Friday, April 18, 2014

Bila DAKWAH itu punya harga.

Banyak betul ceramah-ceramah agama dan islamic talk semenjak dua menjak ni.Mushrooming everywhere.Semua orang mudah untuk pergi ke majlis ilmu.Dengan artis-artis yang sudah berhijrah sebagai tarikan,memang sangat ramai orang yang datang.

Salamun 'ala man ittaba' alhuda.

"Jemputlah sahabiah sekalian datang ke program ni,singgit je kena bayar".
"Wah,untunglah bayar seringgit je.Hari tu program dekat ***** panggil penceramah A,B dengan C kena bayar RM25,itu pun sebab promo.Harga asal RM45"
"Patut pun mahal,penceramah B dengan C tu memang orang biasa bayar RM1k".
"Kalau yang penceramah Z ni lagilah, buat hijab tutorial saja dah kena charge RM1.5k"
"Ni nasib baik penceramah kitorang cool je.Dia cakap, 'Suka hati antum nak bayar berapa'.Lega."

Dialog ni sebenarnya saya copy paste perbualan sahabat-sahabat saya yang selalu bertungkus lumus nak organise program dan islamic talk macam ni.Saya betul-betul tang sangka.Tak sangka penceramah-penceramah yang kita sanjung-sanjung dan kita hormati dan muliakan,sebenarnya melambung harga setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dengan begitu tinggi sekali harganya.Sungguh saya kecewa apabila mereka ini yang mengaku diri meraka penyeru umat mengenal Tuhan meletakkan harga untuk khidmatnya menyeru kepada kebaikan dengan harga yang begitu menyakitkan hati dan telinga untuk didengar.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 41;

"Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Qur'an) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa."

 
وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً
Sesetengah tafsir menjelaskan ayat ini tentang menjual ayat-ayat Allah.Jika ditafsirkan secara harfiyyahnya memang akan membawa maksud ' Dan janganlah kamu menjual ayat-ayatKu dengan harga yang rendah'.Tetapi disini saya bawakan tafsir yang lebih terang dan jelas maksudnya tentang menjual ayat Allah dengan harga yang murah.Tafsir diatas menjelaskan tafsiran dengan lebih jelas, 'dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya '.


APA KAITAN DENGAN PENCERAMAH YANG DIBAYAR TADI?

Mereka tahu tentang perkara dan amaran dari Allah ini.Tetapi kesenangan dunia telah mengaburi akal waras mereka.Jika Rasulullah masih bersama kita,Baginda pasti sedih dan kecewa dengan mereka yang mengaku menjadi rantai-rantai perjuangan baginda,tetapi tetap mengejar kesenangan dunia yang hanya sementara dan tiada faedah.Tiada ikhlasnya disitu bila awal-awal lagi sudah meletakkan harga untuk setiap seruannya mengajak kepada Tuhan.Bukan sedikit harganya.Malulah kepada Rasulullah dan sahabat yang berkorban wang dari poket mereka sendiri untuk menegakkan kalimah Tuhan dimuka bumi ini.Jangan berangan mahu jadi rantai perjuangan jika dunia masih lagi menjadi buruan.

Bila sudah ada harga,hilanglah ikhlasnya.Bila hilang ikhlasnya,hilanglah berkatnya.Bila hilang berkatnya,pergilah duduk dalam berpuluh ribu majlis ilmu sekalipun,jika yang menyampaikan ilmu itu tiada cahaya keikhlasan,takkan sampai mesejnya.Hanya masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Tiada pengajaran yang diambil,tiada apa pulangan yang diperoleh.Hanya bergelak ketawa sekadar menghibur hati dengan gurau senda si penceramah.Jika terus terusan begini,makin nazak umat.Tiada cahaya pencerahan menuju Tuhan dalam hatinya.Semuanya gara-gara si penceramah yang meletakkan harga tinggi melambung untuk kesenangan dirinya.

Ayuh,marilah jadi hamba Tuhan yang ikhlas.Ikhlas mengajak manusia lain beriman kepada Tuhan tanpa mengharap balasan.Ketahuilah,cukuplahlah Allah yang mengganjari segala penat lelah kita menyeru kapada kebaikan.Bukan wang manusia yang akan habis dan membawa kepada ketamakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...