Sunday, April 28, 2013

28 April.

21 years back,on the same date,a small baby girl was born.


Salamun 'ala man ittaba' al-huda.


And today,she's 21.

21 years isn't a short time.It doesn't pass in a blink of eyes.
Tears,torments and hardships.
Those made her who she is today.

Alhamdulillah,she's still alive,smiling,and hope,
the upcoming years will be blessed and bliss.



HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!

Alhamdulillah,for years that I went through,I'm still me.

May Allah bless me,here and hereafter.






Wednesday, April 24, 2013

Selepas hujan,pelangi adalah hadiah yang sangat menenangkan.

Berlalu lagi sebuah bab kehidupan yang ditempuh dengan airmata yang gugur lebat.
Inilah kehidupan.
Yang diatur Tuhan dengan jalur yang berbeza untuk setiap insan.Tak perlu nak dipertikai kenapa aku susah,dia senang,kerana takdir kita berbeza.

Salamun 'ala man 'ittaba'al huda.

Allah tahu,saya perlu melalui fasa yang pedih dalam hidup saya,kerana ia akan menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri saya.Juga teguran atas silap saya,tersalah langkah,cuba untuk mengatur hidup sendiri dan terlupa akan hadirnya Tuhan.Allah juga mahu selamatkan saya,kuatkan saya dan memberi sinar mentari yang lebih cantik kerana adanya pelangi selepas hujan.


Dan Allah juga tahu,saya tak kuat berlama-menahan remuk perasaan,lalu Dia kirimkan teduhan.=)

Oh.Oh.Oh.Oh.Terlalu bermadah nampaknya.


Saya menyelongkar novel-novel lama yang menjadi koleksi saya.Terjumpa novel yang saya beli semasa Pesta Buku Antarabangsa di PWTC suatu masa dulu.Buku ni mencatatkan paling sedikit dipinjam oleh kawan-kawan.Mungkin kerana jalan ceritanya yang pelik dan olahan bahasa yang sangat puitis.

Tunggu Teduh Dulu,Faisal Tehrani,Al-Ameen Publication.


Ceritanya sangat bersahaja.Tentang hidup seorang gadis kampung yang biasa,punya masalah yang bertimpa-timpa.Ibunya telah pergi menghadap Ilahi sejak dia kecil lagi,bapanya pula berkahwin lain,ditanggalkan dengan ibu saudara,membesar tanpa perhatian ibu bapa,punya cinta monyet kala usia muda.Saya sangat suka akan cara bagaimana dihuraikan cerita Salsabila Fahim ini,dengan menggunakan kata ganti diri yang pertama,seolahnya cerita itu diriwayatkan oleh watak utama itu sendiri.


Ceritanya bermula,dengan pengenalan kepada watak utama.Salsabila Fahim,seorang wanita cekal,berumur lingkungan 27 tahun,yatim piatu,yang masih hidup cuma ibu tirinya dan adik tirinya,Shahruzzaman Fahim.Sewaktu remaja Salsabila punya teman karib yang menjadi tulang belakang dan penguat semangatnya dikala ribut taufan melanda hidup.Kamil dan Lam Ping Hai,berjanji akan menanti,dan bersedia untuk menawar cinta buat Salsabila.perjalanan hidup menyaksikan mereka terpisah dek tuntutan kehidupan.Usai Mendapatkan ijazah dalam perniagaan dari universiti di Amerika Syarikat,Salsabila mengorak langkah untuk menubuhkan perniagaan betik di tanah pusaka milik arwah ayahnya.Bersama teman seangkatan Teh Sofia,ladang betik telah dibuka untuk memenuhi permintaan betik yang besar di pasaran tempatan,juga pasaran antarabangsa.

Mereka menyatakan bahawa mereka menafsirkan pemahanan mereka tentang ketauhidan kepada Tuhan melalui perniagaan.Bagaimana mereka yakin bahawa Tuhan telah mentakdirkan kehidupan mereka untuk membuka ladang betik,berbakti kepada tanah,jujur dalam perniagaan,bersabar dengan kerenah manusia dan tumbuhan,mengimani bahawa setiap yang berlaku adalah jalur takdir dari Tuhan.

Bukan sesuatu yang biasa kita dengar,memperkukuh iman dengan sebegini rupa.


Suatu bab dalam hidup Salsabila bila dia hampir diperkosa di dalam kabin di ladangnya.Malam yang gelap,hujan yang basah menyimbah bumi,menyebabkan trauma yang berpanjangan.Bila disiasat dalang kejadian,terjumpa dompet milik pekerjanya yang menjadi kepercayaan.Sazli dipecat tanpa diberi peluang untuk mempertahankan diri.Sazli juga pernah jujur menyatakan kasihnya pada Salsabila namun ditolak mentah kerana Sazli jauh lebih muda.

Ditakdir Tuhan,Salsabila bertemu semula Sazli di Tanah Haram semasa menemani mak tirinya menunaikan umrah.Sazli yang dulunya dikerah-kerah di ladang,rupanya seorang yang pintar.Mengunjungi Baitullah untuk mengisi masa cuti pengajiannya di Jerman.Dan sudah ditakdir Tuhan,mak tirinya menghembuskan nafas terakhir di Masjidil Haram,dan tidak berapa lama kemudian,menikah dengan Sazli.Betapa Tuhan menggantikan kehilangan yang bermakna dengan kehadiran suami yang teguh disisi.

"Ingat pesan abang,Islam itu lima perkara,iman itu enam dan Ihsan itu merasa Allah sentiasa hadir bersama.Itu aja pesan abang".Pesan seorang suami,sebelum berpisah,dipisah jarak dan waktu.

Novel ni tak seperti novel islami yang lain.Nilai keimanan yang diterap tak seperti yang dibaca dalam ayat-ayat cinta,mahupun mana-mana novel islami tempatan.Saya sendiri tak tahu bagaimana nak menerangkan.Hanya jauhari mengenal manikam.Bacalah,pasti anda akan faham apa yang cuba saya sampaikan.


Imani Tuhan,kerana jalur takdir yang telah ditetapkan,adalah dalam genggaman Tuhan.Novel ini Memujuk hati saya,bahawa seharusnya cinta disalur dengan jalan yang mulia,bukan lagi janji kosong yang cantik awalnya,tapi tak kemana.


Dan saya mengimpikan suami seperti Sazli.=)

Wednesday, April 17, 2013

of broken heart.

I cried a lot these two weeks.
Of a man that I love the most,but he turned to get married with other person.
But,life must go on.
Menangislah sampai keluar airmata darah sekali pun,dia dah jadi suami orang.
Terima kasih,untuk awak,
kerana telah berjaya membunuh hati saya.

Salamun a'ala man 'ittaba'al huda.

To fall in love is seriously something serious to me.
Sebab mestilah nak bercinta sampai syurga kan?
No one yang nak things happen halfway.
Main betul-betul,bercinta pun,bercinta betul-betul.Bukan main-main.

I called my friend after I got a message saying that he's getting married by tomorrow.And my friend said;
"He is a loser.He lose big.He lose big as he decided to lose YOU."

I accepted a lot of coaxing messages these few days,say that I shall throw him away from my life.I shall delete him from my mind,forget him,as he never remember me."Never ever miss him,as he never misses you.","you deserve better darling,dont make him mess you",and a lot more messages saying that I shall forget him.Yes,I will.YES,I WILL.

The most coaxing word I ever heard was,"yang telah terjadi itu adalah takdir Tuhan.Macam tu jugak dengan benda yang akan terjadi masa depan.Jangan bersedih,Tuhan sangat sayangkan kamu.Dia nak kamu dapat pasangan yang jauh lebih baik.Yakinlah dengan Tuhan."

I'm writing this post not to express how i felt these days,macamana sakitnya hati hancur berkecai,macamna pedih hati dipijak-pijak tanpa belas kasihan.Tapi saya nak cerita,how the healing process went.Bukan mudah nak merawat hati yang luka dalam masa yang singkat.

Saya susah nak jatuh hati,dan susah nak melupakan.I think most of us macam ni.Tapi,Tuhan telah mentakdirkan jalan cerita hidup saya,tak macam orang lain.My friend once said;"Kau punya cerita boleh buat novel,mesti bestseller punya".Hidup penuh ujian,keluarga berpecah,mak ayah bercerai,mak pulak sakit teruk lepas bercerai,mentally stressed,ayah pun sakit in the same time,terpaksa berhenti belajar kat UIA sebab tak ada siapa yang nak jaga mak ayah kat Melaka,and bertunang,tapi putus tunang 3 weeks before the marriage,sakit teruk,and finally,ditinggalkan dengan hati yang pedih.

I won't say that I'm strong,but God is always there,hearing me.He knows exactly how i feel.Menangis dengan manusia takkan dapat selesaikan masalah.Bukan bermaksud mencari Tuhan bila ada masalah.Tak.Tapi when you get weaker,you get closer to God.He listens to you,never failed to do so.Saya adlah secretive person.Saya tak akan cerita kat orang lain melainkan saya betul-betul need a hug.I'm not close to my mother,for she had enough burden she faced.Takkan saya nak datang menangis di riba mak saya kalau mak saya hari-hari datang menangis di riba saya?Saya mesti kuat untuk mak.Tapi saya selalu lemah ntuk diri sendiri.And God alaways make me strong.He knows that things that happen in my life is the best for me.

I learnt a lot in my life.Saya suka duduk,dan flash back of things that happened in my life.I faced a lot of bad things that no one ever wanted it in their life.No one will ask for a hard life.but....

".....But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."

Al baqarah:216

I will never get back to you.For I believe in God,that He prepared me someone that love me,care for me and remember me in his prayers.

Thursday, April 4, 2013

Cinta dan Tanggungjawab

Kita dicipta atas dasar kecintaan Tuhan yang Maha Pencinta.
Lahir ke dunia juga hasil cinta dua manusia.
Bila tiba masa, kita juga mahu memiliki cinta yang menjadi dasar atas segala perkara.

Salamun 'ala man 'ittab'al huda.

Of love will make you feel that you're in heaven,and you are ready to bare the pain even its killing you.Love will make you immolate,offer your heart,your soul,and even your life.Love make you feel that you're in cloud nine.Smile all the time, like no problem to face,like the world is ours.

Yet love is responsibility.Cinta adalah tanggungjawab.Datang bersama lafaz cinta itu adalah amanah dan tanggungjawab untuk digalas.

Sebab tu jangan sesuka hati melafaz cinta.Kerana akan ada jiwa yang merana kerana ketidaksediaan kita untuk menggalas tanggungjawab untuk bertanggungjawab atas lafaz yag diucap.

Cinta akan melahirkan rasa tanggungjawab.Si dia yang punya rasa tanggungjawab, akan memelihara si gula hatinya sepenuh hati.Sedegil mana pun si gula hatinya membantah,tak mendengar kata,akan tetap dilentur dengan penuh cinta walaupun yang dilentur itu sudah menjadi buluh.Membelai jiwa dengan kata semangat dan rasa cinta yang mendalam.Kerana dia menyedari,suatu hari nanti dia akan dipersoalkan tentang rasa cintanya pada si gula hatinya,adakah dia membiarkan atau dia memelihara.Kerana percayalah,buluh itu akan terlentur juga,walau mengambil masa yang lama,walau hati ada terluka.

Tapi sayang,banyak mahligai cinta yang dibina berlandas nafsu,bukan atas rasa cinta yang mendorong untuk merasa bertanggungjawab.Janji sehidup semati yang diucap,hanya sekadar mainan di bibir.Diucap tanpa rasa bahawa itu adalah sebuah amanah yang akan disoal oleh Tuhan kelak.Bila tak lagi mampu belayar dalam bahtera cinta yang diucap dulu,,akan terjadilah karam dilautan.Karam bersama ucap kosong yang dilafaz.Tuhan juga yang disalahkan nanti.Padahal sakit,sendiri yang cari.

Akan ada juga cinta yang merasa terlalu bertanggungjawab hingga sanggup membiarkan jiwanya dikelar-kelar, diluka hingga berparut, kerana melihat si gula hatinya bersama orang lain.Kerana dia tahu,itu adalah yang terbaik buat mereka.Kerana dia tahu,si gula hatinya bahagia dan terjaga bersama insan baru.Kerana dia mahu, si jantung hatinya mengecap bahagia,walaupun dia sudah menjadi orang ketiga.
This is why people said that LOVE IS BLIND.(^_^)



Model CELCOM tak berbayar.

Dan kerana cinta dan tanggungjawab,lahirlah insan ini ke dunia,membawa kegembiraan dalam jiwa ibu dan ayah yang membesarkan dan mendidik dengan penuh rasa cinta.

Selamat Hari Lahir,MUHAMMAD IZZAT BIN JAAFAR.
Moga sentiasa dalam tuntunan rahmatNya,adikku.=)


To be frank,I dont know why I'm writing this.Mungkin sebab menyedari akan ada insan yang membaca.dan nasihat panjang berjela ini adalah untuk beliau yang tersayang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...