Wednesday, June 1, 2011

.: Syukurkah kita? :.

Alhamdulillah,syukur atas nikmat yang tak terhingga kepada Allah,yang padaNya nyawaku.
Selawat dan salam buat penutup segala anbiya',Kekasih Allah,Muhammad SAW,yang telah berkorban nyawa demi menyebar syiar Islam yang hari ini dinikmati oleh diriku dan semua umat Islam yang lain.

Sudah lama jemari ini tidak menari mencoretkan sesuatu.Berdiam diri menanti datangnya idea untuk menulis itu bukanlah jalan terbaik.Jadi,saya perlu memaksa diri ini menuliskan sesuatu agar diri ini sedar,persediaan demi persediaan perlu dilakukan,untuk terjun menghadap masyarakat nanti.Dan ini adalah salah satu bentuk persediaan yang mampu saya buat.Kerana saya perlu bersyukur,Allah masih beri saya peluang untuk menyumbang sesuatu pada agama yang indah ini.

Tentang syukur.

Alhamdulillah,Allah masih lagi beri peluang pada saya,untuk terus bernafas,menikmati hidup yang serba indah ini.Boleh berlari,berjalan,bercakap,makan,minum,melihat,mendengar,menyentuh,dan seribu macam lagi nikmat Allah yang tak terhitung banyaknya.Cuba lihat sekeliling,Ada yang buta matanya,kudung kaki atau tangannya,sakit tubuh badan,tidak boleh makan itu dan ini,ditebuk pula tiub di leher,dan segala macam lagi.

Tidakkah kita bersyukur??

surah Ibarhim:7

"...jika kamu bersyukur,akan Aku tambahkan lagi nikmat,dan jika kamu kufur (nikmat),sesungguhnya azabKu amatlah pedih."

Ayat ini,sangat popular.

Bersyukurlah,akan ditambahkan lagi nikmat itu.
Tapi bersedialah untuk menanggung azab yang tidak terperi sakitnya,andai kufur nikmat.

Kalau nak bercerita tentang kisah-kisah syukur ini,pasti ramai yang boleh bercerita pelbagai kisah.Tidak kira yang diambil dari al-Quran ,dari kitab-kitab lama,kisah realiti kehidupan, hingga ke kisah yang difilemkan dan ditonton di kaca televisyen.Terlalu banyak kisah-kisah tentang syukur ini.Paling-aling tak tahu pun,boleh google.Sudah pasti akan berjumpa dengan kisah tentang syukur.

Walaupun kita tahu banyak kisah yang berkait syukur ini,adakah kita ambil pengajaran dari kisah tersebut?

Kita sedih tengok orang tiada tempat tinggal,tapi bersyukurkah kita dengan nikmat tempat tinggal yang kita ada,meskipun kecil?

Berderai airmata bila melihat anak-anak kecil kelaparan,tapi kita boleh membazir ketika makan.Adakah itu tanda kita syukur?

Ada insan tidak boleh melihat,berjalan berpandu tongkat.Kita hanya melihat tanpa rasa peduli dan simpati untuk menghulur tangan membantu.Syukurkah itu?

Menifestasi syukur.

Bagaimana cara kita meluah rasa syukur?

Cukupkah sekadar mengucap Alhamdulillah?

Atau dengan tidak membazir?

Syukur itu bukan sekadar di lidah,tapi di hati dan dalam perbuatan.

Bersyukur terhadap nikmat Allah artinya meletakkan pemberian Allah sesuai dengan empat syarat:
1. Sesuai dengan fungsi
2. Sesuai lokasi
3. Sesuai situasi
4. Secara optimum

Syukur bila diberi tangan yang boleh diguna untuk menulis,memegang dan mengambil barang.Bukan diguna untuk mencuri.Sesuai dengan fungsi tangan itu sendiri.

Bila melihat alam yang cantik,bersih dan nyaman,jangan gatal tangan untuk mencemarkan keindahan alam.Itu cara bersyukur sesuai dengan lokasi.

Syukurlah nikmat mengikut situasi.Bila diberi tubuh badan yang cantik,lindung kecantikan itu bila berada dikhalayak.

Yang paling penting,menifestasikan syukur itu dengan sesungguh dan se hebat mungkin.Seoptimumnya.Bukan setakat mengucap hamdalah,tapi juga mengguna nikmat dengan sebaiknya.

Tunjukkan rasa syukur kita,dengan ucapan hamdalah buat Yang Memberi Rezeki.Uruskan nikmat yang diberi dengan sebaiknya.Gunakan nikmat yang dikurnia dengan sebaiknya.Kelak akan ditanya nikmat yang diberi diguna kemana.

Rezeki yang berlebihan,jangan disorok.Ingat,janji Allah itu benar.Tunjukkan bahawa kita bersyukur dengan nikmat yang berlebihan itu dengan bersedekah.Memberi pada yang perlu.Pasti akan digandakan balasannya.

Bersyukurlah kita boleh membaca sekarang.Ada lagi saudara seagama kita yang buta huruf.Bersyukur kita dikurnia nikmat hidayah.Ada yang masih jahil,meraba-raba mencari panduan hidup.Bersyukurlah dengan cara sama-sama membantu insan-insan ini menuju cahaya Nya.

Menifestasikan syukur kita padaNYA.
Semoga Allah redha pada kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...