Sunday, April 10, 2011

Malu (2);memang orang kita da campak ke laut.

Memang orang kita sudah campak perasaan malu mereka yang berharga itu ke laut.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini bila melihatkan gelagat orang-orang yang sudah membuang perasaan malunya itu.

Saya tidak berhajat pun nak melanjutkan topik ini sampai buat post baru.Tapi,pengalaman melihat 'night live' yang saya lalui malam tadi,betul-betul mengecewakan.Sungguh.Saya yang pakai tudung ni pun akhirnya malu nak buka mata melihat sekeliling,sebab orang-orang sekeliling sudah tidak tahu malu.

Sangat mengecewakan.Itulah,sebab nak 'up-to-date' sangat.

Fenomena 'Up-To-Date'.

Kawan-kawan sebaya kita kat luar sana sering digoda dengan pelbagai rekaan fesyen terkini.Fesyen-fesyen yang up-to date ini,seolah-olah satu kemestian yang mesti diikut.Kalau x pakai macam orang lain pakai,kira kolot tahap dewa dah.Yelah,orang lain semua dah pakai selendang blink2,pakai legging,pakai 'baby t' + 'handsocks' (saya cukup benci fesyen ni),tiba-tiba masih ada pulak yang masih setia dengan tudung labuh yang panas,melemaskan.

KOLOT sangatkah?
Kalau nak up-to-date,mesti ikut orang lainkah?
Up-to-date,mesti pakai baju sarung nangka?
Apa cerita kalau sampai dah pakai lingerie sahaja?

Nauzubillah.

Tidak lah nak mengatakan saya terlalu terkejut dengan apa yang saya saksikan masa 'night live tour' malam tadi.Cuma,takkan kita nak cakap;

"Tak pe,kau pakailah seksi-seksi,aku tak kesah.Janji hati baik."

Nak cakap macam ini?

Kenyataan ini sebenarnya seolah-olah kita merelakan dan mempersilakan golongan orang-orang seperti mereka untuk berpakaian seperti telanjang atau mungkin terus telanjang.Dan kalau anda keluarkan kenyataan seperti ini,anda telah menempah tiket ke neraka.Free2 je dan book 1 tiket.Tiket bersubahat melakukan maksiat.Mahukah??

Realiti.

Bayangkan kalau anda sedang mengepam minyak di petrol station,tiba-tiba lalu di depan anda awek yang memakai 'spaghetti' dan 'short' (short style cina punya),pakai seluar pun macam tak pakai apa-apa.Lebih menyedihkan,perempuan itu berbangsa MELAYU,keluar dari kereta yang dipandu ibunya juga MELAYU,dan dalam kereta tergantung kalimah Allah?

Apa anda nak buat?

Saya memang rasa nak bagi dia pakai baju saya separuh.Mesti dia kesejukan sebab pada masa itu,jam sudah menunjukkann pukul 2pagi.Tapi saya hanya mampu mengucap dalam hati,memohon agar Allah lindungi saya dan kurniakan si gadis tadi nur hidayahNya.

Saya memang rasa sedih sangat.Bila sudah habis pam minyak,abang saya terus cakap;

"Kat apartment yang aku sewa tu,orang pakai baju dalam je hanging kat koridor.Bini orang pulak tu.Pegi sidai baju pakai baju dalam je.".

Saya terus telan air liur.
DAHSYATNYA!!!!!

TAK MALU KE?

Saya tak tahu nak balas apa.Diam terkaku.

Setibanya di tempat yang dituju,memang saya rasa saya ni,makhluk asing yang baru turun dari kapal angkasa planet Pluto.Mata-mata yang memandang,pandang dengan pandangan seolah-olah,saya telah dijatuhkan hukuman mati mandatori.Sebab pakai tudung labuh.Bila saya melintas sekumpulan lelaki,tiba-tiba ada seorang mamat ni menjerit;

"Weh,ni pempuan zaman batu ke?woi,mane ad orang pakai baju geleber amacam kau lagi,bukak jela tudung kau tu!!!."

Perasaan saya waktu itu,memang geram sangat.Saya ni,kolot sangat ke?Dia ingat saya kisah sangat pasal fesyen-fesyen ni? Tolong,saya bukan mangsa fesyen.

Masuk ke restoran,semua yang ada dekat dalam tu pandang saya macam saya ni pokai duit.Ingat orang pakai tudung labuh tak boleh makan tempat-tempat macam tu ke?

Bila mata saya melilau buat-buat tak nampak orang lain gelak-gelak nampak saya,saya terpandang sepasang mamalia yang berlainan jantina duduk terperuk di satu sudut.Yang betinanya terkekek-kekek tertawa,yang jantannya mengusap peha dan belakang badan si betina.Maaf bahasa saya terlalu kasar,membahasakan mereka seolah-olah mereka binatang.

Tapi,memang kelakuan mereka tak ubah macam binatang!!!!TAK MALU!!Takkan saya nak samakan manusia yang Allah kurniakan akal dengan binatang.Tapi perlakuan mereka,memang meggambarkan yang sepasang 'mamalia' tersebut seolah-olah hidup dalam hutan.Kalau tidak pun , zaman batu.Hidup tak bertamadun.Akhlak sudah bercerai dari badan.Adakah kita akan membiarkan lebih ramai 'mamalia-mamalia' seperti mereka semakin bertambah jumlahnya?

Kenapa jadi begini?

Kerana malu bukan lagi menjadi pakaian.
Kerana malu itu tandanya penakut.
Untuk menjadi berani,perlu buang perasaan malu.

Buang malu itu bukan bila nak berpakaian.Tapi pada waktu belajar.Waktu presentation kat lecture hall.

Kemana pergi malu yang menjadi perisai?

Post kali ini hanyalah sebuah luahan rasa.
Terpulang kepada yang membaca samada nak mentafsrkan saya seorang yang bagaimana.
Maaf kerana mungkin bahasa yang saya gunakan tidak sedap untuk dibaca.
Matlamat saya,agar kita sedar dan menyedarkan orang lain.
Supaya malu yang menutup tubuh mereka tak dicampak ke laut.
Supaya malu terus menjadi pakaian mereka yang bergelar manusia.

Malu itu sebahagian dari iman.
Malulah kepada Allah kerana anda sudah tidak malu lagi.

5 comments:

  1. salam, saya sungguh berminat membaca blog yang berani mengupas persoalan tentang pakaian remaja zaman kini sebab hanya orang-orang yang berani sahaja yang sanggup menulis seumpama ini. Persoalan ini sebenarnya menjadi satu trend di Malaysia dan apa yang mahu saya katakan disini ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang suka pakaian moden dan kita tidak perlu menuding jari kearah remaja itu sendiri. Jika seorang ibu bapa yang cukup tegas tentang tata cara berpakaian anak gadis mereka sudah pasti tidak ada budaya remaja berpakaian mendedahkan aurat ...saya katakan begitu kerana ibubapa menjadi punca keberanian pendedahan aurat ini.......sebab ibubapa mempunyai cita-citanya yang tersendiri ingin melihat anak gadisnya dipandang moden pada dunia luar.

    ReplyDelete
  2. senah terbaik~
    aku pnah denga satu hadis ni tapi aku lupela..
    'islam tu dtg dengan keadaan pelik.. yelah tibe2 je dtg so orang pon pelik.. dan diakhirkan jugak dengan keadaan yg pelik.. mcm skarangla.. bile kite pakai tudung labuh2.. orang pandang pelik..' tapi aku lupe la ayat dye.. ko mesti ag tere kan.. hee.. btw.. hasmaniah ni makngah aku.. hee~

    ReplyDelete
  3. thanks for reminding senah.
    aku pn pena terkena, org pndg pelik je bila aku pkai jubah dlm lrt. pelik sgt ke. hmm dunia zmn skrg nie

    ReplyDelete
  4. Syukran sebab tinggalkan komen antunna.
    memang terlalu menyakitkan mata bila tudung yang Allah perintahkan untuk menjaga maruah djadikan sbg modal utk bfesyen...smoga Allah lindungi kita semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...