Saturday, August 24, 2013

Fasa baru sebuah kehidupan.

Tak ada yang akan kekal.
Kekal pada bentuk asal mahupun kekal tidak musnah.
Pasti akan ada perubahan.Dari satu fasa,ke fasa yang lain.

Life isn't static.
Life is about facing changes.Either you make the change or being changed.

Salamun 'ala man 'ittaba' al-huda.


Saya terasa nak menulis sesuatu.
Kerana cuba mempositifkan diri,berbaik sangka,dan bertenang untuk menghadapi fasa hidup akan datang yang lebih mencabar.
Alhamdulillah,Allah telah takdirkan bahawa jodoh saya telah sampai,and I'm now counting days to the big day.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Seronok.
Sebab saya akan ada kawan baru,keluarga baru,adik baru,mak baru,segalanya serba baru.Akan pindah ke rumah baru dengan housemate baru.Akan ada teman makan,teman gurau,teman siapkan assignment,teman bergaduh,teman sepanjang hayat,Insya Allah.But how I'm gonna face the new air in my life?In another 2 months time?Allah Maha Tahu.

Suami.
Manusia yang berdarjat tinggi disisi Tuhan.Kata Nabi,'Kalau manusia boleh menyembah selain Allah,akan aku suruh isteri-isteri menyembah suami mereka'.Aren't this a BIG thing?

Saya sejujurnya tak mengenali bakal suami,kerana masing-masing tak berhubung secara terus,abang saya sebagai orang tengah.Tapi saya yakini akhlaknya,yakini peribadinya,because he is the only man that I ever knew that did not approach me directly,tetapi datang terus kepada mak saya dengan niat yang jelas untuk memperisterikan saya.Itu nilai yang membuatkan saya sangat menghormati beliau.Kami dikenenkan oleh guru agama kami,dan beliau mengambil serius akan hal itu.

Tapi sebenarnya saya bukan nak bercerita pasal kami.Saya nak cerita pasal how I'm handling this.


I don't handle these.Allah do.
Sebab saya tiada daya menahan gelojak perasaan bila ia tiba.Saya juga manusia biasa,bila angin rindu datang,mula lah macam kucing hilang anak.Saya ni manusia yang suka buat-buat menyibukkan diri dan get socialize bila tak nak ingat sesuatu.Tapi bila saya nak borak-borak kosong dengan kawan lelaki di kolej,Allah akan hantar figura bakal suami ke mata,terus tak jadi nak borak.Saya akan teringat beliau dan segan sendiri.Entah kenapa.tapi saya rasa,Allah nak saya pelihara maruah diri,kerana saya akn bersuami.Peribadi bakal suami membuatkan saya banyak mencantas aktiviti mengarut saya seperti tengok movie,kerana hormatkan beliau.Sebab dia tak borak-borak kosong dengan kawan-kawan perempuan dia,sebab dia menjaga matanya setiap kali ada perempuan,kerana dia bukan lelaki biasa. 


Tuturnya sangat sopan.Dia akan dengar sampai habis apa yang orang lain nak cakap,baru dia balas.sangat hormat orang tua.Emaknya sangat sayangkan dia,kerana dia sederhana orangnya.He's a wise man.Mungkin kerana jarak usia yang jauh membezakan cara kami berfikir,berkomunikasi,berinteraksi.Saya loud orangnya,dan dia lebih berhati-hati dalam berkata.Sebenarnya ni berdasarkan pemerhatian beberapa hari ini,sebab berjumpa untuk berbincang urusan walimah kami.Kalau tak,tak juga saya tahu bagaimana orangnya dia.

Pelik jugak rasa kadang-kadang nak jadi isteri to a total stranger in my life.Tapi saya yakin,inilah jodoh yang terbaik Allah hantar buat saya.

Semoga Allah rahmati kami,dalam melangkah ke fasa baru kehidupan.
Terima kasih,sebab menerima saya seadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...