Friday, April 18, 2014

Bila DAKWAH itu punya harga.

Banyak betul ceramah-ceramah agama dan islamic talk semenjak dua menjak ni.Mushrooming everywhere.Semua orang mudah untuk pergi ke majlis ilmu.Dengan artis-artis yang sudah berhijrah sebagai tarikan,memang sangat ramai orang yang datang.

Salamun 'ala man ittaba' alhuda.

"Jemputlah sahabiah sekalian datang ke program ni,singgit je kena bayar".
"Wah,untunglah bayar seringgit je.Hari tu program dekat ***** panggil penceramah A,B dengan C kena bayar RM25,itu pun sebab promo.Harga asal RM45"
"Patut pun mahal,penceramah B dengan C tu memang orang biasa bayar RM1k".
"Kalau yang penceramah Z ni lagilah, buat hijab tutorial saja dah kena charge RM1.5k"
"Ni nasib baik penceramah kitorang cool je.Dia cakap, 'Suka hati antum nak bayar berapa'.Lega."

Dialog ni sebenarnya saya copy paste perbualan sahabat-sahabat saya yang selalu bertungkus lumus nak organise program dan islamic talk macam ni.Saya betul-betul tang sangka.Tak sangka penceramah-penceramah yang kita sanjung-sanjung dan kita hormati dan muliakan,sebenarnya melambung harga setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dengan begitu tinggi sekali harganya.Sungguh saya kecewa apabila mereka ini yang mengaku diri meraka penyeru umat mengenal Tuhan meletakkan harga untuk khidmatnya menyeru kepada kebaikan dengan harga yang begitu menyakitkan hati dan telinga untuk didengar.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 41;

"Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Qur'an) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa."

 
وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً
Sesetengah tafsir menjelaskan ayat ini tentang menjual ayat-ayat Allah.Jika ditafsirkan secara harfiyyahnya memang akan membawa maksud ' Dan janganlah kamu menjual ayat-ayatKu dengan harga yang rendah'.Tetapi disini saya bawakan tafsir yang lebih terang dan jelas maksudnya tentang menjual ayat Allah dengan harga yang murah.Tafsir diatas menjelaskan tafsiran dengan lebih jelas, 'dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya '.


APA KAITAN DENGAN PENCERAMAH YANG DIBAYAR TADI?

Mereka tahu tentang perkara dan amaran dari Allah ini.Tetapi kesenangan dunia telah mengaburi akal waras mereka.Jika Rasulullah masih bersama kita,Baginda pasti sedih dan kecewa dengan mereka yang mengaku menjadi rantai-rantai perjuangan baginda,tetapi tetap mengejar kesenangan dunia yang hanya sementara dan tiada faedah.Tiada ikhlasnya disitu bila awal-awal lagi sudah meletakkan harga untuk setiap seruannya mengajak kepada Tuhan.Bukan sedikit harganya.Malulah kepada Rasulullah dan sahabat yang berkorban wang dari poket mereka sendiri untuk menegakkan kalimah Tuhan dimuka bumi ini.Jangan berangan mahu jadi rantai perjuangan jika dunia masih lagi menjadi buruan.

Bila sudah ada harga,hilanglah ikhlasnya.Bila hilang ikhlasnya,hilanglah berkatnya.Bila hilang berkatnya,pergilah duduk dalam berpuluh ribu majlis ilmu sekalipun,jika yang menyampaikan ilmu itu tiada cahaya keikhlasan,takkan sampai mesejnya.Hanya masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Tiada pengajaran yang diambil,tiada apa pulangan yang diperoleh.Hanya bergelak ketawa sekadar menghibur hati dengan gurau senda si penceramah.Jika terus terusan begini,makin nazak umat.Tiada cahaya pencerahan menuju Tuhan dalam hatinya.Semuanya gara-gara si penceramah yang meletakkan harga tinggi melambung untuk kesenangan dirinya.

Ayuh,marilah jadi hamba Tuhan yang ikhlas.Ikhlas mengajak manusia lain beriman kepada Tuhan tanpa mengharap balasan.Ketahuilah,cukuplahlah Allah yang mengganjari segala penat lelah kita menyeru kapada kebaikan.Bukan wang manusia yang akan habis dan membawa kepada ketamakan.

Wednesday, April 9, 2014

Alhamdulillah.Alhamdulllah.Alhamdulillah.

Alhamdulillah.I've been married for almost five months.Alhamdulillah and limitless thank to Allah for grant me a very good accompany,a good friend,yet a very supporting teacher.Its been soooo real and i just wake up realising  that I'm now a wife.

Salamun 'ala man ittaba' alhuda.

Dah lama dah plan nak post entri ni.Tapi kekangan masa dan kelajuan internet yang sangat tak membantu menyebabkan hajat tergendala.Some people had been asking around when will I update my blog.Huhuhu.Being a student cum wife aint easy peeps.But Alhamdulillah,so far I managed to do perform it (walaupun tak baik mana) with help of my husband.Alhamdulillah.

I have a few photos on my wedding day to show.But sorry the gambar isn't clear much sebab ni semua hasil bluetooth dan whatsapp.Nak post gambar cameraman jawabnye tak dapat lah kan dengan internet yang 'sangat' laju ni.But thanks to everyone that came on my day.Thank you soooooo much.Kedatangan anda amatlah saya hargai.Besok lusa korang nak kawen jangan lupa jemput.Insya Allah saya sampai kalau tak ada apa halangan.

So,here are some photos I managed to get.Enjoy.(^__^)

THE SOLEMNISATION

 Suami saya suka buat muka cool.Tapi dalam hati gegabah.haha.

 Ayah memang steady pakai baju melayu kain pelekat nikahkan anak.

 Muka boooolat bajet cun letteew.Masa ni waiting for the groom.

Lepas nikah terus berarak dan makan dulu.By the way,majlis ni kira majlis sambut menantu sekali
 since abang saya nikah a week before.

With Ika,the bridesmaid.Ika yang gegabah,padahal aku yang nak kawen.

Alhamdulillah,we are now husband and wife.
  
 The pelamin.Dais I mean.

 Some primary schoolmates that managed to come.Thanks peeps.

 Gambar ni amek masa ad kawan yang smpai around 4.


And here are some wedding wishes from extrovert92.(^_^)








Ramai kawan-kawan cakap,"nampak macam ustaz kawen dengan anak murid".
hehe.

Alhamdulillah.Dah almost five months being a wife,having a housemate,ada kawan nak ajak makan aiskrim,tengok movie sama-sama,makan sama-sama,malas sama-sama,masak sama-sama,doing almost everything sama-sama.Gaduh pun of course sama-sama.hihi

Suami saya softspoken.Tapi sangat tegas orangnya.Saaaaaaangat pandai memasak.Jadi isteri beliau tak perlu risau kelaparan dan makan tak sedap sebab abang rajin masak dan semua masakan dia sedap.Serious sedap.Most of my friend and schoolmate kahwin dengan spouse yang sebaya atau tak jauh sangat jarak usia.Tapi our 15 years age gap did not make us apart.But even closer.Suami saya tak dengar lagu-lagu Najwa Latif or Hafiz,beliau punya lagu zaman-zaman Spring,Ekamatra,Zamani,Search dan sebagainya.Most of the song I never heard of.Suami tak tengok Sailormoon,Totally Spies atau Barbie,kartun-kartun zaman beliau adalah Suria Baja Hitam dan Gaban,dan Ultraman yang siri sebelum Ultraman Tiga.Berbeza kan zaman kami?

Those things ties us closer.Sebab ada je cerita-cerita baju nak share.Tak bosan.Asyek bebel je dua-dua.Gaduh pun ada.Tapi tak lbih 2jam.Pastu konon-konon lapar ajak masak.Pastu baru mintak maaf.Lepas kenyang makan sedap.hihi.

Maaf sebab entri ni macam masuk bakul angkat sendiri.TAPI nak bagitau kawan-kawan don't afraid nak jadi isteri atau suami walaupun masih belajar.Husband and wife are complimentary.They make each other complete through hard winds and heavy rains,thick and thin,facing the obstacles togather.Thats what husband and wife are meant for.Perkahwinan tak menjamin hidup yang senang atau mewah,tapi tenang dan kuat walaupun hidup susah.

So,Think,and make a wise decision.Because we are getting older by day.For those who are getting married,welcome to the world of calamity and happiness.May Allah ease.(^_^) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...