Monday, February 21, 2011

....Ku Biar Pena Berbicara......





.BENGKEL TINTA DAI'E 2010.

ANJURAN:
PERKEMAT DQ melalui
Intellectual Quranic Generation Club (IQRaC)
dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar Darul Quran

19 Februari 2011
Kompleks Darul Quran JAKIM

penceramah:
Zaid Akhtar
penulis novel Salju Sakinah,Rona Bosphorus,Justeru Impian di Jaring
Bukan ingin memperomosi penulis Zaid Akhtar ini.
Yang ingin saya katakan adalah mengenai isi bengkel yang saya hadiri tempoh hari.Sangat bermanfaat.

Penulisan kreatif yang berbentuk dakwah,sangat menarik sebenarnya.



As a beginner,bertatih untuk berjalan,pasti akan merasai luka untuk memulakan langkah pertama.Zaid Akhtar @ Ustaz Yazid membuka mata semua yang hadir betapa perlunya kita berdakwah melalui pena.



"Tulisan kita yang akan menyelamatkan ummah,dari terus tenggelam hanyut dengan dunia sekelilingnya".


Slot yang bermula dengan menyedarkan kepentingan berdakwah melalui pena,diikuti slot mempersiapkan diri menjadi penulis,dan akhirnya,sedikit bengkel,untuk memenifestasikan semula apa yang telah dihadam setelah melalui 4 jam ceramah.Mungkin acaranya nampak ringkas,tapi padat dengan ilmu dan pengetahuan baru yang sangat asing buat kita.


Antara yang sangat menarik minat saya adalah sesi persediaan menjadi penulis.Sebelum menulis,kita perlu banyak membaca dan mengenali saterawan-saterawan negara.


Anda kenal semua 10 sasterawan negara??




Saya tak kenal semua.Hanya tahu nama.Bila penceramah paparkan slide gambar-gambar saterawan negara,semua terlopong,tercengang tak tahu nak jawab apa.Paling tidak pun,bolehlah jawab bila ditunjukkan gambar A Samad Said.9 yang lain,semua pakat diam.Memang tak pernah kenal.Jadi,sebelum terjun ke dunia penulisan,kenal semua sasterawan negara,baca kalau boleh,semua hasil tulisan mereka.Baru terjemahkan dalam tulisan kita.




Jadilah dai'e melalui penulisan.Ubah bahan bacaan mad'u kita yang terlalu ringan.Picisan yang tak memberi manfaat.Bacaan-bacaan yang menghilangkan deria sensitiviti mereka terhadap isu semasa,tak kira isu negara mahupun isu agama.


Be selective on reading meterials.


Bila baca benda-benda yang menelanjangkan hidup orang,memang rosak minda masyarakat kita.Kalau kita sedar,novel islami sekarang,dah menjadi lambakan yang tidak terkawal.Alhamdulillah,bila berlaku revolusi penulisan di Indonesia,perubahan itu berjangkit sampai ke negara kita.Ramai yang meminati karya-karya islami.Kita perlu kayakan lagi karya islami ni,pelbagaikan bentuknya.Jangan asyik tulis cerita cinta ana enti,cinta ustaz ustazah,pembaca da bole agak apa awal,klimaks dan pengakhiran cerita tu.Takut nanti pembaca lari pada bahan bacaan lain,sebab bosan ceritanya asyik berkisar tentang cinta.


Jadi,ambil peluang ini.Luahkan lakaran minda di atas kertas.Ajak masyarakat menuju redha Nya.Pikat hati mereka dengan karya islam yang segar dan bermanfaat.Semoga setiap patah perkataan yang kita tulis,memberi erti pada masyarakat.



"Sampaikan dariku,walau satu ayat".



Ayuh,ambil pengajaran dari ayat ini.



Semoga Allah lapangkan dada dan permudah urusan kita dalam memberi manfaat pada masyarakat.

Monday, February 14, 2011

~اللهم صلي على محمد


~Bismillahirrahmanirrahim~

Muhammad : khatimul anbiya'~

Kelahiran baginda,dinanti semua agama.

Dalam al-Quran Allah ada berfirman bahawa pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani mengenali ciri-ciri kenabian pada Baginda sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.

Lahirnya membawa sinar Islam,sinar kedamaian tatkala bergolaknya bumi Arab,yang pincang akhlak,rosak tamadun,jahiliah menguasai segenap sudut.

Hadirnya membawa sinar keimanan dan membawa perkhabaran dan risalah Islam yang mulia.Tanpa pengorbanan Baginda yang tiada bandingnya itu,tidaklah kita merasai nikmat iman dan Islam saat ini.


Bagindalah sebaik-baik hamba kepada tuhannya,pemerintah kepada rakyatnya,suami kepada isterinya,ayah kepada anak-anaknya,sahabat kepada sahabatnya,jiran kepada tetangganya.Contoh tauladan yang sangat sempurna dari semua sudut kehidupan sepanjang zaman.

Dialah kekasih Allah,Muhammad ibnu Abdullah.
Rasul yang diutus untuk menutup sekalin rasul,
Penyampai risalah suci dari Rabbul Izzati.

Ayuh,tunjukkan rasa kasih dan cinta kita pada Baginda.
Amalkan sunnah-sunnahnya,berselawat keatasnya.
Sunnguh dia adalah pendusta,
jika dia berkata dia cinta pada Rasulnya,tapi tidak mengikuti sunnah Baginda.


Ya Habiballah,
Sungguh,
Kami merinduimu.

HIJAB : tuntutan fesyen atau tuntutan agama?

~Bismillahirrahmanirrahim~

Alhamdulillah.
Semakin ramai muslimah di luar sana terbuka hati untuk mengenakan hijab di kepala.

It's a good improvement,yet worrying actually.

Maaf,gmbar sekadar sebagai hiasan.Tiada kaitan dengan model-model diatas.

Hijab yang dipakai dikepala,dipakai kerana tuntutan fesyen,bukan lagi untuk memenuhi tuntutan agama.


seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab:59;
"Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka...."

Memang nampak cantik bersalut hijab.Tetapi harus diutamakan kehendak syara' dari kehendak semasa.Hidup mesti ada panduan.Panduan yang percuma Allah beri melalui firmanNya dan hadis-hadis Rasulullah.

Sayang sekali bila melihatkan yang memakai hijab itu,seolah-olah 'menelanjangkan' dirinya sendiri.

Cantik bertudung,tapi malang sekali berpakaian mengikut bentuk tubuh dan jarang,hijab yang pendek dan 'transparent',kerana pada mereka yang diluar sana,itulah gaya terkini,trend yang menjadi ikutan semua anak gadis yang beragama Islam.Mesti ikut gaya seiring zaman,kalau tak,akan dilabel kolot.

Nak ikut trend atau ikut suruhan agama?


"Ala,pakai labuh-labuh,baju besar-besar,nampak selekehla,panas pulak tu",jujur si pengikut setia trend terkini.

Sedar atau tidak,ramai antara sahabat kita,kakak,emak saudara dan juga ahli keluarga kita yang sebenarnya sudah menjadi hamba kepada perkembangan fesyen.Setiap kali satu trend terkini dipopularkan,mereka inilah tentera-tentera yang direkrut oleh syaitan untuk menyerang minda dan mentaliti muslimah.

Bukanlah saya ingin menyalahkan mereka yang mempopularkan pemakaian hijab,mungkin niat mereka sebenarnya adlah untuk menggalakkan lebih ramai muslimah untuk kembali bertudung.Namun entah dimana silapnya,hijab pula menjadi fesion meterial yang di jual atas nama fesyen,bukan sebagai tuntutan agama.

Islam,agama yang cantik,mensyaratkan pemakaian hijab adalah untuk menjaga kehormatan dan darjat wanita.Hikmah disebalik pemakaian hijab ini bukan sekadar fesyen semata,tapi memelihara maruah dari eksploitasi nafsu serakah manusia.

Imbas kembali bagaimana wanita dipandang seperti makhluk separa haiwan,yang hak mereka dinafikan,dijadikan umpama harta yang boleh diwarisi,anak perempuan ditanam hidup-hidup,dan pelbagai lagi penindasan trhadap wanita sebelum datangnya Islam.

Hadirnya nur Islam,menyinari segenap maya,mengangkat martabat dan darjat wanita dalam kalangan masyarakat.Disyariatkan pemakaian hijab agar perhiasan yang ada pada tubuh wanita itu tidak disalahguna dan diratah mata-mata liar yang bernafsu binatang.

Namun,sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.(7:26)

Insya Allah,saya akan kongsikan secebis ilmu yang ada tentang berhias mengikut landasan syara',dilain hari.Bukan untuk menunjuk yang sya serba tahu,tapi saya ingin kalian bersama saya disyurga kelak dan menjadi golongan 'tasurrun nazirin' di atas muka bumi Allah ini




Ayuh sama-sama berubah untuk mencapai syurgaNya.
Semoga Allah permudahkan segalanya.

Saturday, February 5, 2011

.saya saksi kanakkanak ini membesar mengenal dunia.

~NURUL NADIA ISMAIL~

Ya,aku menjadi saksi,
saksi kepada jatuh bangunnya,
seorang gadis yang cukup manja,
yang murah airmata.
Sungguh, Allah pertemukan kita untuk saling berkasih sayang.

Dari seorang kanak-kanak,
menginjak keusia remaja yang penuh warna-warni,
Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepadaku untuk bersamanya,
berkongsi rasa, cerita dan airmata.

5 tahun berlalu,
segalanya bagai baru saja berlalu semalam.
Dengan esak tangisnya mengadu padaku,
betapa dia lelah mengharung dunia remaja yang hanya indah khabar dari rupa.

Masih segar diingatanku,
kami bersama,
belajar,makan,melayar mimpi,
memasang angan-angan dan melakar cita-cita.
takkan kulupa setiap detik itu.
Ketahuilah adikku,
Jarak bukan pemisah,
Kasihku sentiasa mekar untukmu,
sayangku sentiasa segar buatmu.
Sungguh,
Engkau sentiasa dalam doaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...