Monday, March 14, 2011

Girls day out!!!


~Bismillahirrahmanirrahim~


Kami memang suka bergambar~




Teka,ni kat mana?

Semoga Allah perteguh kasih kami,
hingga ke SYURGA~

Sunday, March 13, 2011

.Rumah itu,syurgaku.

~Bismillahirrahmanirrahim~

Rumahku Syurgaku~

Lukisan ini,memang tiada harga.
Tapi besar maknanya.

Sedari kecil,slogan 'Rumahku Syurgaku' kita dengar.
Slogan yang pada waktu itu,kita tidak faham erti hidup yang penuh duri.

Saya tidak ingat apa sebabnya yang membuatkan saya terfikir tentang ini,tetapi,pengalaman hidup saya,memberi saya makna yang sangat dalam.
Menusuk ke jiwa.

Alhamdulillah,saya diberi Allah peluang untuk hidup lama dan sekarang sudah hampir mencecah dua dekad.Dua dekad yang penuh makna,penuh cerita,penuh airmata.Pengalaman hidup mangajar saya untuk menjadi lebih tabah,lebih sabar,lebih rasional.

Pada saya,rumah itu tempat menyemai kasih,mencanai cinta,menuai sayang.
Tempat berakarnya cinta.
Tempat menyalur kekuatan,memperteguh kesabaran, mendidik mengenal tanggungjawab,tempat melahirkan generasi yang mantap,teguh jati diri.
Tempat membesarnya si anak yang dulu sebesar tapak tangan hingga dewasa mampu menggapai awan.
Tempat paling selamat,yang sentiasa subur dengan mawaddah dan rahmah.
Itulah syurga dalam rumah.

Bagi mereka yang mungkin tidak merasai kenikmatan syurga dalam rumahnya,pasti akan mencari-cari pelengkap kepada kekurangan itu.Bila rumah bukan lagi tempat berkasih sayang,menyalur kedamaian,bukan tempat berlindung paling selamat,ketahuilah,maksiat akan berleluasa.

Rumah itu,tempat membina individu.Jika dari rumah si anak sudah dirosakkan,besarnya anak itu akan merosakkan yang lain.Jika si anak dibesar dan dibina dengan cermat dan elok,besarnya nanti akan menjadi pemimpin,memimpin dengan keteguhan dalam dirinya yang dibina dari sekecil-kecil tempat bernama RUMAH.

Jangan diperkecil peranan rumah.Jangan juga dipandang rumah itu pada fizikalnya,tapi pandanglah pada isi dan maksud tersirat disebaliknya..Bukan batu dan tiang dirumah itu yang menjadi ukuran,tetapi didikan dan tarbiah ibu bapa itu yang menjadi perhatian.Ibu dan ayah itu yang akan mencorak si anak itu menjadi Yahudi,Nasrani ataupun Muslim.

Sangat sayu rasa hati bila mengenangkan rumah kini bukan lagi tempat menenagkan jiwa,tempat paling selamat di dunia.

Airmata menitis lagi.

Saturday, March 12, 2011

Sedarkah kita?


Sedarkah kita?
Amaran Allah sudah tiba?

Tsunami yang melanda Jepun,adalah yang terhebat dalam sejarahnya.
Tsunami yang pernah menghempas pantai Acheh telah mengorbankan ratusan ribu jiwa.
Hempasan air ganas yang membawa amaran dari Tuhannya.
Bahawa bumi sudah hampir ke akhirnya.
Ingatan supaya kita bersiap sedia dengan bekalan bertemu yang Maha Esa.

SEDARKAH KITA?

Jangan tunggu masanya tiba.
Ayuh bersiap sedia,menyediakan bekalan untuk menghadapNya.

Sebelum terbit matahari dari barat,ayuh,renung-renungkan tanda-tanda kecil kiamat yang kita selalu anggap benda ini perkara biasa.

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis.

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.”-Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab;”Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

5. Munculnya kekejian, memutuskan silaturrahim dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja.” -Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

10. Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”- Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar”-Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.”
- Sahih Muslim

Moga kita sempat sedarkan diri,
yang kiamat itu makin menghampiri,
maut sentiasa melambai memanggil diri.
Siapkah kita?
Tepuk dada,tanya iman.



Thursday, March 10, 2011

Seindah hiasan dunia~


~Bismillahirrahmanirrahim~


الدُّنْيَا مَتاَعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
" Dunia itu adalah hiasan,dan sebaik-baik hiasan dunia adalah wanita solehah"



Wanita, hiasan dunia.

Kenapa?

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu pada:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (QS. Ali Imran:14)


Manusia memang suka benda-benda yang cantik.Rumah cantik,kereta cantik,bunga cantik,scenery cantik,termasuk,wanita cantik.

Ke,ada yang tak suka benda-benda cantik?

Yang itu,saya tak tahu.Yang saya tahu memang fitrah manusia sukakan pada yang cantik.Hiasan yang cantik memang disukai,digemari dan juga,digilai.
Wanita,adalah salah satu daripada perhiasan yang disukai,digemari dan digilai itu.

Tapi,perhiasan yang terbaik dan berkualiti adalah wanita solehah.

Kenapa?

Sebab wanita solehah ini;


“…Maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)…” (QS. an-Nisa’:34)


Mereka memelihara kehormatan diri, maruah dan punya pegangan agama.Tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata kerana nafsu.

Sungguh,mereka dalam peliharaanNya.

Kalau kita tengok benda cantik,mesti tengok pada kualitinya juga.Barang kalau cantik sahaja tapi tiada kualiti amat rugi kalau dibeli,apatah lagi dimiliki.

Sebagai contoh,kita pergi ke shopping complex.Nak beli handbag.Rupa handbag kat shopping complex sama dengan handbag yang kita jumpa di pasar malam.Sama cantik,sama kilat.Tapi kualiti?Pasti yang dijual di shopping complex tu lebih mahal sebab kualitinya lebih tinggi.Yang dijual di pasar malam tu,sekali dua pakai,sudah rosak zipla,tali terputusla,seribu macam lagi masalah yang akan timbul.

Analogi tu,saya nak gambarkan wanita solehah,yang berkualiti,susah untuk dimiliki.Hanya yang betul-betul 'berkemampuan' sahaja layak untuk memilikinya.Wanita yang cantik tanpa kualiti itu,boleh jumpa dimana-mana sahaja.Sesiapa sahaja boleh memilikinya.


Wanita solehah ini,tinggi kedudukannya.Nak memiliki jiwanya,perlu membayar mahar yang sangat tinggi.Mahar berupa peribadi soleh si lelaki.Tak diimpi yang melamrnya si kacak rupawan,yang dinanti kekasih yang mampu membimbingnya menuju Tuhan.Tak dipandang emas dan kilauan berlian,kerana itu tidak dapat menjanjikan bahagia dan redha Tuhannya
di hari kemudian.

Sebenarnya,post ini,saya ingin mengajak semua sahabat sejantina saya,Mari tingkatkan diri,agar dapat menjadi seindah-indah hiasan dunia,Wanita Solehah.

Menjadi wanita yang taat pada perintah Allah dan Rasul,menghormati kedua ibu bapanya, memelihara maruah dan harga diri,menutup perhiasan pada tubuhnya dengan sempurna,melengkapkan diri dengan perisai agama,meletakkan diri sebagai permata yang mahal,hanya mampu dimiliki mereka yang layak.

Buat mereka yang berjantina lelaki,jika mahu yang berkualiti,tingkatkan kualiti diri dulu.

"perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

Jadi kalau nak yang terbaik,jadilah yang terbaik.Kerana perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.
Ayuh hitung diri.
Jangan berangan menanti solehah kalau diri sendiri,asas agama pun tak lepas.
Yang perempuan pula,jangan mimpi yang soleh,kalau diri tak solehah mana.
Ingatan ini untuk diri saya dan juga semua.

Semoga kita mampu menjadi hiasan dunia yang terindah,menjadi wanita solehah.

Monday, March 7, 2011

.sebab awak matahari saya.

Bismillahirrahmanirrahim.


Saya sangat suka membaca.

I spend most of my time reading.
Sebab membaca ini,membuatkan otak saya ligat berfikir membayangkan situasi dan keadaan seperti yang dibayangkan penulis.

Ustaz Zaid Akhtar pernah katakan,sebuah hasil seni yang hebat,mampu membuai perasaan pembaca.

Banyak sangat sebenarnya bahan bacaan yang boleh membuatkan anda merasa tidak keruan,marah,hatta menangis bila tiba babak sedih.Boleh saya katakan,novel-novel bergenre cinta sangat hebat dalam menyentap
perasaan.Namun,malang sekali sangat kurang isi dan manfaat yang boleh diambil dari bahan bacaan yang menjadi kegilaan ramai ini.

Saya suka membaca novel,tetapi bukan novel cinta.Saya rasa kalau baca sekalipun,saya tidak akan dapat apa-apa input.
Faisal Tehrani, Ramlee Awang Mursyid, Hilal Asyraf.
adalah tiga nama yang sangat saya minati hasil tulisan mereka.



Berjumpa dengan novel Manikam Kalbu,
buat saya akan terus jatuh cinta pada karya Faisal Tehrani.










Trilogi Bagaikan Puteri juga memancing hati saya untuk terus meminati semua tulisan Ramlee Awang Mursyid yang
banyak elemen saspen yang tidak disangka.






Sinergi tulisan Hilal Asyraf pula buat saya tertarik
untuk menghayati tulisan anak muda yang sangat
bersemangat ini.









Bagi semua kipas susah mati penulis-penulis yang saya nyatakan diatas,mereka akan sangat memahami mengapa tulisan mereka digilai.Ianya semacam ada aura,kuasa yang boleh membuatkan pembaca berlayar ke dunia lain,masuk ke dalam cerita mereka,dan merasai pengalaman yang hebat.

Susah nak dinukilkan apa yang dirasa.Kalau hendak tahu apa yang seronok dan hebat sangat tentang hasil tulisan mereka,baca sendiri buku-buku tersebut.

Selamat melayari alam khayalan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...