Friday, May 27, 2011

.:ayuh,infak ke jalanNya:.



Pada suatu hari,ada seorang gadis telah datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket baju. Dari raut wajah gadis itu menunjukkan dia sedang menanggung kesakitan yang teramat sangat, lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang itu pun menceritakan hal yang berlaku padanya:-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi akutelah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan dengan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan danmenaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, lantas ku menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil air matanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun."


Firman Allah Taala :

لَن تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فَإِنَّ اللّهَ بِهِ عَلِيمٌ

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. [Ali Imran:92]

"Perbanyakkan sedekah, tambahkan amal jariah, ringankan tangan untuk membantu orang yang susah agar hidup kita diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T."

~Kisah ini dipetik daripada program motivasi pagi (TV3) yang disampaikan oleh Ustazah Siti Norbahyah dan ianya memberi pengajaran yang cukup bermakna.

Article ini,saya ambil dari blog ini.Syukran kepada pemilik blog yang berkongsi ilmu.

Monday, May 23, 2011

.: 49:10 :.

Dengan nama Tuhanku,
yang mencipta langit dan bumi,
serta segala isinya.
Sungguh,
tidak tergambar syukurku.
atas kurnia nikmat ukhwah yang tak ternilai harganya.


disini,kami menjalin ukhwah~

gen-e terbaik~

Ditakdir untuk bertemu,
membina ikatan hati,
pautan ukhwah bertunjang iman,
dengan satu tujuan.
Menjadi orang yang hamil A-Quran.

Ujian silih berganti datang,
sebagai tarbiah,
belai kasih dariNya,
agar jiwa lebih teguh,
hati lebih kental.

Baru disini sedar erti hadir seorang sahabat.
Yang setia meniup semangat,
dikala panah ujian semakin melebat,
yang terus menyinari haluan,
kala gelap meraba mencari arah menuju Tuhan,
yang tanpa dipinta menyeka airmata,
kala ia gugur meluah rasa,
yang sanggup berkorban apa yang dimiliki,
asal sahabat disisi tak menangis lagi.
Yang menyokong kuat,
agar tidak jatuh menyembah bumi,
kerana tak betah mengharungi ujian Ilahi.
Yang tidak putus berdoa,
moga sahabatnya diredhai yang Maha Esa,
dan moga dikekalkan ukhawah mereka hingga ke syurga.

Terima kasih sahabat,
tiada kata terindah dapatku ungkap,
sebagai bukti cintaku padamu.
Cintaku padamu kerana Allah.
Moga dengan cinta ini,
kau mampu jadi sehebat bidadari syurgawi,
sehebat pemuda ahli syurga Firdausi.
Tiada dapat ku beri,
selain untaian doa tiada henti.
Moga rahmat Tuhan sentiasa mengiringi.

Sungguh,
mukmin itu bersaudara.
(Hujurat:10)



Monday, May 16, 2011

.:engkaulah RATU HATIKU:.


Selamat Hari Ibu,
IBU...

Tiada kata yang dapat saya ungkap,
hanya untaian doa yang tiada henti buat ibu saya
yang telah melahirkan dan mendidik saya
dengan tangannya..

Sungguh,
Saya amat menyayangi ibu saya.
Idola saya.
Wanita paling tabah pernah saya jumpa.
Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya,
penuh dengan hikmah.

Buat IBU,
semoga Allah permudah urusan,
semoga Allah ganjari ibu dengan ganjaran paling mulia,
atas jasa yang tiada taranya.

SAYA SAYANG IBU.

.:tak secantik Nadya:.

.Bismillahirrahmanirrahim.


Post ini untuk membalas post yang telah ditulis khas untuk saya.
Boleh klik di bawah.
~haty kata rindu~

Sungguh,
saya tak sehebat seperti apa yang digambarkan di situ.
Saya hanya seorang HUSNA,
Seorang HUSNA yang masih bertatih menjalani hidup,
masih belajar erti kedewasaan,
dan sentiasa berusaha untuk mendapat redha Tuhan.

NADYATUL KHUMAERAH.
Perkenalan yang tidak pernah disangka.
Tak pernah bersua muka,
hanya suara manis terdengar sayup-sayup dari telefon.
Perkenalan yang menerbitkan perasaan sayang tanpa batasan,
yang mungkin akan dipersoalkan oleh sesetengah orang yang kurang berkenan.

Kak Nadya ni memang lovely.
Maaf ye kak kalau dulu saya ada buat akak tersinggung.
Saya hanya insan biasa,tak lari dari berbuat dosa.

Semoga Allah redha padamu.
Semoga Ukhwah kita berterusan hingga kesyurga.
Uhibbuki fillah.

Friday, May 6, 2011

.Gerimis.

Gerimis

Album : Cinta Pertama
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita didunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba

lagu:fadzli (far east)
lirik:ITO lara

Thursday, May 5, 2011

.:Semoga redhaNya bersama kamu:.




Post kali ini,khas buat awak,yang sedang singgah di sini.
Terima kasih atas kesudian awak untuk datang bertandang ke blog saya.
Anggaplah tulisan-tulisan dibawah ini,sekadar cerita seorang sahabat.
Dan ini,untuk awak.

Nikmatnya hidup ini,sukar untuk kita gambar dengan kata-kata.Kehidupan yang telah 19 tahun saya dan awak lalui ini,sungguh,tiada gantinya andai nyawa bercerai dari badan.

'Kehidupan' itu hanya tinggal sebagai sebuah perkataan andai tiada tujuan.

Apa tujuan saya hidup?
Apa tujuan awak hidup?
Apa tujuan kita semua hidup?

Hidup ini adalah ladang akhirat, kehidupan abadi setelah mati.
Ladang tempat kita berusaha bercucuk tanam,menyemai benih iman dan taqwa kepada yang mencipta kita Rabbul 'Alamin,Tuhan sekelian alam,yang mentadbir bumi dan segala isinya,yang memiliki nyawa saya dan awak.Berusaha sehabis mungkin kerana tujuan hidup ini adalah untuk meraih redhaNya,cintaNya yang tiada bertepi.

Untuk mencapai tujuan,perlulah ada panduan supaya tujuan yang satu itu dapat dicapai dengan sempurna.Dan Islam itu panduan buat saya,kita untuk mencapai redhaNya.

Islam itu sungguh sempurna.Bukan setakat memandu mencapai tujuan akhirat sahaja,tapi juga matlamat dunia.Islam bukan setakat agama yang mementingkan hubungan dengan Pencipta,tapi juga sesama makhluk yang ada.Indahnya Islam itu,andai ianya difahami dan diamalkan dengan kesungguhan dan keimanan.Islam adalah agama yang memelihara maruah,akal,harta dan keturunan.Jika tidak patuh pada ajarannya,pincanglah dunia,rosaklah keturunan,jatuhlah maruah.

Jangan tertipu dengan penganutnya.Teringat saya kata-kata seorang orientalis barat:"Aku melihat Islam di barat walaupun muslim tidak ramai disitu.Tetapi aku hanya nampak muslim yang ramai di timur tanpa Islam".Semua agama pasti akan ada penganut yang taat dan yang tidak.Islam tidak terkecuali.Jika ingin kenal Islam,kenallah dengan ilmu.Islam itu agama ilmu.Muslim yang berpegang tegug pada ajaran Islam adalah muslim yang tahu dan ada Ilmu tentang Islam.Cari yang berilmu supaya kita sama-sama tahu.Jangan cari yang cetek pengetahuannya,nanti lain yang akan awak jumpa.

Saya bangga saya seorang perempuan Muslim.

Islam mengangkat wanita sebagai insan yang mulia.Dalam Islam,wanita harus diberi perlindungan,dibimbing dan dihormati sebagaimana lelaki.Sehingga syurga itu diletak dibawah telapak kaki seorang wanita bernama ibu.begitu tinggi martabat wanita dalam Islam.Jangan terpedaya dengan dakyah feminisme.Dakyah yang baru muncul abad ke19 sebenarnya telah diperjuangkan oleh Islam 1400 tahun yang lampau.

Islam mengajar saya menjadi hamba yang taat pada suruhan Tuhannya, anak yang taat pada orang tua,menjadi wanita yang bermaruah,menjadi ahli masyarakat yang berhemah,menjadi insan yang berguna pada orang sekelilingnya,kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat pada orang disekitarnya.Saya ingin menjadi orang yang bermanfaat pada mereka yang ada di sekitar saya.

Islam itu penuh hikmah.Setiap suruhan dan larangan yang diturunkan,ada alasan disebaliknya.Contoh yang paling mudah,pemakaian hijab untuk perempuan Muslim.Alasannya,untuk menhalang mereka ini dari diganggu,dan supaya mudah dikenali sebagai Muslim.( Surah Al-Ahzab [33], ayat 59).Logik bukan?Kalau awak tengok perempuan yang pakai tudung,you'll easily recognise that they're Muslim.

Sama juga dengan perintah pengharaman arak dalam Islam.(al-Baqarah:219).
Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."
Arak dan judi pada keduanya ada mudarat dan manfaat,tapi mudatnya lebih besar dari manfaat.Ketagihan arak boleh membuatkan seseorang itu rosak fungsi akalnya,sekaligus mengancam nyawa.Bukankah ia punya alasan kukuh?

Jika awak nak saya rungkai satu persatu isi ajaran ini,sudah pasti,tidak cukup untuk satu post sahaja.Apa yang saya boleh simpulkan tentang Islam adalah Islam itu agama sejahtera,agama kasih sayang dan agama yang sempurna.

Dan sebenarnya,saya bukanlah orang yang selayaknya bercakap tentang ini kerana ilmu saya juga terbatas.Ambillah apa yang awak rasa bermanfaat dari sini.Semoga ia memberi sesuatu untuk awak.Sungguh,hanya Allah yang tahu betapa berbunga hati saya bila awak selesai membaca post ini.

Tiada apa yang mampu saya ungkapkan,kecuali untaian doa yang tiada henti untuk awak.
Moga hidayahNya milik awak.






.:Selamat buat Saya;.




Selamat Hari Lahir HUSNA IZZATI JAAFAR.
Semoga Allah rahmati dan permudah semua urusan~

Wednesday, May 4, 2011

.:semuanya milik Dia:.

~Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~



Ubat juga pahit bukan?

Ayah sahabat saya ada berpesan dalam candanya;

"Kalau hari-hari kita makan makanan yang manis,memanglah sedap,tapi akhirnya kita yang merana sakit.Sebab itulah kena juga sekali sekala makan yang pahit.Walaupun tak sedap,tapi menyihatkan macam makan sayur,makan ubat.Barulah hidup lebih bermakna walaupun tak makan manis sepanjang masa."
(^_^)

Nasihat yang santai,namun dalam maknanya.

Kesihatan yang berpanjangan adalah idaman semua.Rasa-rasanya,jika diberi pilihan,pasti tiada seorang pun akan memilih untuk hidup dalam kesakitan,dalam sengsara.Pasti yang diimpi kehipupan yang sihat sepanjang hayat,tanpa kesakitan yang membebankan,tanpa sekelumit duka.Pasti semua orang menginginkan kehidupan yang bahagia ke akhirnya,yang tidak dilanda badai yang boleh membunuh kemanisan hidup.

Namun hakikatnya,bukan kita yang mengatur perjalanan hidup ini.
Kerana semuanya milik DIA.



Alhamdulillah,syukur yang tiada henti buat DIA Sang Pencipta,yang mencipta saya dan anda semua,kerana telah mengurniakan dan memberi kesempatan untuk kita menikmati hidup yang sangat singkat ini.Seinfiniti kesyukuran pada DIA yang memiliki nyawa saya dan anda,yang masih meminjamkan nyawa pada jasad kita.Pujian buat DIA yang masih terus menerus memberi nikmat yang tak terhitung oleh kita,nikmat yang membolehkan kita terus melayari kehidupan yang fana ini.

Bila bercerita tentang ini,ada dua perkara yang terlintas di fikiran saya.
SABAR dan SYUKUR.

Syukurlah...

Telah Allah maklumkan pada kita dalam firmanNya;

(Ibrahim:7)
"Dan ingatlah ketika Tuhan kamu berfirman:'Sesungguhnya jika kamu bersyukur,akan Aku tambahkan lagi nikmat kepadamu,akan tetapi jika kamu mengingkari(kufur),maka sesungguhnya azabku amatlah pedih' "

Syukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang.Kerana selaut syukur kita belum pasti terbayar segala nikmat yang Allah kurniakan pada kita.

Saya suka memerhati.Dan saya sangat suka perhatikan kehidupan orang lain.

Di kampus saya,ada program yang dibuat khusus untuk mereka yang cacat penglihatan.

Sungguh,saya sangat terharu,bila mereka mampu menghabiskan hafalan 6 juzuk setiap semester dalam keadaan mata yang tak celik,tidak mampu menimati indahnya dunia ciptaanNya ini....Subhanallah...Luluh jiwa saya waktu itu,betapa tahajud menjadi makanan harian buat mereka,memohon kekuatan pada yang Maha Gagah itu,agar dapat menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain...

Betapa sikitnya syukur saya padaNya......

Sabarlah...

Sungguh,sabar itu indah.

".....sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar."
(al-Baqarah:153)

Allah sentiasa bersama kita bila ujian datang menjengah jendela hidup.
Dia tidak pernah melupakan kita.Cuma kita sombong,rasa yang boleh harungi ujian sendirian tanpa bantuanNya.

Allah yang kuniakan ujian,Dia juga memberi kita jalan penyelesaian.

Saya juga sering kalah,dengan desakan perasaan yang sering terbuai dengan hasutan syaitan.
Airmata saya juga selalu tumpah,mengenang beratnya ujian yang diberi.

Hikmah ujian itu,lebih banyak.

Alah bisa tegal biasa.

Ujian yang Allah kurniakan buat saya,membentuk saya menjadi seorang yang lasak,tahan diasak,memjadikan saya lebih teguh,sukar diagak,dan lebih matang mengharung hidup.

Hidup kita,milik Dia.
Nyawa kita,milik Dia.

Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.
Sedangkan kita jahil tentang apa yang baik untuk kita.

Renungkan hikmah ujian itu.
Kerana ia turun bukan untuk menganiaya,tapi untuk mendidik supaya menjadi dewasa.
Supaya kenal tendang terajang hidup yang fana.

Bersyukur dan bersabarlah.
Kabus hitam pasti berarak pergi.

Terus berharap padaNya.
Kerana kita semua milik Dia.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...