Thursday, April 4, 2013

Cinta dan Tanggungjawab

Kita dicipta atas dasar kecintaan Tuhan yang Maha Pencinta.
Lahir ke dunia juga hasil cinta dua manusia.
Bila tiba masa, kita juga mahu memiliki cinta yang menjadi dasar atas segala perkara.

Salamun 'ala man 'ittab'al huda.

Of love will make you feel that you're in heaven,and you are ready to bare the pain even its killing you.Love will make you immolate,offer your heart,your soul,and even your life.Love make you feel that you're in cloud nine.Smile all the time, like no problem to face,like the world is ours.

Yet love is responsibility.Cinta adalah tanggungjawab.Datang bersama lafaz cinta itu adalah amanah dan tanggungjawab untuk digalas.

Sebab tu jangan sesuka hati melafaz cinta.Kerana akan ada jiwa yang merana kerana ketidaksediaan kita untuk menggalas tanggungjawab untuk bertanggungjawab atas lafaz yag diucap.

Cinta akan melahirkan rasa tanggungjawab.Si dia yang punya rasa tanggungjawab, akan memelihara si gula hatinya sepenuh hati.Sedegil mana pun si gula hatinya membantah,tak mendengar kata,akan tetap dilentur dengan penuh cinta walaupun yang dilentur itu sudah menjadi buluh.Membelai jiwa dengan kata semangat dan rasa cinta yang mendalam.Kerana dia menyedari,suatu hari nanti dia akan dipersoalkan tentang rasa cintanya pada si gula hatinya,adakah dia membiarkan atau dia memelihara.Kerana percayalah,buluh itu akan terlentur juga,walau mengambil masa yang lama,walau hati ada terluka.

Tapi sayang,banyak mahligai cinta yang dibina berlandas nafsu,bukan atas rasa cinta yang mendorong untuk merasa bertanggungjawab.Janji sehidup semati yang diucap,hanya sekadar mainan di bibir.Diucap tanpa rasa bahawa itu adalah sebuah amanah yang akan disoal oleh Tuhan kelak.Bila tak lagi mampu belayar dalam bahtera cinta yang diucap dulu,,akan terjadilah karam dilautan.Karam bersama ucap kosong yang dilafaz.Tuhan juga yang disalahkan nanti.Padahal sakit,sendiri yang cari.

Akan ada juga cinta yang merasa terlalu bertanggungjawab hingga sanggup membiarkan jiwanya dikelar-kelar, diluka hingga berparut, kerana melihat si gula hatinya bersama orang lain.Kerana dia tahu,itu adalah yang terbaik buat mereka.Kerana dia tahu,si gula hatinya bahagia dan terjaga bersama insan baru.Kerana dia mahu, si jantung hatinya mengecap bahagia,walaupun dia sudah menjadi orang ketiga.
This is why people said that LOVE IS BLIND.(^_^)



Model CELCOM tak berbayar.

Dan kerana cinta dan tanggungjawab,lahirlah insan ini ke dunia,membawa kegembiraan dalam jiwa ibu dan ayah yang membesarkan dan mendidik dengan penuh rasa cinta.

Selamat Hari Lahir,MUHAMMAD IZZAT BIN JAAFAR.
Moga sentiasa dalam tuntunan rahmatNya,adikku.=)


To be frank,I dont know why I'm writing this.Mungkin sebab menyedari akan ada insan yang membaca.dan nasihat panjang berjela ini adalah untuk beliau yang tersayang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...