Monday, June 6, 2011

.: Kecewa? :.


.Bismillahirrahmanirrahim.





"Wahai anak-anakku,pergilah kamu,carilah (berita) tentang yusuf dan saudaranya dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya mereka yang berputus asa dari rahmat Allah,hanyalah orang-orang yang kafir."
(Yusuf:87)



"Kenapa apa yang aku nak,aku tak pernah dapat?Aku nak keluarga bahagia macam orang lain,tapi kenapa aku hidup dalam keluarga yang berpecah belah?Aku nak duit banyak,boleh beli ini,boleh beli itu,Tuhan bagi aku miskin.Aku nak hidup senang,Tuhan bagi aku hidup susah.Aku usaha sungguh-sungguh belajar,aku doa tiap-tiap malam,tapi Tuhan bagi aku fail!!!Tuhan tak adil!!!!Baik aku gagal.Usaha bagai nak mati pun gagal jugak.Aku malas dah nak buat apa-apa lagi.Nak usaha pun mesti tak dapat langsung.Aku give up la".

Putus asa.
Semua usaha yang dibuat tidak membuahkan hasil seperti yang diimpi.
Malah lebih teruk pulangannya.
Kecewa.
Yang disusuli dengan putus asa.

Kecewa keputusan peperiksaan tidak seperti yang diharapkan.
Hampa bila permohonan ditolak.
Mengeluh bila nasib lebih buruk dari orang lain.


Monolog protes seorang hamba.
Tak mustahil berlaku pada kita.Yang belajar agama tinggi-tinggi,pelajar syariah,usuluddin,bahkan huffaz sekalipun.
Bila kita tak dapat sesuatu yang kita nak,pasti monolog ini akan terlintas di benak.
Nauzubillah.Moga Allah lindung kita dari itu semua.

Kenapa putus asa?

Kerana iman kita padaNYA belum cukup teguh.
Berimankah kita dengan ayat ini?

"....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Ayuh,tadabbur ayat Al-Baqarah:216.

Kita tidak yakin yang bahawasanya,Allah itu mengetahui setiap sesuatu.Dia yang mengatur perjalanan alam ini,dari sebesar-besar makhluk seperti planet,hingga sekecil-kecil makhluk sebesar sel?Tiada yang mustahil bagiNya.

Kita nak jadi dapat 4.0 dalam setiap peperiksaan.Tapi,adakah 4.0 itu,baik untuk kita?
Kita nak hidup kaya-raya,tapi,terbaikkah hidup yang begitu untuk kita?
Kita mahu lanjut pelajaran di luar negara seperti yang lain,tapi adakah kita pasti yang kita inginkan sangat itu terbaik untuk kita?
Adakah kita tahu??

Siapa yang tahu tentang semua itu?

ALLAH.
Dia Maha Tahu.

DIA tahu,bila kita dapat 4.0 dalam peperiksaan itu nanti,kita akan jadi lebih sombong,bongkak.DIA tahu kalau kita hidup mewah,senang,kita akan lupa DIA.DIA tahu bila kita dapat sambung belajar luar negara kita akan jadi angkuh,mendabik dada,konon 'akulah orang paling berjaya'.DIA tahu,kalau diberi nikmat,kita tak akan menghargainya,jauh sekali untuk mensyukurinya.

Allah dah bagi banyak nikmat,tapi kita yang tidak mensyukurinya.

Jadi kenapa kita pula yang kena putus asa?

Punca putus asa

Anatara punca putus asa adalah kita tidak bersyukur dengan nikmat yang dikurnia.

Kecewa dengan keputusan hanya sekadar melayakkan diri untuk meneruskan pengajian.

Sepatutnya,bersyukur dengan keputusan sebegitu.Lihat hikmah disebalik anugerah itu.Kita tak cemerlang,tapi kita lebih dekat dengan Allah.Kita bersyukur,ada kawan kita yang berhempas pulas,bersabung nyawa belajar,tetap gagal.Kita yang lulus ini bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.

Janji Allah untuk yang bersyukur,akan ditambahkan lagi nikmat untuknya.(Ibrahim:7)

Jangan putus asa.

Bila kita give up,kita seolah-olah memperlekeh dan menidakkan kuasa Allah keatas kita.Konon nak tunjuk hero,tanpa bantuan Allah ,kita pasti boleh dapat apa yang kita nak.SIAPA FIKIR BEGITU?Nak tunjuk hebat??Boleh.Tunggulah azab Allah yang maha pedih.

Ayuh,ubah persepsi ,tingkatkan iman di hati,jangan putus asa lagi

Tingkatkan iman dihati.
Semuanya telah diatur Tuhan dengan canttik sekali.
Tetapi,semuanya berbalik pada kita,samada mahu percaya atau tidak.
Beriman atau tidak.
Pilihlah mana satu.

Mari hitung diri.
Bermacam yang kita minta pada DIA,tapi adakah permintaan dan arahan DIA kita penuhi?
Adakah usaha dan pekerjaan kita selama ini kita sandarkan dengan tawakkal pada DIA?
Redhakah kita dengan takdir yang telah tertulis buat kita?
Pernahkah kita duduk dan berfikir hikmah disebalik semuanya?
Hitung semula.
Hubungan kita denganNYA.Tawakkal kita padaNYA.Iman kita terhadap kekuasaanNYA.
Perbaiki hubungan denganNya.Pasti tiada lagi resah menggugah jiwa.


Saya pasti,ramai yang menghafal lirik lagu Maher Zain ini.[Insya Allah]

"Don't despair,and never loose hope,cause Allah is always by your side."


Jangan putus asa,dan jangan putus harapan.
Kerana Allah sentiasa disisi.

Oleh itu,
terus bersyukur.
Terus usaha.
Terus tawakal pada Nya.

Kekecewaan itu pasti terubat.Pasti tiada lagi perkataan putus asa akan wujud dalam kamus hidup.
Kegagalan dunia bukan bererti gagal di akhirat.Berjaya di dunia,tak bermakna pasti berjaya akhirat.
Senyum menghadapi ujian.Tanda kuat dan redha.
Renung hikmah disebalik anugerah.
Pasti tersirat berjuta permata hikmah yang menanti untuk kita kutip.

Bajai iman dihati agar kukuh mengimani kuasa Ilahi.
Janji Allah itu pasti.
Berhenti putus asa,usah kecewa.
Pasti ada pesanan dari Yang Maha Esa untuk kita fikirkan hikmahnya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...