Friday, December 27, 2013

To whom named H-U-S-B-A-N-D

Mendongak ke langit.
Sambil hati tersenyum mengucap syukur pada Ilahi.
Atas limpahan nikmat yang tak pernah berhenti dan percuma selama ini.
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah.

Salamun 'ala man ittaba' al-huda (^_^)

Hari ini,Allah takdirkan saya menulis dengan inspirasi yang dihantar melalui sebuah video seorang vlogger yang agak terkenal *kalau korang semua layan vlog lah* 

Aiman Azlan ; Single Azlan to Married Azlan: A letter

He's a married man now.If I'm not mistaken,he is now a husband to his wife,Amira.I don't have the intention to write about who is Aiman or his spouse Amira,but I'm touched of what Aiman did a few hours before he got married.He did something to remind himself, how the marriage life could be,how should he handle the situation and his upcoming responsibilities that he must complete them soon; as a husband, a father and as a person in general.

He is a student in a university in Canada,Toronto,*Sorry Akh if I'm wrong =) .I knew him from the famous vlogger Anwar Hadi.I'm sure most of us Malaysian know who is Anwar Hadi.I dont know him much,I mean this Brother Aiman.But he always record videos and and write things that remind us to be a better person, better Muslim in specific.I did not follow his life much,and I don't know indetail who he is but, I believe he is a good seed of a very good family.

Okay,about the video.

Since he is now married,he is reminding himself, the-already-husbands, and future husband, what is a meaning of the H-U-S-B-A-N-D word. Being a husband isn't about legally married to a female spouse,owning her physically,and title that is gained of desire-based relationship.He's reminding you husbands, that a wife is a women , she's not your slave nor your employer, she is a woman, with opinions and thoughts, have feelings and she is a human.A normal human that shall be treated as normal as other normal human being.

"Love your wife, with all your heart. Remember that a woman was made from a rib. The rib is on your side so she is neither above you nor below you, and the rib is close to your heart so that you may cherish her and love her. Also, don’t forget that ribs protect the internal organs; so as much as you are protecting her, she is also protecting you. 

Always say that you love her even though she knows it. Say it anyway. Show your gratitude to what she has done for you."


I believe that he explained and reminded much about a duty of a husband.I'm pretty sure Amirah is very grateful to have a very concsious husband as Aiman is.He seems that had been prepared to perform the duty.as he realised that this is a lifitime responsibility, not a playing time.May Allah bless him and his wife.May he have a very blessful marriage.

I hope Allah will give me the chance to write on a wife duty,as a reminder to me,a WIFE.

Friday, October 25, 2013

Sebenarnya entri ni panjang lagi.Tapi nanti lah sambung.

21 days left.
Dan saya masih sibuk menyiapkan homework dan assignment yang banyak melambak-lambak.
Hantaran tak diesentuh langsung,lace baju tak berjahit, manik veil pun tak nampak lagi,dikejar due date assignment lagi.
Allah.Allah.Allah.
Saya tak cukup nafas,tangan,kaki,dan semuanya.


Salamun 'ala man ittaba' alhuda.


Ramai yang tanya,seronok tak nak kahwin?

Er.Saya tak tau nak cakap seronok ke tak.Seronok la sebab nak kahwin.Tapi terus hilang seronok tu tadi bila teringatkan kerja yang super hyper banyak.Assignment artwork banyak tu,takat boleh kira dengan jari je sebenarnya.Tapi memerlukan masa yang banyak.Buat satu artwork je boleh tak tidur 3 4 hari.Nampak macam senang dan boleh buat je.Tapi bila buat sendiri,baru tau macamana ujian nak siapkan satu-satu artwork.Memang sangat menguji kesabaran.Mesti artis-artis yang produce artwork yang cantik-cantik tu sangat sabar orangnya.




Artwork ni telah membuatkan saya tidur hanya dua jam sehari.

Artwork yang saya buat taklah cantik.kawan-kawan yang lain lagi cantik-cantik.Alhamdulillah,yang saya buat ni Allah ilhamkan.Saya ni bukan krestif pun.Huhuhuuu.

Alhamdulillah.Allah kurniakan saya kawan-kawan yang sangat prihatin walaupun kami berjauhan.*Sebab saya masih adapting the air of alone tanpa kakak saya.sobsob.Allah datangkan Saadah,schoolmate sekolah menengah dan Ika,sahabat di CFS IIUM dulu.

Saadah akan text setiap hari.tanya update pasal hantaran dan baju setiap hari.Dia cakap kalau saya tak buat dia akan bebel sampai saya kahwin.Hahahahha.Ika pulak tiba-tiba hantar mesej melalui whatsapp.Dan isinya adalah ini;



Terharunya Ya Allah!!!
Ika adalah my shoulder to cry on masa kat CFS dulu.Ika ni budak architechture.
Dulu-dulu selalu kesiankan Ika sebab selalu tak tidur 2 hari siapkan assignment,mockup model,drawings,dan sebagainya.Sekarang,saya sendiri rasa apa yang Ika lalu dulu.Mata macam panda,makan tak tentu arah,pastu muka macam zombi.heee~


Sebenarnya tak ada cerita sangat.Tapi nak sangat menaip sebab hari ni dapat MC of conjunctivitis yang saya hadapi.Nak letak nama famous je.Cakap jelah sakit mata.Adoi.


Moga sakit ni,Allah ampunkan dosa-dosa saya.dan mempermudah urusan saya.Allah takkan uji saya kalau saya tak mampu hadapi.Tapi kalau tak mampu pun,nak takut apa,saya sentiasa ada Dia yang Maha Mendengar.(^_^)

Mana sama kakak dengan suami.

Saya tak ada kakak.
Tapi Allah kurniakan saya seorang kakak yang lebih muda dari saya.
Technically she's younger than me but literally not.
Letting her go to other's hand is such an unbearable pain to me.

Salamun 'ala man ittaba' alhuda.

Yes,she's younger than me.
Orang-orang keliling yang mengenali kami akan terpinga kehairanan melihat keakraban kami kalau mereka tahu kisah sebenar antara kami.Tapi takdir Tuhan itu beyond expectations.
Dia adalah manusia yang sentiasa bersama saya,day and night,through laughter and sorrow,thick and thin.We both were very happy waiting for her big day,but at the end,I'm the one who cried like baby.Mak dia pun tak menangis teresak macam aku.Adoi.

She's always there when I need her.Aktiviti favourite kami adalah pergi pasar malam, beli fishballs yang cucuk lidi tu, beli ayam goreng, and drinks,dan drive sesuka hati kemana sahaja yang kami nak sambil membebel pasal cerita yang berulang-ulang kami bualkan.And it never make us bored.(^_^) Tu adalah aktiviti bila ada duit.hihihi.Bila masing-masing kepokaian, naik je kereta dan round je mana-mana.Janji jumpa dan bercakap.Kalau tak jumpa sehari macam dah berbulan tak jumpa.Padahal tiap-tiap hari mesej, whatsapp, and call.

Aktiviti kami taklah asyik lepak hari-hari makan ayam goreng sambil membebel dalam kereta,tapi aktiviti kami macam ibu-ibu ada anak sepuluh.Pergi Mydin sorang satu bawak troli,beli barang dapur untuk rumah masing-masing.Kalau keluar pergi kedai je mesti ada groceries yang dibeli untuk menampung keprluan rakyat dirumah.Milo saiz jumbo,roti saiz jumbo,susu kotak besar,dan bermacam-macam lagi keperluan keluarga.Dah la drive Unser,memang nampak keibuan gilaaaa.Pergi mana-mana memang orang akan cakap kami adik beradik, dan of course saya akan kelihatan seperti adik beliau kerana sikap budak-budak saya yang masih memalukan.She's always laugh of my act.

Dialog 1
Di butik pengantin.
Kakak A: " Ni siapa yang nak kahwin ni?"
Ili: "Dia ni kak."(sambil tuding jari kat saya)
Saya: "Tak kak,kakak saya ni kahwin dulu."(tuding jari kat beliau balik.hihi.puas hati dapat kenakan dia      balik)
Kakak A : "Kenapa tak buat sekali majlis adik ni? "
Saya: "Sebab kitorang lain ayah." (bhahahahah.double meaning gilaaaa)

Dialog2
Di kedai tudung kawan Ummi.
Saya sedang main kejar-kejar dengan Iyas sambil digelakkan oleh Ili.
Mak Ili: "Na,warna apa yang cantik nak buat tudung ni?"
Saya: "Yang ni cantik.Masuk dengan warna baju."
Kakak B:"Ni anak akak ye...Mana satu adik mana satu kakak?Siapa yang nak kahwin ni?"
Saya dan Ili: (gelak control ketawakan kakak tu yang tak tau kitorang bukan adik beradik.)
Saya dan Ili : "Dia yang nak kahwin kak." (sambil tuding jari kearah masing dan cakap serentak)
Ummi : "Diorang tu adik beradik lain mak lain bapak tu."
Kakak B: (muka blur sambil ada tanda soal nampak kat kepala beliau *ok tu imaginasi saya*)

Dialog3
Di dalam kereta.
*Saya sedang memandu sambil makan kepak ayam yang mana Ili nak cerita kat Abang Fadli lepas saya kahwin nanti.malu*
Ili: "Na,kalau suami kau tahu lah perangai suka makan kepak ayam sambil membebel kau ni,apa dia cakap agaknya ek?"
Saya: "Dia gelak guling-gulinglah kot.Takpun dia belikan lagi satu kepak ayam.hahahahaha."
Ili: "Na!!Motor gummy gummy!!!"
Saya: " Mana-mana???!!!"
Ili: "Hahaha.Dengar nama gummy gummy teros gelabah.Hahahaha.kena tipu."
*Ok.nampak sangat dialog diatas tak ada motif dan jangan tanya gummy gummy tu apa*


So,when she got married to her husband,saya sangat terkesan.
SANGAT. 


See her sparkling eyes.


The Solemnisation.


Alhamdulillah.Sah menjadi suami isteri.


Rombongan Lelaki.



Keluarga dua belah pihak dan hantaran.


Berarak tengah panas.


Majlis bertandang dirumah mertua beliau.

Bila sah sahaja akad, saya tak boleh tahan lagi.My tears burst.Mak beliau pun tak menangis.Saya je yang teresak-esak menangis.
Ya,saya menangis kerana gembira.Gembira sebab akhirnya beliau dah ada suami.
Dalam masa yang sama,saya menangis kesedihan.
Because there'll be a very BIG gap between us.
Orang dah bersuami mana sama dengan orang yang solo.
Sangat terasa bila masa makan dimajlis beliau,saya makan sorang-sorang,kat hujung khemah.Looking around,dia tak ada.Sebab biasanya kami kongsi pinggan.Apa yang saya makan,dia akan makan jugak.

I took around 2-3 weeks adapting the change.Of I'm now driving in car alone,pergi pasar malam sorang-sorang,minum Cool Blog sorang-sorang, makan ketam lidi sorang-sorang.To be frank,saya menangis sepanjang minggu pertama perkahwinan beliau.

Ramai yang pujuk saya kesedihan."La...jangan sedih..kamu pun dah nak kahwin jugak kan..Tinggal sebulan lebih je lagi.",mak beliau pujuk saya."Jangan sedih tau.lepas ni ada kawan baru jugak kan?",Angah and her calming words."Ala bedah,lepas ni kan bedah pun nak ada suami.Jangan sedih okey.",kata joyah.

Tapi mana sama kakak dengan suami!!

Dialog4
Saya: "Kalau akak kahwin sape nak kawan dengan na?"
Ili: "Akak kawan na la.Insya Allah I will stay unchanged.sisters we are rite?"
Saya: "Tapi nanti akak kena dengar cakap inche suami"
Ili: "Ok2,nanti akak bagitau Abang Najib suruh bagi kita lepak macam sekarang walaupun dah kahwin.ok?"
Saya: "Jangan marah kalau masa nikah nanti tiba-tiba na tak ada.I can't bother seing those scenes.I'm sorry."
Ili: "Janganlah macam tu."
*Senyap tiba-tiba*


Cantikkan beliau?

Maafkan saya kerana kualiti gambar yang sangat tak elok.
Of emotional fluctuation yang sangat dasyat ketika itu.
Abang Najib,tolong jagakan kakak saya elok-elok ye.
She looks tough outside,but very fragile inside.

May Allah bless you kakak. And your husband too.Don't worry,I'm doing fine. And I know that you're in safe hand.May Allah grant you with endless bless in your journey of pleasing Him.Prayers for you kakak. And I just want you to know, I love you, and always love you.

*wiping tears.


Wednesday, October 9, 2013

Kerana itu takdirnya.

Maha Suci Allah yang menciptakan manusia,
dan menciptakan manusia itu berpasang-pasangan.
Segala puji bagi Tuhan yang mengatur perjalanan insan,
yang mentakdirkan sesuatu yang tak pernah disangka.

Salamun 'ala man'ittaba' alhuda.








Bismillah.
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

dengan izin Allah,
pada

16 November 2013,Sabtu

saya,
Husna Izzati binti Jaafar

akan dinikahkan dengan

Mohd Fadli bin Kamis

 Dengan penuh rasa syukur saya ingin menjemput semua sahabat dan kenalan untuk hadir ke walimah saya yang akan dilangsungkan di

JA 2048, Taman Dato' Aziz,
77300 Merlimau,
Melaka


Kehadiran sahabat semua sangat saya hargai dan saya nantikan.(^_^)

013-6285395-Saya
Kalau ada sebarang pertanyaan atau apa-apa yang nak tau,silalah dengan gembiranya hubungi saya melalui nombor diatas.


Okay.dah-dahla dengan ayat skema jawapan karangan Bahasa Melayu SPM.
Datang ye kawan-kawan SMAP Labu,kawan-kawan Darul Quran,kawan-kawan UIA,kawan-kawan CICT,semua lah kawan dan sahabat yang kenal saya.(^_^)
Kalau ada kawan-kawan yang nak bermalam kat area Melaka,silalah menelefon saya ye.Insya Allah saya boleh uruskan penginapan kawan-kawan semua.

Wednesday, October 2, 2013

Akhirnya, masa itu tiba juga.

Akhirnya,
Saat yang dinanti tiba,
Menjadi noktah kepada sebuah penantian,
Dan permulaan sebuah jalan kehidupan,
Mengikat janji dengan Tuhan,
Dan menyatu kasih demi Tuhan.

Salamun 'ala man 'ittaba'alhuda.


Alhamdulillah.Hamizah Jemiran sah menjadi suri Md Shahri pada 8 September 2013.
I don't have the words.Let the photos do the talking.














Semuanya berjalan dengan lancar,
dan the bride is soooo pemalu baq hang.Mihmihmih.Saya seorang perosak bahasa yang berjaya sangat.


In 20 days time,another girl will turn to a complete woman.
And it do give a big shock to me.
Semoga berkekalan jodoh,hingga ke syurga buat pengantin berdua.
Moga sentiaa dalam rahmatNya.
(^_^)


Saturday, August 24, 2013

Fasa baru sebuah kehidupan.

Tak ada yang akan kekal.
Kekal pada bentuk asal mahupun kekal tidak musnah.
Pasti akan ada perubahan.Dari satu fasa,ke fasa yang lain.

Life isn't static.
Life is about facing changes.Either you make the change or being changed.

Salamun 'ala man 'ittaba' al-huda.


Saya terasa nak menulis sesuatu.
Kerana cuba mempositifkan diri,berbaik sangka,dan bertenang untuk menghadapi fasa hidup akan datang yang lebih mencabar.
Alhamdulillah,Allah telah takdirkan bahawa jodoh saya telah sampai,and I'm now counting days to the big day.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Seronok.
Sebab saya akan ada kawan baru,keluarga baru,adik baru,mak baru,segalanya serba baru.Akan pindah ke rumah baru dengan housemate baru.Akan ada teman makan,teman gurau,teman siapkan assignment,teman bergaduh,teman sepanjang hayat,Insya Allah.But how I'm gonna face the new air in my life?In another 2 months time?Allah Maha Tahu.

Suami.
Manusia yang berdarjat tinggi disisi Tuhan.Kata Nabi,'Kalau manusia boleh menyembah selain Allah,akan aku suruh isteri-isteri menyembah suami mereka'.Aren't this a BIG thing?

Saya sejujurnya tak mengenali bakal suami,kerana masing-masing tak berhubung secara terus,abang saya sebagai orang tengah.Tapi saya yakini akhlaknya,yakini peribadinya,because he is the only man that I ever knew that did not approach me directly,tetapi datang terus kepada mak saya dengan niat yang jelas untuk memperisterikan saya.Itu nilai yang membuatkan saya sangat menghormati beliau.Kami dikenenkan oleh guru agama kami,dan beliau mengambil serius akan hal itu.

Tapi sebenarnya saya bukan nak bercerita pasal kami.Saya nak cerita pasal how I'm handling this.


I don't handle these.Allah do.
Sebab saya tiada daya menahan gelojak perasaan bila ia tiba.Saya juga manusia biasa,bila angin rindu datang,mula lah macam kucing hilang anak.Saya ni manusia yang suka buat-buat menyibukkan diri dan get socialize bila tak nak ingat sesuatu.Tapi bila saya nak borak-borak kosong dengan kawan lelaki di kolej,Allah akan hantar figura bakal suami ke mata,terus tak jadi nak borak.Saya akan teringat beliau dan segan sendiri.Entah kenapa.tapi saya rasa,Allah nak saya pelihara maruah diri,kerana saya akn bersuami.Peribadi bakal suami membuatkan saya banyak mencantas aktiviti mengarut saya seperti tengok movie,kerana hormatkan beliau.Sebab dia tak borak-borak kosong dengan kawan-kawan perempuan dia,sebab dia menjaga matanya setiap kali ada perempuan,kerana dia bukan lelaki biasa. 


Tuturnya sangat sopan.Dia akan dengar sampai habis apa yang orang lain nak cakap,baru dia balas.sangat hormat orang tua.Emaknya sangat sayangkan dia,kerana dia sederhana orangnya.He's a wise man.Mungkin kerana jarak usia yang jauh membezakan cara kami berfikir,berkomunikasi,berinteraksi.Saya loud orangnya,dan dia lebih berhati-hati dalam berkata.Sebenarnya ni berdasarkan pemerhatian beberapa hari ini,sebab berjumpa untuk berbincang urusan walimah kami.Kalau tak,tak juga saya tahu bagaimana orangnya dia.

Pelik jugak rasa kadang-kadang nak jadi isteri to a total stranger in my life.Tapi saya yakin,inilah jodoh yang terbaik Allah hantar buat saya.

Semoga Allah rahmati kami,dalam melangkah ke fasa baru kehidupan.
Terima kasih,sebab menerima saya seadanya.

Sunday, July 14, 2013

Untuk yang terakhir kali ini.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Ramadhan tiba lagi.
Dan Alhamdulillah,kita diizinkan untuk bertemu lagi Ramadhan kali ini.
Moga masih diberikan peluang untuk sehabis baik kali ini.

Salamun 'ala man ittaba'alhuda

Ramadhan kali ini,berbeza dari yang sebelumnya.Berbeza suasana,berbeza persediaan dan berbeza ujian.Beza,sungguh berbeza.Tak tahu bagaimana nak dinyatakan perbezaan itu.Sungguh,Ramadhan yang sangat berbeza kali ini.Guru agama saya sering mengingatkan,"anggaplah ini yang terakhir buat kamu,buat yang terbaik untuk yang terakhir kali.Belum tentu kamu akan berjumpa Ramadhan akan datang".Ayat ini kerap terngiang-ngiang dikepala saya,dan these things happen.


Of a few days of Ramadhan,saya telah dikejutkan dengan kematian beberapa insan yang saya kenali.Dan juga kematian yang dihadapi oleh sahabat-sahabat saya,yang sempat berkongsi cerita dengan saya.Ya,kematian.Each person can give different meaning of death.Kematian adalah pengakhiran sebuah kehidupan.Tetapi ramai yang lupa,

KEMATIAN ADALAH PERMULAAN SEBUAH KEHIDUPAN YANG ABADI.

Kehidupan abadi.
Endless life.There will be no end of that life.Either you survive or not.Semuanya bergantung kepada kehidupan kita yang sementara cuma ini.You did good,then you'll have a great life after that,If not,then you know,it's endless.

Ya Allah,endless????!!!

Yes endless.

If you were meant to live in heaven in the afterlife,then its good.But how if you decide to be punished in the ENDLESS afterlife??Could you imagine that?You cannot hope that the torment and punishments will end.Because its ENDLESS.


Hanya rahmat Allah can make us survive.

Saya selalu terfikir,dan keep reminding myself,
'Berapa lama lagi nak buat dosa?tak cukup banyak lagi dosa ko dah buat?Kuat sangat dah nak lawan Tuhan?'
Its an inside monologue that cannot be expressed.I wish i can slap myself everytime i comitted sin.I'm sooooo bad.I always pray,that one day i could be a better person.Saya tak nak lagi melawan Tuhan.Saya mahu menjadi makhluk yang mengingati Tuhannya.Dan moga Allah rahmati saya.

Tak beriman seseorang itu jika tak diuji.

Test are meant to eaxmine our level of faith. Allah mengizinkan iblis untuk membisik dan memujuk kita untuk melakukan kejahatan.Tapi bila iblis syaitan dah kena ikat bulan-bulan puasa ni,and we do still comitting sins,nak salahkan siapa?Iblis dah tak ada.I always reflects this to myself.Nampak sangat sebenarnya saya sendiri memang jahat.Tak perlu iblis syaitan goda.God gives us brain and mind to think.Then we shall think,which is good and vice versa.

Dan saya tak akan berhenti memerangi kejahatan diri.Kerana saya ada Tuhan yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.Dan pada Dia saya mohon rahmat dan pertolongan.Moga Ramadhan kali ini dapat saya jalani dengan penuh kenikmatan.Sebagai hamba dan abdi kepada Tuhan saya.

Friday, July 5, 2013

Karutan dimalam hari.

Beberapa hari ni sangat sibuk.
Menggantikan mak yang sedang bercuti bersama-sama dengan kakak beliau, kelas dan assignment yang baaaaaanyak sangat,kelam-kabut siapkan photo editing sampai tak tidur,sampai miss kelas, masak ala kadar je untuk adik,hari temu mesra sekolah adik,housechores yang banyak lagi,dan baaaaaanyak lagi benda yang serabut serabai dalam kepala hotak ni.(-_____-')


Salamun 'ala man ittaba'alhuda.


Allah.
Banyak benda yang tak terkejar minggu ni.Of perangai saya yang suka mengimpun kerja dan buat sekali hadap (tak nak mengaku suka bertangguh lettew~) Tapi alhamdulillah,semuanya ok.Saya masih lagi boleh bernafas.huhu.

Hmm.Sebenarnye takde topik pun nak ditaip.tapi memandangkan tangan sangat gatal untuk menaip dan eksaited sebenarnye nak post entry dari my new desktop.hehehehehe.Tapi since the humid love in the air,saya nak cakap pasal kahwin lah.(Bukan saya nak kawen.ok bai)

As what I posted previously,my brother and my best friend is getting married in few months time.Abang will be on november and my best friend will be on end of september.But actually bukan 2 perkahwinan,tapi tiga.Sorang lagi is my best friend jugak.We are three bears.hahahah.But I dont attend pertunangan Mizah,since hanya dibuat among families and close relatives je.I think I do have pictures of us,tapi mana tah letak sampai tak jumpa.Ok,saya sedang menulis dengan bahasa yang santai kebabom.

Back to the issue.So,sebab two of my gegel (tampar saya sekarang sebab ejaan gedik gila!!) are getting married.Sedih wooooo sebab diorang nak kawen,ada kawan nak sembang 24 hour a day,7 days a week!!!and they're leaving me alone behind....Sedih....I cannot imagine myself survive without the sakat dan ayat gedik mereka.Okay okay,calm down.Sebab dedua gegel nak nikah in september,memasing dah sibuk nak cari baju nikah,bli barang hantaran,katil, jumpa wedding planner ,book the caterer,dan sebagainya.

Sada dah bercadang-cadang nak hadiahkan Joyah (Mizah is very talented being Joyah.haha) sehelai DIY veil.ni baru survey kat internet how it would be.

Cantikkan?
Trimas kepada puteri gaban ni sebab bagi idea.
Nanti nak tunjuk kat si Joyah ni.Memang lah Joyah oiiiiii.Si Miza Joyah ni pun dah bli baju nikah yang super cute!!!
Cute kan??Off white modern kurung.Memang suit Joyah yang selim melim lah kan...
Kebetulan baju Joyah ni same dengan baju si peah pet pot ni (Ili lah peah tersebot.hihi)

Lebih kurang yang macam nilah si Peah punya...Lacey dress.Peah punya one piece je.So senang lah,sarung je.Siap ada ribbon cute kau Peah.hahahahah



Ok,tu je sebenarnye benda yang nak dibebelkan.

Ini lah desktop baru saya.=)

Insya Allah,saya akan post the pregress of the girls preparations and wedding,since I am the poyographer for both baby girl.Sorry girls,I kan Bedah.hewhewhew~



Wednesday, June 26, 2013

Bigger Family.

Abang: "Na,lepas ni kau tak payah keje jauh-jauh.Keje dengan aku je.
Saya: "Kau nak bagi aku keje apa?"
Abang: "Kau keje jadi orang gaji aku.Aku nampak bakat dan potensi kau sebagai seorang bibik.Kalau kau jadi bibik aku,memang cerah masa depan kau dalam profesyen sebagai bibik.Amacam?"
Saya: "Penat aku belajar tinggi-tinggi,last last jadi bibik kau je?"
Abang: "Ala,kau belajar tinggi je.Pandai tak pun."
Saya: (-_____-')

Salamun 'ala man ittaba'alhuda.

Saya ada seorang abang.Seorang je.Tapi kalau dia buat riuh kat rumah,macam sepuluh orang yang bising.Dan abang saya adalah seorang yang penuh dengan dialog yang bodoh dan sinis dan lawak.


Dialog 1.

Saya: "Bang,apasal pemalas sangat ni??tak nampak ke baju banyak melambak atas lantai ni?bersepahla.Nak         jalan pun tak nampak lantai dah.
Abang: "Aku bukan malas.Ni nama dia safety precaution.cuba kau jatuh atas lantai kat bilik aku ni.Confirm tak sakit.Baju-baju ni akan bertindak mcam span.mngurangkan kesakitan.Bijak tak aku?
Saya: (-____-')

Dialog 2

Abang: "Na!!!! mane baju aku?
Saya: "Aku dah siap sangkut dalam almari tu.Carila elok-elok."
Abang: "Aku tak jumpa baju aku ni.Mane?Kau dah jual baju aku ke na???Ksian aku takde baju na.
Saya: "perghhhh."

Dialog 3

Abang: "Na,beg aku yang kat dalam bilik ni mane?"
Saya: "Ada dalam bilik tu.Carilah eok-elok.Aku sangkut kat almari merah tu."
Abang: "Mane na?Na,tolong lah,aku merayu dengan kau,tolong jangan kemas rumah na.Jangan kemas bilik aku.Tolong na.Habis hilang semua barang-barang aku.Tolong eh na,tolong.
Saya: "eh,dah bersepah aku kemas lah."
Abang: "Eh,kau ingat kau ketua kumpulan ke?Nak buat sesuka hati je dalam rumah ni?kau nak gulingkan aku dengan mak kau eh?Jangan na.Kau bukan ketua kumpulan.
Saya;" ????????"


Dialog 3

Saya: "Bang,tolong aku sidai baju."
Abang: "Na,jangan struggle sangat kemas rumah na.Kesian aku tengok kau struggle kemas rumah.Abang kesian tengok kau dik.Kesian adik abang ye.Takpe.Hari ni aku bagi kau cuti.Jap lagi aku email kan surat cuti kat mak kau.Siap ada cop kilang aku,soshin electronics.Kau cuti hari ni na,aku bagi kau cuti.Dah dah,jangan buat keje lagi.
Saya: (-_____-')


Dialog 4

Abang: "Na,kalau ada orang cakap kau cantik,kau tampar dia."
Saya: "Apasal nak tampar pulak?"
Abang: "cakap kat dia,abang aku tak suka orang menipu."
Saya: (-,_____,-)


Hahahhahahahaha.Dan sebenarnya ada banyak lagi lawak bodoh dan menyakitkan hati dari beliau.Kecik-kecik dulu memang sakit hati kalau bergurau dengan dia,asyik saya yang kena.Tapi,soon,he's getting married.Kesian bakal kakak ipar saya.

So,let the photos speak.(^_^)

The rombongan.

Berdebar.Kot.

Adat tukar sireh junjung

Mak saya sarung cincin tunang

Mak tiri saya sarungkan cincin merisik

The hantarans
 

The flower girls

The future big family :)

Bunga tu cantik kan?
 

The future bride and groom

Dan kak Jannah :)
 
 
Kepada bakal kakak ipar saya,
SELAMAT MENYERTAI KELUARGA KAMI!!
Sebenarnya saya kagum dengan bakal kakak ipar saya.Kerana beliau telah berjaya bertahan selama lebih dari tujuh tahun.Semoga Berbahagis hingga ke akhir hayat.:)
 
 
 
 
Sorry bang,aku memang ada niat nak buat super impose kat kau memandangkan aku budak baru belajar photoshop.
 
 
 
 


Monday, June 3, 2013

Warna warna kehidupan.

Hidup ini umpama roda.
Sekejap diatas,sekejap dibawah.
Hidup juga sebuah lukisan.
Lukisan yang diwarnai dengan warna2 yang pelbagai,bukan sahaja warna-warna ceria,tapi juga warna-warna suram dan gelap.
Salamun 'ala man ittaba'alhuda.
Life is changing.
Alhamdulillah,segala puji hanya untuk Tuhan yang Maha Esa.Mungkin hidup saya tak semewah orang lain,tak seindah orang lain,tak sesenang orang lain,tapi syukur tak terhingga kerana Tuhan masih memberi peluang untuk terus bernafas,untuk terus berjalan,membetulkan kesalahan,dan menjadi hamba Tuhan.
Alhamdulillah.Pasti kebanyakan sudah tahu,yang saya bukan lagi pelajar UIAM.Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti dari CFS IIUM tahun lepas atas sebab2 yang sangat tak dapat dielakkan.Selepas ibu ayah bercerai,keduanya telah jatuh sakit,and the only available child yang ada adalah saya.Ramai yang cakap;
"Yang bercerai mak bapak kau,yang kau bodoh benti belajar kenapa?"
"Kau memang s**l,amendelah nak kecoh-kecoh mak bapak dah bercerai.bodoh gila kau.da dapat uia tu.sumpah kau bebal".
"Kau bukan nak sangat jadi doktor ke??
"Da benti belajar nanti nak buat ap?nanti nak kerja apa?kau tak dapat pun ubah nasib keluarga kau".
And many other dialogues that I heard.I dont blame these people.They are concern towards me.But hey guys,don't worry.Allah fated everything for me.He knows the best.Dan saya redha.
Kerana jalur takdir kita berbeza.
Alhamdulillah,my life is great.Mungkin saya tak dapat jadi doktor,tak dapat capai cita2 saya.Tapi tak semestinya yang saya suka tu baik untuk saya kan?
Sekarang saya dapat sambung belajar,dengan biasiswa dari mara.
Diploma in Computer Graphic Design.Mungkin patah balik ke belakang.Tapi itu yang terbaik untuk saya.
Alhamdulillah,saya juga dilimpahi rezeki yang datang dengan tak disangka-sangka.Dapat jadi private tutor pada kanak-yang comel dan kiut.Dan my soul sister is getting married!!!!oh ya.Abang saya pun bakal mendirikan rumahtangga.
I dont have much thing to be told actually.Just feel like posting something on the blog.huhuhu.Banyak perkara yang berlaku recently.Ayah belikan motor baru,saya accident jatuh motor,sport rim motor dicuri orang,final project yang leceh,art competition yang sangat sengit,kelas drawing yang awesome,dan banyak lagi.
Saya sangat bersyukur,kerana Allah bagi saya apa yang saya perlu.Bukan apa yang saya inginkan.Kalau saya dapat apa yang saya mahu,pasti Tuhan saya lupakan.
Moga kita redha dalam menjalani jalur takdir kita yang berbeza.

Kad matrik baru (^_^)

Nak menangis siapkan drawing size A2 ni.Pensel semua dah kontot-kontot.

Ok.yg besar tu bukan anak murid sy.sekian.

Thursday, May 16, 2013

Love is in the air.

Always expect the unexpected.
 Who knows what will happen next?
So do this person.
 Salamun 'ala man 'ittaba'alhuda.


Let the photo speaks.

See the meaningful smile.hehehe~



Jari orang tu dah ad cincin....silau~

Mak mertua beliau yang bertudung coklat.





See the smile again.Susah woooo nak tengok beliau senyum cenggini.


Her lovely parents~


Perantin kanak-kanak.


A friend,a sister,my teddy bear,my bebeh and my other half.
She's now waiting for the big day.



May 12 2013.
 Alhamdulillah, ILI MIRRA SOFEA selamat menjadi tunangan MOHD NAJIB.



I'm sooo happy for you.
And i want you to know,that I love you,I love you,and I love you.
Saya pasti sangat cemburukan abg najib awak for he will own every single minutes of yours.
Tapi saya tak kira,saya nak berlari ke arah awak dan menangis sambil dipeluk awak.
Because I'm sooooo happy!!!!(^_^)

Congrats dear!!!

Yang kiri tu lah cik Abang Najib!!!!hehehehe~Yang kanan??huhuhu~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...