Thursday, March 10, 2011

Seindah hiasan dunia~


~Bismillahirrahmanirrahim~


الدُّنْيَا مَتاَعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
" Dunia itu adalah hiasan,dan sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah"



Wanita, hiasan dunia.

Kenapa?

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu pada:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (QS. Ali Imran:14)


Manusia memang suka benda-benda yang cantik.Rumah cantik,kereta cantik,bunga cantik,scenery cantik,termasuk,wanita cantik.

Ke,ada yang tak suka benda-benda cantik?

Yang itu,saya tak tahu.Yang saya tahu memang fitrah manusia sukakan pada yang cantik.Hiasan yang cantik memang disukai,digemari dan juga,digilai.
Wanita,adalah salah satu daripada perhiasan yang disukai,digemari dan digilai itu.

Tapi,perhiasan yang terbaik dan berkualiti adalah wanita solehah.

Kenapa?

Sebab wanita solehah ini;


“…Maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)…” (QS. an-Nisa’:34)


Mereka memelihara kehormatan diri, maruah dan punya pegangan agama.Tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata kerana nafsu.

Sungguh,mereka dalam peliharaanNya.

Kalau kita tengok benda cantik,mesti tengok pada kualitinya juga.Barang kalau cantik sahaja tapi tiada kualiti amat rugi kalau dibeli,apatah lagi dimiliki.

Sebagai contoh,kita pergi ke shopping complex.Nak beli handbag.Rupa handbag kat shopping complex sama dengan handbag yang kita jumpa di pasar malam.Sama cantik,sama kilat.Tapi kualiti?Pasti yang dijual di shopping complex tu lebih mahal sebab kualitinya lebih tinggi.Yang dijual di pasar malam tu,sekali dua pakai,sudah rosak zipla,tali terputusla,seribu macam lagi masalah yang akan timbul.

Analogi tu,saya nak gambarkan wanita solehah,yang berkualiti,susah untuk dimiliki.Hanya yang betul-betul 'berkemampuan' sahaja layak untuk memilikinya.Wanita yang cantik tanpa kualiti itu,boleh jumpa dimana-mana sahaja.Sesiapa sahaja boleh memilikinya.


Wanita solehah ini,tinggi kedudukannya.Nak memiliki jiwanya,perlu membayar mahar yang sangat tinggi.Mahar berupa peribadi soleh si lelaki.Tak diimpi yang melamrnya si kacak rupawan,yang dinanti kekasih yang mampu membimbingnya menuju Tuhan.Tak dipandang emas dan kilauan berlian,kerana itu tidak dapat menjanjikan bahagia dan redha Tuhannya
di hari kemudian.

Sebenarnya,post ini,saya ingin mengajak semua sahabat sejantina saya,Mari tingkatkan diri,agar dapat menjadi seindah-indah hiasan dunia,Wanita Solehah.

Menjadi wanita yang taat pada perintah Allah dan Rasul,menghormati kedua ibu bapanya, memelihara maruah dan harga diri,menutup perhiasan pada tubuhnya dengan sempurna,melengkapkan diri dengan perisai agama,meletakkan diri sebagai permata yang mahal,hanya mampu dimiliki mereka yang layak.

Buat mereka yang berjantina lelaki,jika mahu yang berkualiti,tingkatkan kualiti diri dulu.

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

Jadi kalau nak yang terbaik,jadilah yang terbaik.Kerana perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.
Ayuh hitung diri.
Jangan berangan menanti solehah kalau diri sendiri,asas agama pun tak lepas.
Yang perempuan pula,jangan mimpi yang soleh,kalau diri tak solehah mana.
Ingatan ini untuk diri saya dan juga semua.

Semoga kita mampu menjadi hiasan dunia yang terindah,menjadi wanita solehah.

1 comment:

  1. HAWA...Jika mahu mendptkan yg soleh,kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh,ttp berusahalah menJADI yg solehah.ADAM...Jika inginkan yg solehah,jgnlah cerewet sgt menCARI yg solehah,ttp berusahalah menJADI yg soleh.Bertemu yg solehah,solehahnya dia belum tentu kekal.bertemu yg soleh,solehnya boleh berubah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...