Sunday, December 11, 2011

Perkara-perkara yang jarang kita syukuri~


.Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Segala puji dan puja buat Allah,Zat yang Maha Agung,Maha Hebat,Maha Kuasa atas setiap sesuatu,Tuhan yang menguasai seluruh jagat raya,yang Maha Hebat mencipta makhluk dari sekecil-kecil sel,hingga sebesar-besar galaksi.Tuhan yang memiliki hati setiap manusia,dan berkuasa membolak-balikkan hati itu dengan kehendakNya.
Selawat dan salam buat kekasih di langit dan di bumi,Muhammad SAW,kerana jasa Baginda,alhamdulillah,kita masih bernafas dalam nikmat iman dan Islam.

Syukur pada Allah yang tak terhingga,kerana sekarang,saya,kita semua telah dikurnia usia yang panjang setelah hampir dua dekad dipinjam nyawa oleh Allah dan alhamdulillah,masih lagi dipinjamkan nyawa itu.Oh ya,sedarkah kita,sudah dua dekad dipinjamkan nyawa??syukurkah kita???
Semua insan yang Allah ciptakan mempunyai fitrah yang sama,iaitu pelupa.Lupa dengan nikmat pinjaman sementara,lupa dengan tujuan dia dicipta,lupa dari mana asal usulnya,lupa yang dia hanyalah hamba,lupa tanggungjawab dan amanah yang dibawa,lupa yang suatu hari nanti,semuanya akan diambil semula.

Bila lupa,jaranglah ingat.Atau,tak ingat langsung.

"Maka ingatlah Aku,Aku akan ingat padamu.."(2:152)

Saya yakin dan amat pasti,semua dalam kalangan kita,sudah menghadam ayat ini.Ada yang nak menyambung terjemahannya???


"....dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur (ingkar) kepadaKu."


Pernah kita duduk,berfikir,dan bersyukur untuk semua yang kita ada???
(Yang kita ada ni pun,kita punyakah??)


Maka,bersyukurlah.


Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Allah yang Maha Penyayang.Kerana sifat Maha Penyayangnya Allah,masih diberi nyawa hari ini,walaupun setiap saat semalam,kita melakukan kemungkaran padaNya.

Bersyukurlah pada Allah,Pemberi Rezeki pada kita,yang masih memberi kita makan tika perut berbunyi lapar,dan diberi minum tika tekak kering dahaga walaupun sepanjang hidup kita,kita sia-siakan,kita buat perkara yang buat Allah murka.

Bersyukurlah kita pada Zat yang Maha Pengasih,kerana masih dipinjamkan jasad;tangan yang masih mampu menggenggam,kaki yang masih boleh berpijak diatas tanah,telinga yang masih boleh mendengar,mulut yang masih boleh bersuara,mata yang masih boleh melihat,rupa paras yang indah,nikmat yang jarang kita syukuri walaupun semalam kita telah gunakan mulut itu untuk mengumpat,tangan itu kita guna untuk bertumbuk,kaki itu kita guna untuk melangkah ke tempat maksiat,dan mata itu kita guna untuk melihat benda-benda yang tak sepatutnya.

Bersyukurlah.
Bersyukurlah,kita masih dikurnia masa hari ini,untuk kita terus bertaubat memohon ampun atas kesalahan kita yang lalu.Syukur kerana tidak diambil nyawa kita pada masa kita sedang melakukan dosa dan mengingkari perintah Allah.Syukur kerana Allah tidak terus menghukum kita sesudah kita membuat maksiat,lagipula diberi masa untuk kita bertaubat,dan memperbaiki diri.

Ingatkah kita untuk bersyukur atas semua nikmat ini????

Maka,bersyukurlah.

Bersyukurlah sementara masih ada waktu.
Bersyukurlah sebelum nyawa diambil semula.
Ketika itu,tiada berguna lagi penyesalan.Tiada guna lagi raungan dan permohonan,kerana masa hidup itu,telah kita siakan.


Kerana mati itu pasti.(3:185)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...