Sunday, April 17, 2011

.: titisan airmata itu......:.

.Bismillahirrahmanirrahim.


Airmata yang hangat itu menitik lagi.

Mengalir ke pipi tanpa di pinta.
Mengalir tanda hati masih hidup dengan rasa.
Rasa sedih,gembira,takut,sayang,berharap...
Rasa yang mengajar erti kehidupan dan kedewasaan.

Langit tak selalu cerah.
Bila ujian menjengah,pasti ia akan mengalir.
Airmata yang gugur itu bukan tanda tidak redha,
jauh sekali menidakkan takdir Tuhan.
Sebagai manusia,
pasti akan mengalah dengan perasaan.
Dan airmata itu akan gugur bercucuran.
Sebagai tanda pengharapan yang tiada sudahnya pada yang Maha Esa.
Hanya Dia yang mengerti segalanya.
Dia menguji,Dia juga menyelesaikan.
Namun airmata itu terus mengalir.
Airmata hamba yang lemah,tiada daya menongkah arus dunia.
Yang hampir menghanyutkan jiwa raga.
Yang hampir mengorbankan hati dan rasa.

Andai airmata itu mampu menjadi tinta,
pasti seluruh kisah akan dicerita.
Sebermula hingga penutup cerita,
yang penuh luka duka dan pahit sengsara.
Airmata itu akan terus setia,
meneman hati yang terluka,
dihiris ujian yang bagai entah bila akan berhenti mendera,
namun mengajar tentang seribu erti rahmat yang Esa.

Biar airnata itu terus mengalir.
Ia bukan tanda kelemahan.
Tapi sebagai titik permulaan mengumpul kekuatan.
Kekuatan untuk menempuh cabaran yang akan menduga iman.
Moga ia mengalir dengan manfaat.

Sering airmata ini dimanipulasi.
Oleh mereka yang sudah tiada lagi hati.
Pada mereka perasaan bukan suatu perkara yang harus diambil berat.
Perasaan kini sudah tidak punya nilai dan erti,malah tidak memberi sebarang keuntungan.
Mereka ini lupa peringatan dari Tuhan.
Lupa yang mereka suatu masa nanti akan menjalani perhitungan.
Bila airmata tidak lag dititiskan sebagai abdi Tuhan,tunggulah azabNya yang pedih tidak tertahan.





Sunday, April 10, 2011

Malu (2);memang orang kita da campak ke laut.

Memang orang kita sudah campak perasaan malu mereka yang berharga itu ke laut.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini bila melihatkan gelagat orang-orang yang sudah membuang perasaan malunya itu.

Saya tidak berhajat pun nak melanjutkan topik ini sampai buat post baru.Tapi,pengalaman melihat 'night live' yang saya lalui malam tadi,betul-betul mengecewakan.Sungguh.Saya yang pakai tudung ni pun akhirnya malu nak buka mata melihat sekeliling,sebab orang-orang sekeliling sudah tidak tahu malu.

Sangat mengecewakan.Itulah,sebab nak 'up-to-date' sangat.

Fenomena 'Up-To-Date'.

Kawan-kawan sebaya kita kat luar sana sering digoda dengan pelbagai rekaan fesyen terkini.Fesyen-fesyen yang up-to date ini,seolah-olah satu kemestian yang mesti diikut.Kalau x pakai macam orang lain pakai,kira kolot tahap dewa dah.Yelah,orang lain semua dah pakai selendang blink2,pakai legging,pakai 'baby t' + 'handsocks' (saya cukup benci fesyen ni),tiba-tiba masih ada pulak yang masih setia dengan tudung labuh yang panas,melemaskan.

KOLOT sangatkah?
Kalau nak up-to-date,mesti ikut orang lainkah?
Up-to-date,mesti pakai baju sarung nangka?
Apa cerita kalau sampai dah pakai lingerie sahaja?

Nauzubillah.

Tidak lah nak mengatakan saya terlalu terkejut dengan apa yang saya saksikan masa 'night live tour' malam tadi.Cuma,takkan kita nak cakap;

"Tak pe,kau pakailah seksi-seksi,aku tak kesah.Janji hati baik."

Nak cakap macam ini?

Kenyataan ini sebenarnya seolah-olah kita merelakan dan mempersilakan golongan orang-orang seperti mereka untuk berpakaian seperti telanjang atau mungkin terus telanjang.Dan kalau anda keluarkan kenyataan seperti ini,anda telah menempah tiket ke neraka.Free2 je dan book 1 tiket.Tiket bersubahat melakukan maksiat.Mahukah??

Realiti.

Bayangkan kalau anda sedang mengepam minyak di petrol station,tiba-tiba lalu di depan anda awek yang memakai 'spaghetti' dan 'short' (short style cina punya),pakai seluar pun macam tak pakai apa-apa.Lebih menyedihkan,perempuan itu berbangsa MELAYU,keluar dari kereta yang dipandu ibunya juga MELAYU,dan dalam kereta tergantung kalimah Allah?

Apa anda nak buat?

Saya memang rasa nak bagi dia pakai baju saya separuh.Mesti dia kesejukan sebab pada masa itu,jam sudah menunjukkann pukul 2pagi.Tapi saya hanya mampu mengucap dalam hati,memohon agar Allah lindungi saya dan kurniakan si gadis tadi nur hidayahNya.

Saya memang rasa sedih sangat.Bila sudah habis pam minyak,abang saya terus cakap;

"Kat apartment yang aku sewa tu,orang pakai baju dalam je hanging kat koridor.Bini orang pulak tu.Pegi sidai baju pakai baju dalam je.".

Saya terus telan air liur.
DAHSYATNYA!!!!!

TAK MALU KE?

Saya tak tahu nak balas apa.Diam terkaku.

Setibanya di tempat yang dituju,memang saya rasa saya ni,makhluk asing yang baru turun dari kapal angkasa planet Pluto.Mata-mata yang memandang,pandang dengan pandangan seolah-olah,saya telah dijatuhkan hukuman mati mandatori.Sebab pakai tudung labuh.Bila saya melintas sekumpulan lelaki,tiba-tiba ada seorang mamat ni menjerit;

"Weh,ni pempuan zaman batu ke?woi,mane ad orang pakai baju geleber amacam kau lagi,bukak jela tudung kau tu!!!."

Perasaan saya waktu itu,memang geram sangat.Saya ni,kolot sangat ke?Dia ingat saya kisah sangat pasal fesyen-fesyen ni? Tolong,saya bukan mangsa fesyen.

Masuk ke restoran,semua yang ada dekat dalam tu pandang saya macam saya ni pokai duit.Ingat orang pakai tudung labuh tak boleh makan tempat-tempat macam tu ke?

Bila mata saya melilau buat-buat tak nampak orang lain gelak-gelak nampak saya,saya terpandang sepasang mamalia yang berlainan jantina duduk terperuk di satu sudut.Yang betinanya terkekek-kekek tertawa,yang jantannya mengusap peha dan belakang badan si betina.Maaf bahasa saya terlalu kasar,membahasakan mereka seolah-olah mereka binatang.

Tapi,memang kelakuan mereka tak ubah macam binatang!!!!TAK MALU!!Takkan saya nak samakan manusia yang Allah kurniakan akal dengan binatang.Tapi perlakuan mereka,memang meggambarkan yang sepasang 'mamalia' tersebut seolah-olah hidup dalam hutan.Kalau tidak pun , zaman batu.Hidup tak bertamadun.Akhlak sudah bercerai dari badan.Adakah kita akan membiarkan lebih ramai 'mamalia-mamalia' seperti mereka semakin bertambah jumlahnya?

Kenapa jadi begini?

Kerana malu bukan lagi menjadi pakaian.
Kerana malu itu tandanya penakut.
Untuk menjadi berani,perlu buang perasaan malu.

Buang malu itu bukan bila nak berpakaian.Tapi pada waktu belajar.Waktu presentation kat lecture hall.

Kemana pergi malu yang menjadi perisai?

Post kali ini hanyalah sebuah luahan rasa.
Terpulang kepada yang membaca samada nak mentafsrkan saya seorang yang bagaimana.
Maaf kerana mungkin bahasa yang saya gunakan tidak sedap untuk dibaca.
Matlamat saya,agar kita sedar dan menyedarkan orang lain.
Supaya malu yang menutup tubuh mereka tak dicampak ke laut.
Supaya malu terus menjadi pakaian mereka yang bergelar manusia.

Malu itu sebahagian dari iman.
Malulah kepada Allah kerana anda sudah tidak malu lagi.

Wednesday, April 6, 2011

.Mana hilngnya MALU itu?.



" إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ

Termasuk yang diperoleh manusia dari ucapan kenabian yang pertama adalah:" jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu.” (Shahih, HR. Al-Bukhari)

Kalau tak MALU,buatlah apa yang kamu mahu.


Ramai yang agak terkeliru dengan perkataan 'berani' dengan 'malu'.
Malu dengan berani itu,dua perkara yang sangat berbeza.Mari kita tengok dua situasi yang berbeza.

Situasi 1;
Suatu pagi,ketika sedang bersiap,sebelum ke kuliah,si A menegur,
"Kau ni kenapa penakut sangat?Beranilah sikit pakai baju yang up-to-date.Kolotla kau ni."sergah si A pada kawan sebiliknya.
"Aku malula".Jawapan singkat si B menyebabkan si A terus melebelkan kawannya tadi penakut,bukan pemalu.

Situasi 2;
Dalam dewan kuliah.
"Cik A,saya mahu mendengar jawapan awak untuk soalan ini,",ujar pensyarah yang menuding jari tepat mengena si A.
"Kau jawabkanlah bagi pihak aku.Aku malulah nak berdir kat depan semua orang.Nanti kalau salah,semua orang tengok.Malu lah...",si A berusaha mengelak dan merayu kawannya si B menjawabkan soalan itu bagi pihak si A.
Dengan malas dan muka yang menyampah si B bangun menjawab,
"Jawapan untuk soalan ini adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat,semua boleh rujuk pada halaman 122 .....".Lancar tutur kata si B memberi jawapan,membuat si A tercengang.

Di akhir kuliah,
"Malu biarlah bertempat.Jangan berani berfesyen sahaja,tapi malu bila dalam kuliah lecturer suruh jawab soalan.Biar kita penakut nak berfesyen macam nak telanjang asal dalam lecture hall kita tak malu nak buat silap masa belajar".
Sindiran pedas si B, umpama tembakan peluru tepat mngena jantung si A.

Ramai muslimah sekrang sudah tiada lagi perhiasan yang bernama malu itu.Sudah dicampak kelaut agaknya.Bila malu sudah terbang menghilang,kesannya inilah.Makin ramai yang bertudung,tapi macam telanjang.Ramai yang berbaju,tapi ketat.Ramai yang dulu jalan tunduk sampai nak langgar tiang tapi sekarang boleh jalan sambil pegang tangan sang kekasih lagi.

MANA PERGINYA MALU ITU?

"Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulillah saw beliau berkata:"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum aku lihat saat ini; pertama, satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi. Mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. Kedua, wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang (nisa'un kasiyatun 'ariyaât). Mereka berlengang-lenggok dan menggoyang-goyangkan kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Wanita-wanita tersebut tidak akan masuk suurga dan tidak dapat mencium baunya pun. Padahal bau syurga itu dapat tercium dari jarak sekian dan sekian"(HR. Muslim).

Malu itu perisai.Perisai dari serangan -serangan yang boleh membunuh jiwa,membunuh sensitiviti dan terus membunuh kewarasan akal kta sebagai seorang manusia.

Ya,membunuh kewarasan.
Kenapa saya katakan sebegitu??

Kalau anda waras,anda akan berpakaian seperti berbogel?
Kalau anda waras,adakah anda tergamak untuk berdua-duaan di dalam semak,memadu asmara bersama kekasih?
Kalau anda waras,adakah anda sanggup melakukan hubungan seks luar nikah dan buang anak itu?
Kemana anda buang perasaan malu itu sehingga anda sudah tidak waras???

Contoh tauladan terbaik,Rasulullah SAW adakah seorang yang sangat pemalu.Dalam sesetengah riwayat,malunya Baginda lebih malu daripada malunya seorang anak gadis.

Wahai anak gadis sekalian,adakah anda tidak MALU?

Malulah dengan Allah kerana anda tidak malu.

Monday, April 4, 2011

.To love is not to own.


.Bismillahirrahmanirrahim.


"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Bukan semua yang kita suka,cinta,baik untuk kita.
Bukan juga semua yang buruk,hina,tidak baik dan buruk untuk kita.
Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Here are reasons of the saying,'To love is not to own'.

Yes.
Love is something that is very subjective,indefineable by word.No such perfect words may describe love precisely.
Cinta memang seronok,membahagiakan,mendamaikan.Tapi tak semestinya cinta itu baik untuk kita.Tak semestinya kita cinta akan si dia,kita mesti memiliki hati dan dirinya.
There are reasons why i'm saying this.

For instance,I'm an enthusiast, fond of being a doctor,but at last,I'm not acceptable with my intermediate achievement to further my study in medicine.Memang saya cintakan dunia perubatan,tapi tak semestinya saya mesti jadi seorang doktor.Memang sangat mengecewakan,tapi itulah the best decision that Allah had decided for me.I'm not meant for that.

Saya sangat kecewa bila mengenangkan seorang sahabat yang dalam dilema cintanya ditolak.Kenanglah nikmat yang Allah bagi padamu wahai sahabat.Allah mentakdirkan sebegitu bukan untuk menzalimi hambaNya,tapi to remind you for something you had done before.Muhasabah.Mungkin sebab bila da bercinta tu,hanyut sampai lupa Allah.So,He want you to repent,ingat Dia lebih daripada ingat dia.

CIntailah Allah atas dua sisi cinta;Kerana Dia pemilik cinta,dan kerana Dia wajib dicintai.Janagnlah meletak cinta manusia menjadi yang utama.Cinta manusia itu memang akan lebih banyak mengecewakan daripada membahagiakan.Cintai Allah,akan datang cinta manusia padamu.

Ubatlah hati yang rawan dengan banyak mengingati Allah.Dia tidak akan mengecewakan hambaNya.Sungguh yang beriman itu untuk yang beriman.Persiapkan diri dengan cinta Allah, sebelum dikecewakan oleh cinta manusia.

Cinta manusia,sandarkan kepada Allah.
And always remember,Allah knows the best for you.

Sunday, April 3, 2011

.ana akhukum fillah.


.Bismillahirrahmanirrahim.




"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara,oleh itu,damaikanlah antara dua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
(al-Hujurat:10)


Ye,kenyataan yang Allah firmankan ini,menggambarkan,setiap orang yang beriman dengan kewujudan dan keesaan Allah,adalah BERSAUDARA.
Bersaudara dalam konteks Islam,tidak perlukan pertalian darah,hubungan kekeluargaan,rakan sekelas,seuniversiti,rakan sekolah atau kekasih.Hanya berlandaskan KEIMANAN padaNya,ikatan itu telah wujud,persaudaraan yang melangkau benua,merentas lautan,atas nama Islam.

Semua Muslim adalah bersaudara. Kerana itu jika bertengkar mereka harus bersatu kembali dan bersaudara seperti biasanya. Hal ini diperkuat oleh larangan Rasulullah SAW terhadap permusuhan antara muslim. Abu Ayyub Al-Anshary meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda:
“Tidak seorangmuslim memutuskan silaturrahmi dgn saudara muslimnya lebih dari tiga malam yang masing-masingnya saling membuang muka bila berjumpa. Yang terbaik diantara mereka adalah yang memulai mengucapkan salam kepada yg lain.” .

Sungguh kecewa apabila melihatkan ada antara mereka yang mengimani keEsaan Allah ini,lebih rela melihat saudara seagamanya jatuh tersungkur mencium bumi dari membantu saudaranya itu bangun bertatih mencapai kejayaan.Sifat dengki yang menular dalam hati,mengaburi mata hati.Syaitan mengambil alih mengemudi hati dan akal.Tak hairanlah kalau hari ini,anda akan bertemu dengan insan yang penuh dan alim ilmu agama,tapi oleh kerana dendam dan hasad menguasai diri,dia sanggup memfitnah dan menipu orang lain,sehingga keluarga sahabatnya yang dulu banyak membantu dia,hancur berpecah belah.

"Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah,dan janganlah kamu bercerai berai,dan ingatlah nikmat Allah padamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan. lalu Allah menyatukan hatimu,sehingga dengan kurniaNYa kamu bersaudara sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka,lalu Allah selamatkan kamu dari sana.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu dapat petunjuk."
(Ali imran:103)

Janganlah kita berpecah belah.Pecah belah yang melanda dunia Islam hari ini,punca umat Islam,saudara kita dipijak-pijak,dihina,dikelar dan disembelih.Kerana sensitiviti atas nama persaudaraan sesama Muslm itu telah dibunuh,disembelih,di'delete' dalam diri kita.Kita akan terus diperlakukan sebegini kalau kita terus berpecah.

Saya adalah antara mangsa kedengkian seorang mualim dan musim yang dihijab mata hatinya.Bila matlamat dunia diletakkan lebih utama dari matlamat menuju akhirat.Persaudaraan Islam dicampak jauh ketepi demi mencapai matlamat dan kehendaknya.Semoga Allah kurniakan insan itu hidayah dan keampunan.


Kita tidak akan beroleh sebarang manfaat ataupun benefit of being scattered apart,itu hanya akan membawa kepada padah yang berpanjangan.Muslim akan jadi buta tentang Islam itu sendiri,yang Alim ilmu agama akan terushanyut syok sendiri dalam zon empuk dan selesanya sedang masyarakat lemas hanyut dalam lumpur maksiat dan hedinisme.

Kita,pilih.to stay apart or to unite.

Selamat Hari Lahir, AYAH....


.Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini,
3rd APRIL 1958,
ayah saya telah dilahirkan.

Hari ini,
3rs APRIL 2011,
ayah saya genap berusia 53 tahun.

Ayah yang telah membesarkan kami empat beradik dengan penuh sabar dan berhemah,
melayan kerenah kami anak-anak yang nakal,
anak-anak yang sentiasa dahagkan curahan kasih dan tunjuk ajar seorang insan yang bergelar
AYAH.

Ayah,
Sungguh,
jasa dan budimu tak dapat kami balas.
Dirimu sentiasa dalam doa kami,
dalam ingatan kami,
dalam hati kami.

KAMI SAYANG AYAH.

SELAMAT HARI LAHIR, AYAH.

Semoga diberkati usia sepanjang hidup,
semoga dipermudah segala urusan,
dikurnia kesihatan berpanjangan,
dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat,
dan diganjari syurga firdausi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...