Wednesday, June 26, 2013

Bigger Family.

Abang: "Na,lepas ni kau tak payah keje jauh-jauh.Keje dengan aku je.
Saya: "Kau nak bagi aku keje apa?"
Abang: "Kau keje jadi orang gaji aku.Aku nampak bakat dan potensi kau sebagai seorang bibik.Kalau kau jadi bibik aku,memang cerah masa depan kau dalam profesyen sebagai bibik.Amacam?"
Saya: "Penat aku belajar tinggi-tinggi,last last jadi bibik kau je?"
Abang: "Ala,kau belajar tinggi je.Pandai tak pun."
Saya: (-_____-')

Salamun 'ala man ittaba'alhuda.

Saya ada seorang abang.Seorang je.Tapi kalau dia buat riuh kat rumah,macam sepuluh orang yang bising.Dan abang saya adalah seorang yang penuh dengan dialog yang bodoh dan sinis dan lawak.


Dialog 1.

Saya: "Bang,apasal pemalas sangat ni??tak nampak ke baju banyak melambak atas lantai ni?bersepahla.Nak         jalan pun tak nampak lantai dah.
Abang: "Aku bukan malas.Ni nama dia safety precaution.cuba kau jatuh atas lantai kat bilik aku ni.Confirm tak sakit.Baju-baju ni akan bertindak mcam span.mngurangkan kesakitan.Bijak tak aku?
Saya: (-____-')

Dialog 2

Abang: "Na!!!! mane baju aku?
Saya: "Aku dah siap sangkut dalam almari tu.Carila elok-elok."
Abang: "Aku tak jumpa baju aku ni.Mane?Kau dah jual baju aku ke na???Ksian aku takde baju na.
Saya: "perghhhh."

Dialog 3

Abang: "Na,beg aku yang kat dalam bilik ni mane?"
Saya: "Ada dalam bilik tu.Carilah eok-elok.Aku sangkut kat almari merah tu."
Abang: "Mane na?Na,tolong lah,aku merayu dengan kau,tolong jangan kemas rumah na.Jangan kemas bilik aku.Tolong na.Habis hilang semua barang-barang aku.Tolong eh na,tolong.
Saya: "eh,dah bersepah aku kemas lah."
Abang: "Eh,kau ingat kau ketua kumpulan ke?Nak buat sesuka hati je dalam rumah ni?kau nak gulingkan aku dengan mak kau eh?Jangan na.Kau bukan ketua kumpulan.
Saya;" ????????"


Dialog 3

Saya: "Bang,tolong aku sidai baju."
Abang: "Na,jangan struggle sangat kemas rumah na.Kesian aku tengok kau struggle kemas rumah.Abang kesian tengok kau dik.Kesian adik abang ye.Takpe.Hari ni aku bagi kau cuti.Jap lagi aku email kan surat cuti kat mak kau.Siap ada cop kilang aku,soshin electronics.Kau cuti hari ni na,aku bagi kau cuti.Dah dah,jangan buat keje lagi.
Saya: (-_____-')


Dialog 4

Abang: "Na,kalau ada orang cakap kau cantik,kau tampar dia."
Saya: "Apasal nak tampar pulak?"
Abang: "cakap kat dia,abang aku tak suka orang menipu."
Saya: (-,_____,-)


Hahahhahahahaha.Dan sebenarnya ada banyak lagi lawak bodoh dan menyakitkan hati dari beliau.Kecik-kecik dulu memang sakit hati kalau bergurau dengan dia,asyik saya yang kena.Tapi,soon,he's getting married.Kesian bakal kakak ipar saya.

So,let the photos speak.(^_^)

The rombongan.

Berdebar.Kot.

Adat tukar sireh junjung

Mak saya sarung cincin tunang

Mak tiri saya sarungkan cincin merisik

The hantarans
 

The flower girls

The future big family :)

Bunga tu cantik kan?
 

The future bride and groom

Dan kak Jannah :)
 
 
Kepada bakal kakak ipar saya,
SELAMAT MENYERTAI KELUARGA KAMI!!
Sebenarnya saya kagum dengan bakal kakak ipar saya.Kerana beliau telah berjaya bertahan selama lebih dari tujuh tahun.Semoga Berbahagis hingga ke akhir hayat.:)
 
 
 
 
Sorry bang,aku memang ada niat nak buat super impose kat kau memandangkan aku budak baru belajar photoshop.
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...