Thursday, March 22, 2012

Biadap.

Setelah jutaan nikmat yang Tuhan berikan,kenapa tidak kau syukuri???

Engkau tak berasa cukup  dengan segala kurniaan Tuhan yang Maha Pemberi itu ,malah kau minta lebih lagi.

Lebih kurang ajar bila kau salahkan DIA pabila apa yang dipinta tak DIA tunaikan.

Tapi kenapa nikmat yang satu itu tidak kau sedar betapa kau tak perlu mengangkat pedang untuk pertahankannya?

Ya,iman.Nikmat yang kau,aku,malah kita semua jarang syukuri.

Sudah selesa agaknya,tak perlu diusahakan keimanan itu.


Kau masih tak bersyukur,malah lebih rakus mengejar nikmat dunia yang akan habis.

Pernahkah kau tersedar,apa yang kau minta tak sebanding dengan apa yang telah kau lakukan?

Pernah kau tersedar,selama hari ini,semua perintah DIA tak kau turuti?

Dan pernah kau sedar yang sebenarnya kau telah pergunakan Tuhanmu untuk kepentingan diri??


Sedarlah bahawa kau,aku,malah kita semua berasal dari tanah yang hina.

Dimuliakan Tuhan dengan kelebihan,diangkat menjadi makhluk yang mulia hatta lebih dari malaikat.

Tapi kau siakan kelebihan itu,kau mendabik dada,sombong dengan apa yang kau punya,apa yang kau ada.

Sedarlah.

Semua itu pinjaman dan sementara cuma.


Yang pasti,kita akan dicabut nyawa.Kembali kepada DIA yang memiliki semuanya.Terpulang pada kita,untuk berfikir atau biarkan sahaja.

Maka rugilah orang yang masih bersuka-suka dikala ajal sedang menanti masa.


Sedarlah,usah ditipu mainan dunia yang mengasyikkan hingga Tuhan kau lupakan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...