Friday, October 25, 2013

Sebenarnya entri ni panjang lagi.Tapi nanti lah sambung.

21 days left.
Dan saya masih sibuk menyiapkan homework dan assignment yang banyak melambak-lambak.
Hantaran tak diesentuh langsung,lace baju tak berjahit, manik veil pun tak nampak lagi,dikejar due date assignment lagi.
Allah.Allah.Allah.
Saya tak cukup nafas,tangan,kaki,dan semuanya.


Salamun 'ala man ittaba' alhuda.


Ramai yang tanya,seronok tak nak kahwin?

Er.Saya tak tau nak cakap seronok ke tak.Seronok la sebab nak kahwin.Tapi terus hilang seronok tu tadi bila teringatkan kerja yang super hyper banyak.Assignment artwork banyak tu,takat boleh kira dengan jari je sebenarnya.Tapi memerlukan masa yang banyak.Buat satu artwork je boleh tak tidur 3 4 hari.Nampak macam senang dan boleh buat je.Tapi bila buat sendiri,baru tau macamana ujian nak siapkan satu-satu artwork.Memang sangat menguji kesabaran.Mesti artis-artis yang produce artwork yang cantik-cantik tu sangat sabar orangnya.




Artwork ni telah membuatkan saya tidur hanya dua jam sehari.

Artwork yang saya buat taklah cantik.kawan-kawan yang lain lagi cantik-cantik.Alhamdulillah,yang saya buat ni Allah ilhamkan.Saya ni bukan krestif pun.Huhuhuuu.

Alhamdulillah.Allah kurniakan saya kawan-kawan yang sangat prihatin walaupun kami berjauhan.*Sebab saya masih adapting the air of alone tanpa kakak saya.sobsob.Allah datangkan Saadah,schoolmate sekolah menengah dan Ika,sahabat di CFS IIUM dulu.

Saadah akan text setiap hari.tanya update pasal hantaran dan baju setiap hari.Dia cakap kalau saya tak buat dia akan bebel sampai saya kahwin.Hahahahha.Ika pulak tiba-tiba hantar mesej melalui whatsapp.Dan isinya adalah ini;



Terharunya Ya Allah!!!
Ika adalah my shoulder to cry on masa kat CFS dulu.Ika ni budak architechture.
Dulu-dulu selalu kesiankan Ika sebab selalu tak tidur 2 hari siapkan assignment,mockup model,drawings,dan sebagainya.Sekarang,saya sendiri rasa apa yang Ika lalu dulu.Mata macam panda,makan tak tentu arah,pastu muka macam zombi.heee~


Sebenarnya tak ada cerita sangat.Tapi nak sangat menaip sebab hari ni dapat MC of conjunctivitis yang saya hadapi.Nak letak nama famous je.Cakap jelah sakit mata.Adoi.


Moga sakit ni,Allah ampunkan dosa-dosa saya.dan mempermudah urusan saya.Allah takkan uji saya kalau saya tak mampu hadapi.Tapi kalau tak mampu pun,nak takut apa,saya sentiasa ada Dia yang Maha Mendengar.(^_^)

Mana sama kakak dengan suami.

Saya tak ada kakak.
Tapi Allah kurniakan saya seorang kakak yang lebih muda dari saya.
Technically she's younger than me but literally not.
Letting her go to other's hand is such an unbearable pain to me.

Salamun 'ala man ittaba' alhuda.

Yes,she's younger than me.
Orang-orang keliling yang mengenali kami akan terpinga kehairanan melihat keakraban kami kalau mereka tahu kisah sebenar antara kami.Tapi takdir Tuhan itu beyond expectations.
Dia adalah manusia yang sentiasa bersama saya,day and night,through laughter and sorrow,thick and thin.We both were very happy waiting for her big day,but at the end,I'm the one who cried like baby.Mak dia pun tak menangis teresak macam aku.Adoi.

She's always there when I need her.Aktiviti favourite kami adalah pergi pasar malam, beli fishballs yang cucuk lidi tu, beli ayam goreng, and drinks,dan drive sesuka hati kemana sahaja yang kami nak sambil membebel pasal cerita yang berulang-ulang kami bualkan.And it never make us bored.(^_^) Tu adalah aktiviti bila ada duit.hihihi.Bila masing-masing kepokaian, naik je kereta dan round je mana-mana.Janji jumpa dan bercakap.Kalau tak jumpa sehari macam dah berbulan tak jumpa.Padahal tiap-tiap hari mesej, whatsapp, and call.

Aktiviti kami taklah asyik lepak hari-hari makan ayam goreng sambil membebel dalam kereta,tapi aktiviti kami macam ibu-ibu ada anak sepuluh.Pergi Mydin sorang satu bawak troli,beli barang dapur untuk rumah masing-masing.Kalau keluar pergi kedai je mesti ada groceries yang dibeli untuk menampung keprluan rakyat dirumah.Milo saiz jumbo,roti saiz jumbo,susu kotak besar,dan bermacam-macam lagi keperluan keluarga.Dah la drive Unser,memang nampak keibuan gilaaaa.Pergi mana-mana memang orang akan cakap kami adik beradik, dan of course saya akan kelihatan seperti adik beliau kerana sikap budak-budak saya yang masih memalukan.She's always laugh of my act.

Dialog 1
Di butik pengantin.
Kakak A: " Ni siapa yang nak kahwin ni?"
Ili: "Dia ni kak."(sambil tuding jari kat saya)
Saya: "Tak kak,kakak saya ni kahwin dulu."(tuding jari kat beliau balik.hihi.puas hati dapat kenakan dia      balik)
Kakak A : "Kenapa tak buat sekali majlis adik ni? "
Saya: "Sebab kitorang lain ayah." (bhahahahah.double meaning gilaaaa)

Dialog2
Di kedai tudung kawan Ummi.
Saya sedang main kejar-kejar dengan Iyas sambil digelakkan oleh Ili.
Mak Ili: "Na,warna apa yang cantik nak buat tudung ni?"
Saya: "Yang ni cantik.Masuk dengan warna baju."
Kakak B:"Ni anak akak ye...Mana satu adik mana satu kakak?Siapa yang nak kahwin ni?"
Saya dan Ili: (gelak control ketawakan kakak tu yang tak tau kitorang bukan adik beradik.)
Saya dan Ili : "Dia yang nak kahwin kak." (sambil tuding jari kearah masing dan cakap serentak)
Ummi : "Diorang tu adik beradik lain mak lain bapak tu."
Kakak B: (muka blur sambil ada tanda soal nampak kat kepala beliau *ok tu imaginasi saya*)

Dialog3
Di dalam kereta.
*Saya sedang memandu sambil makan kepak ayam yang mana Ili nak cerita kat Abang Fadli lepas saya kahwin nanti.malu*
Ili: "Na,kalau suami kau tahu lah perangai suka makan kepak ayam sambil membebel kau ni,apa dia cakap agaknya ek?"
Saya: "Dia gelak guling-gulinglah kot.Takpun dia belikan lagi satu kepak ayam.hahahahaha."
Ili: "Na!!Motor gummy gummy!!!"
Saya: " Mana-mana???!!!"
Ili: "Hahaha.Dengar nama gummy gummy teros gelabah.Hahahaha.kena tipu."
*Ok.nampak sangat dialog diatas tak ada motif dan jangan tanya gummy gummy tu apa*


So,when she got married to her husband,saya sangat terkesan.
SANGAT. 


See her sparkling eyes.


The Solemnisation.


Alhamdulillah.Sah menjadi suami isteri.


Rombongan Lelaki.



Keluarga dua belah pihak dan hantaran.


Berarak tengah panas.


Majlis bertandang dirumah mertua beliau.

Bila sah sahaja akad, saya tak boleh tahan lagi.My tears burst.Mak beliau pun tak menangis.Saya je yang teresak-esak menangis.
Ya,saya menangis kerana gembira.Gembira sebab akhirnya beliau dah ada suami.
Dalam masa yang sama,saya menangis kesedihan.
Because there'll be a very BIG gap between us.
Orang dah bersuami mana sama dengan orang yang solo.
Sangat terasa bila masa makan dimajlis beliau,saya makan sorang-sorang,kat hujung khemah.Looking around,dia tak ada.Sebab biasanya kami kongsi pinggan.Apa yang saya makan,dia akan makan jugak.

I took around 2-3 weeks adapting the change.Of I'm now driving in car alone,pergi pasar malam sorang-sorang,minum Cool Blog sorang-sorang, makan ketam lidi sorang-sorang.To be frank,saya menangis sepanjang minggu pertama perkahwinan beliau.

Ramai yang pujuk saya kesedihan."La...jangan sedih..kamu pun dah nak kahwin jugak kan..Tinggal sebulan lebih je lagi.",mak beliau pujuk saya."Jangan sedih tau.lepas ni ada kawan baru jugak kan?",Angah and her calming words."Ala bedah,lepas ni kan bedah pun nak ada suami.Jangan sedih okey.",kata joyah.

Tapi mana sama kakak dengan suami!!

Dialog4
Saya: "Kalau akak kahwin sape nak kawan dengan na?"
Ili: "Akak kawan na la.Insya Allah I will stay unchanged.sisters we are rite?"
Saya: "Tapi nanti akak kena dengar cakap inche suami"
Ili: "Ok2,nanti akak bagitau Abang Najib suruh bagi kita lepak macam sekarang walaupun dah kahwin.ok?"
Saya: "Jangan marah kalau masa nikah nanti tiba-tiba na tak ada.I can't bother seing those scenes.I'm sorry."
Ili: "Janganlah macam tu."
*Senyap tiba-tiba*


Cantikkan beliau?

Maafkan saya kerana kualiti gambar yang sangat tak elok.
Of emotional fluctuation yang sangat dasyat ketika itu.
Abang Najib,tolong jagakan kakak saya elok-elok ye.
She looks tough outside,but very fragile inside.

May Allah bless you kakak. And your husband too.Don't worry,I'm doing fine. And I know that you're in safe hand.May Allah grant you with endless bless in your journey of pleasing Him.Prayers for you kakak. And I just want you to know, I love you, and always love you.

*wiping tears.


Wednesday, October 9, 2013

Kerana itu takdirnya.

Maha Suci Allah yang menciptakan manusia,
dan menciptakan manusia itu berpasang-pasangan.
Segala puji bagi Tuhan yang mengatur perjalanan insan,
yang mentakdirkan sesuatu yang tak pernah disangka.

Salamun 'ala man'ittaba' alhuda.








Bismillah.
Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih Maha Penyayang.

dengan izin Allah,
pada

16 November 2013,Sabtu

saya,
Husna Izzati binti Jaafar

akan dinikahkan dengan

Mohd Fadli bin Kamis

 Dengan penuh rasa syukur saya ingin menjemput semua sahabat dan kenalan untuk hadir ke walimah saya yang akan dilangsungkan di

JA 2048, Taman Dato' Aziz,
77300 Merlimau,
Melaka


Kehadiran sahabat semua sangat saya hargai dan saya nantikan.(^_^)

013-6285395-Saya
Kalau ada sebarang pertanyaan atau apa-apa yang nak tau,silalah dengan gembiranya hubungi saya melalui nombor diatas.


Okay.dah-dahla dengan ayat skema jawapan karangan Bahasa Melayu SPM.
Datang ye kawan-kawan SMAP Labu,kawan-kawan Darul Quran,kawan-kawan UIA,kawan-kawan CICT,semua lah kawan dan sahabat yang kenal saya.(^_^)
Kalau ada kawan-kawan yang nak bermalam kat area Melaka,silalah menelefon saya ye.Insya Allah saya boleh uruskan penginapan kawan-kawan semua.

Wednesday, October 2, 2013

Akhirnya, masa itu tiba juga.

Akhirnya,
Saat yang dinanti tiba,
Menjadi noktah kepada sebuah penantian,
Dan permulaan sebuah jalan kehidupan,
Mengikat janji dengan Tuhan,
Dan menyatu kasih demi Tuhan.

Salamun 'ala man 'ittaba'alhuda.


Alhamdulillah.Hamizah Jemiran sah menjadi suri Md Shahri pada 8 September 2013.
I don't have the words.Let the photos do the talking.














Semuanya berjalan dengan lancar,
dan the bride is soooo pemalu baq hang.Mihmihmih.Saya seorang perosak bahasa yang berjaya sangat.


In 20 days time,another girl will turn to a complete woman.
And it do give a big shock to me.
Semoga berkekalan jodoh,hingga ke syurga buat pengantin berdua.
Moga sentiaa dalam rahmatNya.
(^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...