

Kejutan yang berupa hadiah iPhone 3g dari kawan-kawan.
Kejutan berupa bakal menimang cahaya mata dan menjadi seorang ayah dari si isteri.
Kejutan berupa tawaran anda untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Kejutan berupa lamaran untuk menjadi isteri dari sang kekasih.

Macam-macam kejutan yang ada.Ada kejutan yang kita suka,ada yang kita tidak suka.
Kenapa nama semua ni kejutan?
Sebabnya,kita tak pernah menjangka yang kita akan menerima sesuatu.Bila kita tak pernah menyangka,kita pasti terkejut bila menerima berita tentangnya.Masakan tidak terkejut kalau anda diumumkan untuk memenangi hadiah yang jumlahnya,berjuta-juta ringgit?

Pasti terkejut bukan?

Tapi,
bagaimana jika anda menerima kejutan yang anda tidak suka?
Kejutan yang berupa semua sebuah KEMATIAN?

terkejut tak?

Kalau tak terkejut,saya nak tanya anda satu soalan.

Anda boleh tunda kematian anda?


"....kemudian apabila sampai masa mereka,tidak dapat dilambatkan sesaat pun,dan tidak dapat dicepatkan sesaat pun".[an-Nahl:61]

Apa yang anda rasa kalau anda didatangi tetamu yang mengejut,malaikat MAUT?

Ya,kematian itu datang mengejut.

Tanpa sebarang signal.
Tanpa sebarang amaran,mahupun sebarang surat pemberitahuan yang nyawa anda akan diambil lagi 27jam 35minit 4saat.
Tiada semua tu.

Kenapa kita tak suka sebuah kejutan yang berupa sebuah KEMATIAN ini?

Kerana kita semua,anda,dan saya,terlalu,CINTAKAN DUNIA,dan TAKUTKAN MATI.
Terlalu cinta hidup di dunia yang begitu menyenangkan,dikelilingi perkara-perkara yang mengasyikkan,melalaikan,melekakan.Kita tak suka mati,kerana mati itu pemutus kelazatan,perpindahan ke alam yang baru,dan kita akan dipersoalkan dengan semua perbuatan kita di dunia semasa hidup.

Tapi,ada juga yang sukakan kematian.Mereka yang berani mati ini,merasakan mati ini adalah penyelesai kepada semua masalah yang melanda.Bila mati,takkan ada lagi orang nak menyusahkan hidup kita,tak ada lagi orang nak kutip hutang kat kita sebab kita dah mati.Tapi mereka lupa,mereka hamba.Hamba kepada Sang Pemilik nyawa mereka.Mereka lupa,setiap perbuatan mereka akan dipersoalkan.

"Wahai Tuhanku,kembalikanlah aku (hidup semula di dunia) supaya aku adapat mengerjakan amal -amal soleh yang aku tinggalkan.Tidak!Masakan dapat?Sesungguhnya perkataan itu hanya ungkapan yang sengaja dilafazkan,sedang dihadapan mereka ada dinding(penghalang mereka di dunia) sehingga hari mereka dibangkitkan semula."(al-Mukminun:99-100)

MATI.
Perkara yang pasti,yang memang takkan ada sesiapa yang dapat lari darinya.
Persoalannya,berSEDIAkah kita semua menghadapi MATI?

Abu Darda' berkata:
"Apabila kamu menyebutkan orang yang mati.maka hitungkanlah diri kamu seperti salah seorang dari mereka!!"

Kata Luqman al-Hakim kepada anaknya:
"Hai anakku,urusan yang tidak kamu ketahui bila ia akan menemuimu,bersedialah baginya sebelum ia dengan tiba-tiba datang kepadamu!!"

Dalam kitab Ihya' Ulumuddin,Imam Al-Ghazali ada berkata:
"Janganlah kamu bertanyakan tentang kesusahan dan kepedihan kematian itu!sehingga mereka mengatakan,bahawa mati itu lebih sakit dari dipukul dengan pedang,digergaji dengan gergaji,digunting dengan gunting.Kerana terpotongnya badan dengan pedang, hanya dirasakan pedih berhubungnya dengan badan dengan nyawa.Maka, bagaimana bila ada yang kena itu,yang masih baginya bernyawa?"

Rasulullah bersabda ketika ditanya tentang sakitnya maut itu umpama libasan 300 pedang.

Berdendang Opick dalam lagunya,

Apabila waktu memanggil,teman sejati hanyalah amal.
Apabila waktu telah terhenti,teman sejati tinggallah sepi.

Ayuh,bersedia menghadapi sebuah kejutan yang bernama KEMATIAN.
Bersedia dengan bekal amal soleh yang bakal menjadi penyelamat kita dihari perhitungan,hari yang akan menentukan kemana arah tuju kita sesudah itu.
Samada SYURGA yang penuh kenikmatan, atau Neraka yang menjulang-julang apinya.

Semoga Allah panjangkan usia kita semua untuk beramal,sebagai persediaan menghadapi kejutan yang menggerunkan ini.Semoga post ini memberi sesuatu untuk anda.

Andai tiada lagi saya di dunia ini,ingatlah,ianya adalah ingatan buat kalian,maut sedang menghampiri.

Wednesday, December 15, 2010

.M.U.S.L.I.M. dan ILMU


I'm a fulltime Muslim.


Saya seorang muslim sepenuh masa.


perlu ke kita gntung perkataan ni kat leher untuk mengingatkan diri sendiri yang kita sebenarnya,seorang MUSLIM?


Kalau dah namanya MUSLIM,maksudnya,seseorang individu itu,menganut agama Islam,mengakui keesaan Allah,dan rasul utusanNya,Rasulullah SAW.


Seorang MUSLIM seharusnya tahu,tanggungjawab,amanah dan perintah yang dikenakan keatasnya.

Sekurang-kurangnya,lepasla perkara-perkara yang asas mcam solat,puasa,rukun iman,rukun islam,bab taharah,aurat,dan bab-bab basic muamalat macam perkahwinan,jualbeli,dan sbagainya.
Tapi,
Look what had happened to MUSLIMS around us.
Tak perlu tengok jauh-jauh.tengok je jiran sebelah rumah kita,yang memegang title Muslim.
Cukup tak pengetahuan jiran-jiran kita itu tentang Islam?
Faham ke mereka kalimah syahadah yang dilafazkan?
Sudah selesaikah ilmu mereka tentang rukun,syarat sah,syarat wajib solat,puasa??
Macamana?
Adakah anda sedar yang sebenarnya jiran anda sangat memerlukan anda?
Anda seorang MUSLIM.jiran anda juga seorang MUSLIM.
sebagai MUSLIM,menuntut ilmu itu,diWAJIBkan keatas setiap yang bergelar Muslim.
Jadi,pasti setiap muslim itu akan mempelajari ilmu yang berbeza,dan menguasai ilmu yang berbeza.
Sebagai contoh,saya adalah pelajar jurusan sains,dan sahabat saya belajar pengkhususan dalam ilmu agama.Jadi,sudah pasti saya kurang pengetahuan dalam ilmu agama,dan beliau pula kurang pengetahuan dalam ilmu sains.Mengapa tidak saya kongsikan dan berikan sedikit ilmu sains yang ada pada saya itu utk dikongsikan dengan sahabat saya tadi?Dan pasti sahabat saya akan membalasnya dengan berkongsi kefamannya tentang ilmu agama yang dia miliki.

I'brah yang dapat kita ambil dari contoh yang saya berikan tadi adalah:

  • MUSLIM WAJIB menuntut ILMU.
  • Memberi apa yang baik,pasti yang baik juga akan dibalas.
  • MUSLIM perlu saling melengkapi.
  • Menuntut ilmu,tak perlu malu.

Ini hanya antara yang mampu saya keluarkan.Kalau ada lagi,keluarkanlah.

Mungkin apa yang nak sya katakan ini belum berapa jelas lagi.mari saya jelaskan.

Kenapa berlaku kepincangan dalam umat? Kenapa ada MUSLIM yang tak tahu secebis pun tentang Islam?Kenapa Islam dikecam,mundur?Kenapa MUSLIM ramai terlibat dengan perkara-perkara haram disekelilingnya?Kenapa MUSLIM boleh ambil ringan soal solat?Kenapa MUSLIM saling bermusuhan dan berperang?

Jawapan pada semua soalan itu adalah tentang perkataan ILMU,dan PENGETAHUAN.

Ilmu pengetahuan yang kita tahu itu,bukan untuk disimpan,buat jeruk.tapi untuk disebar-sebarkan.

"...sampaikanlah dariku walau satu ayat....",pesan Rasulullah.

Bila kita yang berilmu menyampaikan apa yang kita tahu kepada orang yang tidak tahu,tidak akan ada masalah tentang individu yang cetek ilmu.Tak kira ilmu agama atau sain,matematik,atau apa shaja.Takkan ada masalah jiran yang tidak tahu apa itu rukun solat,tak tahu macamana nak uruskan kebersihan diri.

Maslah ini bukan perlu diselesaikan oleh seorang.

tapi semua perlu bekerjasama.

Yang tidak tahu,cari mereka yang tahu etntang apap yang anda tidak tahu.Yang tahu pula,ringan-ringankan mulut anda untuk memberi apa yang anda tahu.Jangan duduk tunggu ilmu datang bergolek.Yang tahu tu juga harus berusaha menyampaikan apa yang dia tahu kepada semua orang,walaupun tidak diminta,termasuk kepada jiran sebelah rumah yang tak tahu apa-apa tadi.

Beritahu.MUSLIM harus tahu.untuk memberitahu,apa yang diketahuinya.

Alamak.maaf kalau post ni macam pening.

Masih baru belajar nak menyampaikan.jadi,pengurusan tu masih kacau.kalau sudi,komenlah,untuk menambahbaik.ini juga usaha saya untuk memberitahu.

MUSLIM dan ILMU tetap seiring.Dengan ilmu kita maju,tanpanya kita mundur.mari bergandingan untuk sama-sama selesaikan kemelut MUSLIM yang kurang tahu ini.semoga Allah berkati usaha kita.

Sunday, December 5, 2010

.appriciation.

this post is dedicated to my dear friend,
AMIRAH BAZILAH BT ROSLI.
for her kindness to make up and the renovation works
on my blog until it look really gorgeous!!!!
thanks my dear~
May Allah bless ur entire life..
i love u damn much!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...