Wednesday, January 29, 2014

For whom named W.I.F.E

Everybody girl dreams of a very gentle,generous,kind-hearted and romantic husband.
Dreaming that everyday she will be pampered like a princess,being hugged,and the marriage life will go easily and as smooth as silk.Keep hoping for miracle in their future marriage and keep dreaming.I dont say there's no such miracle,but get real girl.Get real.

Salamun 'ala man ittaba' alhuda.

Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan,menggembiraka,membahagiakan,menyenangkan,malah menenangkan gejolak dalam jiwa.Its a gift from God.Sebab tu perkahwinan adalah syurga dunia.Syurga tu dikatakan sangat hebat nikmatnya kata Nabi.Jadi,boleh bayangkan nikmat sebuah perhubungan yang bernama perkahwinan?Imagine yourself.Kalau tak boleh,experience it yourself.=)

But.

There's a BUT there.


But,the merrier of the marriage will come if and only if you are valid for it.


Sudah benarkah imanmu pada Tuhanmu?

Cukup solehahkah anda untuk suami yang soleh itu?

Sudah banyakkah khidmatmu dan hormatmu untuk sang raja yang bernama suami?

Sudah sepenuh hatikah kamu cinta akan dirinya seadanya?

Redhakah kamu akan kekurangan suamimu?

Sudahkah kamu berusaha menjadi tulang belakangnya,tukang masaknya,pengurus rumahnya dan bendahari hidupnya?

Syukurkah kamu atas perkahwinan ini?



Ask yourself those questions, WIVES.

Kita selalu duduk termenung mengapa hidup tak bahagia seperti yang lain.Mengomen ini dan itu.Keep complaining and complaining.But we never reflect ourselves.Kita pernah terfikir tak,berapa banyak yang kita dah beri berbanding berapa banyak yang kita dah terima.Berapa banyak rengekan kita berbanding pujukan manja pada dia.Berapa kerap kita mendoakan suami berbanding kita didoakan.

Sebelum menerima, KITA HARUS MEMBERI.

Memberi sepenuh usaha untuk membenarkan keimanan kita pada Tuhan.
Memberi sepenuh komitmen untuk memperbaiki diri untuk suami yang baik dan soleh.
Memberi sepenuh HORMAT dan KHIDMAT pada suami.
Memberi sepenuh cinta dan hati hanya untuk lelaki bernama suami.
Memberi sepenuh hati dalam redha menerima kekurangan suami.
Memberi sepenuh komitmen dan usaha yang sepenuh hati menjadi tulang belakang suami.
Memberi seluruh urusan dan serahkan kepada Tuhan sebagai tanda syukur tak terhingga atas nikmat perkahwinan.

I'm not expert in these actually.But I've seen much failure in marriage around me.The failures teach me,what shoud I do when the time comes.


Wahai isteri,dan bakal isteri,


  • Imanilah Tuhanmu dengan sebenar keimanan.Imani bahawa segala takdirnya,adalah yang terbaik buat kita.Kerana Tuhan Maha Tahu,sang suami yang ditakdirkan untuk kita itu,sekufu dengan kita,cocok dengan kita.Dan jika bukan,redhalah,ianya adalah sebuah ujian kehidupan,menguji imanmu pada Tuhan.
  • Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.Penzina lelaki untuk penzina perempuan,perempuan beriman adalah untuk lelaki yang beriman.Make yourself better, the best will come to you.Insya Allah.
  • Kata Nabi; "Jika manusia boleh mnyembah sesama manusia,akan aku perintahkan isteri-isteri untuk menyembah suami mereka...".Redha Tuhan bergantung pada redha suami pada kita.Hormati suami,kasihi dia,ajukan pandangan dan berhemah,tolak ajakannya dengan penuh hormat,bantu dia dengan penuh hormat.Contohi Khadijah,walau pangkat dan harta melebihi Nabi,namun hormatnya pada suami,menyebabkan cemburu dihati 'Aisyah.
  • Cintai suami sepenuh hati.Dia adalah manusia, hatinya juga perlukan cinta dan kasih sayang.Give everything you have wholeheartedly, never despair.Your love will be paid.
  • You'll know the true colour of him after married.Redha adalah kunci bahagia.Pandanglah ini semua aturan Tuhan, pasti yang buruk akan dilihat cantik dan sempurna dimata.
  • Jika bersyukur,pasti Tuhan akan tambahi nikmat.Syukur,kita punya suami.Masih ada yang belum berjumpa jodoh hingga lanjut usia.Bukan semua punya peluang untung ada suami yang menguatkan bila kita lemah,memujuk bila kita merajuk,dan membetulkan bila kita salah.Syukur akan nikmat Nya yang tak terhingga.

Taburlah khidmat pada suamimu sepenuh hati,seikhlas hati.Dari situ akan muncul bahagia sebuah perkahwinan, akan hadir syurga dunia.Syurga yang taktergambar nikmatnya.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...