Sunday, March 13, 2011

.Rumah itu,syurgaku.

~Bismillahirrahmanirrahim~

Rumahku Syurgaku~

Lukisan ini,memang tiada harga.
Tapi besar maknanya.

Sedari kecil,slogan 'Rumahku Syurgaku' kita dengar.
Slogan yang pada waktu itu,kita tidak faham erti hidup yang penuh duri.

Saya tidak ingat apa sebabnya yang membuatkan saya terfikir tentang ini,tetapi,pengalaman hidup saya,memberi saya makna yang sangat dalam.
Menusuk ke jiwa.

Alhamdulillah,saya diberi Allah peluang untuk hidup lama dan sekarang sudah hampir mencecah dua dekad.Dua dekad yang penuh makna,penuh cerita,penuh airmata.Pengalaman hidup mangajar saya untuk menjadi lebih tabah,lebih sabar,lebih rasional.

Pada saya,rumah itu tempat menyemai kasih,mencanai cinta,menuai sayang.
Tempat berakarnya cinta.
Tempat menyalur kekuatan,memperteguh kesabaran, mendidik mengenal tanggungjawab,tempat melahirkan generasi yang mantap,teguh jati diri.
Tempat membesarnya si anak yang dulu sebesar tapak tangan hingga dewasa mampu menggapai awan.
Tempat paling selamat,yang sentiasa subur dengan mawaddah dan rahmah.
Itulah syurga dalam rumah.

Bagi mereka yang mungkin tidak merasai kenikmatan syurga dalam rumahnya,pasti akan mencari-cari pelengkap kepada kekurangan itu.Bila rumah bukan lagi tempat berkasih sayang,menyalur kedamaian,bukan tempat berlindung paling selamat,ketahuilah,maksiat akan berleluasa.

Rumah itu,tempat membina individu.Jika dari rumah si anak sudah dirosakkan,besarnya anak itu akan merosakkan yang lain.Jika si anak dibesar dan dibina dengan cermat dan elok,besarnya nanti akan menjadi pemimpin,memimpin dengan keteguhan dalam dirinya yang dibina dari sekecil-kecil tempat bernama RUMAH.

Jangan diperkecil peranan rumah.Jangan juga dipandang rumah itu pada fizikalnya,tapi pandanglah pada isi dan maksud tersirat disebaliknya..Bukan batu dan tiang dirumah itu yang menjadi ukuran,tetapi didikan dan tarbiah ibu bapa itu yang menjadi perhatian.Ibu dan ayah itu yang akan mencorak si anak itu menjadi Yahudi,Nasrani ataupun Muslim.

Sangat sayu rasa hati bila mengenangkan rumah kini bukan lagi tempat menenagkan jiwa,tempat paling selamat di dunia.

Airmata menitis lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...