Wednesday, January 26, 2011

.saya sudah penat.


~Bismillahirrahmanirrahim~


Saya manusia.
Punya hati dan perasaan.
Saya tiada tempat pergantungan perasaan,
selain DIA.

Bagaimanalah si manusia itu berfikir.
Mungkin dia saja tahu erti berperasaan.
Mungkin dia saja layak untuk berkecil hati.
Apa saya tak punya hati untuk berkecil hati?

Saya bukan insan yang berkira sebenarnya.
Saya bukanlah insan yang pandai berkecil hati,pandai merajuk,pandai menarik muka kalau tak berpuas hati.

Tapi,kebelakangan ini,saya sungguh berkecil hati dengan seorang insan ini.
Insan yang saya sayang,dan saya tak pernah berkira dengannya.
Saya sentiasa berusaha untuk sentiasa available bila dia perlukan saya.
Mungkin saya maih terlalu banyak kekurangan.
Tak sama taraf dengannya.
Tak sebijak dan sepandai dia.
Tak sehebat dia.

Hanya kerana saya tak bagi dia buat kerja-kerja saya,
muncung ditarik panjang berjela,pintu dihempas,talifon di 'off'.
Saya menjatuhkan maruah dia ke?
Saya bagi bebanan pada dia ke?
Saya dah malukan dia ke?

Selama ini,apa yang dia buat pada saya,saya simpan kemas dalam hati.
'biarlah,dia kawan aku...',getus hati saya.
Tak pernah terdetik nak menarik muka masam dan hempas pintu.
Jauh sekali kecilkan hati sahabat.

Hari ini,saya ingin ucapkan tahniah pada dia.
Kerana berjaya,memahatkan parut yang sangat dalam pada hati saya.
Parut ini,akan kekal.
Kerana saya akan ingat perkara ni.

Selama ini saya sentiasa ada bila diperlukan.
Tapi bila saya perlu dia, dia tak pernah muncul.
Sejak pertama kali saya terbaring sakit,tak pernah sekali meluncur keluar dari mulutnya bertanya tentang kesihatan saya.
Sudahlah.jangan dekat dengan aku lagi.

Maafkan aku.
Sungguh aku telah memaafkan mu..
Ketahuilah sahabat,
walaupunhati aku jauh tercampak,
namun,kau tetap sahabatku...

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...