Sunday, August 19, 2012

Àndai ini yang terakhir...

Andai semalam adalah Ramadhan terakhir buatku...
Andai hari ini Syawal terakhir buatku..
Andai Subuh tadi yang terakhir kalinya buatku didunia ini.....

Jutaan ampun dan maaf aku hulurkan.
Ampuni aku atas dosaku padamu.
Khabarkan padanya,permohonan maafku jika dia tidak terdengar khabar pemergianku.

Tiada kata terakhir untukmu dariku,melainkan untaian dia tiada henti buatmu semasa hayatku.


Ketahuilah.
Sungguh walau bercerai jasad dan nyawa.
Cintaku buatmu tetap utuh dalam jiwa.

Thursday, August 16, 2012

Perpindahan.

Perpindahan.
Sungguh aku tak akan tahu bila akan tiba ketika itu.
Adakah aku akan berpindah sebentar lagi?
Yang pasti,aku tak akan kembali.
Aku akan berpindah.
Berpindah ke kehidupan yang abadi.
Adakah hidupku disana akan lebih indah dari hidupku disini?
Atau ia akan jadi lebih buruk dari hidupku disini?
Tiada siapa dapat memberi kata pasti.
Semuanya disana ditentukan bagaimana aku menjalani hidupku disini.

Sungguh tak terjelas apa yang terkandung dalam benak diri.
Betapa aku gembira untuk berpindah ke sana.
Betapa aku takut untuk menghadapi Dia,adakah Dia menerima kepulanganku dengan penuh suka atau murka?
Betapa aku terbayang-bayang bagaimana aku akan berpindah,adakah dengan sedia atau paksa?
Betapa aku tak bersiaga dengan sebarang bekalan.

Takut.
Cemas.
Gembira.
Gelisah.
Sedih.
Rindu.
Semua bergaul menjadi satu.

Hanya satu cara untuk tahu jawapan kepada semua persoalan.
Jalani perpindahan itu.
Maka akan terjawab semua yang menjadi persoalan.

Maafkan aku andai pernah menyakiti dan menyalahi kau.
Maafkan aku pada setiap dosa yang aku buat terhadap kau.
Sungguh akulah manusia yang telah menzalimi kau suatu ketika dulu.
Sementara nafas belum mencecah rengkongan,maaf kau sungguh menjadi harapan.
Halalkan setiap apa yang mengisi perutku suatu masa dulu.
Inginku langsaikan hutangku pada kau sebelum tiada lagi degup jantung ini.

Lupakan aku.
Jangan pernah rindu padaku.
Aku akan pergi bertemu Kekasih abadi.
Iringi aku dengan doa.
Moga Dia terima aku dengan penuh suka dan gembira.

Terima kasih buat yang tak jemu mengingatkan aku yang selalu lupa.
Lupa bahawa waktu perpindahan semakin hampir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...