Friday, October 25, 2013

Sebenarnya entri ni panjang lagi.Tapi nanti lah sambung.

21 days left.
Dan saya masih sibuk menyiapkan homework dan assignment yang banyak melambak-lambak.
Hantaran tak diesentuh langsung,lace baju tak berjahit, manik veil pun tak nampak lagi,dikejar due date assignment lagi.
Allah.Allah.Allah.
Saya tak cukup nafas,tangan,kaki,dan semuanya.


Salamun 'ala man ittaba' alhuda.


Ramai yang tanya,seronok tak nak kahwin?

Er.Saya tak tau nak cakap seronok ke tak.Seronok la sebab nak kahwin.Tapi terus hilang seronok tu tadi bila teringatkan kerja yang super hyper banyak.Assignment artwork banyak tu,takat boleh kira dengan jari je sebenarnya.Tapi memerlukan masa yang banyak.Buat satu artwork je boleh tak tidur 3 4 hari.Nampak macam senang dan boleh buat je.Tapi bila buat sendiri,baru tau macamana ujian nak siapkan satu-satu artwork.Memang sangat menguji kesabaran.Mesti artis-artis yang produce artwork yang cantik-cantik tu sangat sabar orangnya.




Artwork ni telah membuatkan saya tidur hanya dua jam sehari.

Artwork yang saya buat taklah cantik.kawan-kawan yang lain lagi cantik-cantik.Alhamdulillah,yang saya buat ni Allah ilhamkan.Saya ni bukan krestif pun.Huhuhuuu.

Alhamdulillah.Allah kurniakan saya kawan-kawan yang sangat prihatin walaupun kami berjauhan.*Sebab saya masih adapting the air of alone tanpa kakak saya.sobsob.Allah datangkan Saadah,schoolmate sekolah menengah dan Ika,sahabat di CFS IIUM dulu.

Saadah akan text setiap hari.tanya update pasal hantaran dan baju setiap hari.Dia cakap kalau saya tak buat dia akan bebel sampai saya kahwin.Hahahahha.Ika pulak tiba-tiba hantar mesej melalui whatsapp.Dan isinya adalah ini;



Terharunya Ya Allah!!!
Ika adalah my shoulder to cry on masa kat CFS dulu.Ika ni budak architechture.
Dulu-dulu selalu kesiankan Ika sebab selalu tak tidur 2 hari siapkan assignment,mockup model,drawings,dan sebagainya.Sekarang,saya sendiri rasa apa yang Ika lalu dulu.Mata macam panda,makan tak tentu arah,pastu muka macam zombi.heee~


Sebenarnya tak ada cerita sangat.Tapi nak sangat menaip sebab hari ni dapat MC of conjunctivitis yang saya hadapi.Nak letak nama famous je.Cakap jelah sakit mata.Adoi.


Moga sakit ni,Allah ampunkan dosa-dosa saya.dan mempermudah urusan saya.Allah takkan uji saya kalau saya tak mampu hadapi.Tapi kalau tak mampu pun,nak takut apa,saya sentiasa ada Dia yang Maha Mendengar.(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...