Wednesday, January 26, 2011

.saya sudah penat.


~Bismillahirrahmanirrahim~


Saya manusia.
Punya hati dan perasaan.
Saya tiada tempat pergantungan perasaan,
selain DIA.

Bagaimanalah si manusia itu berfikir.
Mungkin dia saja tahu erti berperasaan.
Mungkin dia saja layak untuk berkecil hati.
Apa saya tak punya hati untuk berkecil hati?

Saya bukan insan yang berkira sebenarnya.
Saya bukanlah insan yang pandai berkecil hati,pandai merajuk,pandai menarik muka kalau tak berpuas hati.

Tapi,kebelakangan ini,saya sungguh berkecil hati dengan seorang insan ini.
Insan yang saya sayang,dan saya tak pernah berkira dengannya.
Saya sentiasa berusaha untuk sentiasa available bila dia perlukan saya.
Mungkin saya maih terlalu banyak kekurangan.
Tak sama taraf dengannya.
Tak sebijak dan sepandai dia.
Tak sehebat dia.

Hanya kerana saya tak bagi dia buat kerja-kerja saya,
muncung ditarik panjang berjela,pintu dihempas,talifon di 'off'.
Saya menjatuhkan maruah dia ke?
Saya bagi bebanan pada dia ke?
Saya dah malukan dia ke?

Selama ini,apa yang dia buat pada saya,saya simpan kemas dalam hati.
'biarlah,dia kawan aku...',getus hati saya.
Tak pernah terdetik nak menarik muka masam dan hempas pintu.
Jauh sekali kecilkan hati sahabat.

Hari ini,saya ingin ucapkan tahniah pada dia.
Kerana berjaya,memahatkan parut yang sangat dalam pada hati saya.
Parut ini,akan kekal.
Kerana saya akan ingat perkara ni.

Selama ini saya sentiasa ada bila diperlukan.
Tapi bila saya perlu dia, dia tak pernah muncul.
Sejak pertama kali saya terbaring sakit,tak pernah sekali meluncur keluar dari mulutnya bertanya tentang kesihatan saya.
Sudahlah.jangan dekat dengan aku lagi.

Maafkan aku.
Sungguh aku telah memaafkan mu..
Ketahuilah sahabat,
walaupunhati aku jauh tercampak,
namun,kau tetap sahabatku...

.maafkanlah.



Sesejuk Maaf di Kalbu~

Sungguh,
airmata saya menitis bila pertama kali membaca novel ni.

Storyline novel ni,
macam cerita saya.
Cerita hidup saya yang penuh airmata dan dendam.

Cerita tentang tiga sahabat yang sentiasa bersama sejak kecil.
Yang baru mengenal erti hidup.
Yang masih mentah untuk mengenal tendang terajang dunia yang tak mengenal usia.
Anak muda yang berdarah panas,rasa dipinggir keluarga.
Dipinggir masyarakat, dicerca kawan.

Bacalah.
Baca dengan hati.
Semoga ia akan menusuk juga ke hati.

Semoga hidup saya tak berakhir di tali gantung.
Maafkanlah~

.sebuah persahabatan.


.Sebuah Persahabatan.


~best couple of the year~
.ini saya yg poyo.

.ini zaimchumil.


Saya.
Husna Izzati Jaafar.
Nurul Zaimah Hj Abd Rahman.
Kami.

Allah pertemukan kami
di bumi barakah Darul Quran
dengan cita memelihara kalam Tuhan

sungguh
kasih aku untuknya
tiada bertepi
kerana dia sentiasa bersama diriku
memberi semangat
menyalur semangat
menghembus kata taujihat
walau aku sentiasa
memberinya 1001 keluhan

kasihku buatnya
tiada syarat
kerana dia
menyayangiku tanpa had

semoga cinta kami
terus mekar
hingga ke syurga.




Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru.


.Bismillahirrahmanirrahim.


Tahun baru menjelang lagi.
Menampakkan sinarnya untuk kita semua,menyambung tugas kita sebagai khalifah Allah di hamparan dunia yang penuh tipu daya.
Dunia yang menjanjikan pelbagai nikmat yang membuatkan mata menjadi keliru antara nyata dan tipu daya.

Doa saya,moga tahun baru ini bakal memberikan ruang untuk kita semua menanam sebanyak mungkin amal soleh untuk bekalan negeri akhirat nanti.

Usia kita juga,semakin bertambah.
Bertambah satu lagi angka dibelakang.Atau mungkin didepan.
Yang belasan mungkin sudah menginjak 20 tahun ni.Yang belasan,makin bertambah angka di belakang angka 1 itu.Kita bukan semakin muda.Semakin tua,dan semakin banyak urusan dan tanggungjawab yang harus kita laksanakan.

Zaman remaja,bukan zaman untuk kita 'enjoy',atau leka dengan hiasan dunia yang menipu semata.Usia remaja adalah waktu untuk kita,remaja sperti saya dan kalin,untuk memeperkukuh benteng diri,membina jati diri,mencari siapa diri kita,membina kejayaan,dan memperjelas haluan hidup kita.Sejauh mana kita semua,saya dan anda,menghargai zaman remaja kita?

Saya juga selalu lalai dan leka.Tapi ingatan terhadap mati,tak pernah hilang.
Saya harus bersedia untuk itu.
Jadi,mengapa harus saya terus lalai dan leka?
Apa alasan yang nak saya beri bila ditanya apa yang saya buat dengan masa remaja saya?
Takkan nak saya jawab,saya remaja,saya patut enjoy?

Saya mengingatkan diri saya,dan anda,saudara seagama saya yang saya cintai.
Jangan kita siakan usia emas ini.
Dunia adalah ladang akhirat.Bercucuk tanamlah sebanyaknya,untuk kita tuai hasilnya di akhirat nanti.

Semoga Allah meredhai perjalanan kita sepanjang tahun akan datang ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...