Monday, September 22, 2014

my baby boo

 
Cats are awesome!!
Cute fluffy dan rasa mcm nak kunyah-kunyah.heheheh
 
 
Salamun 'ala man ittaba' al huda.
 
 
Saya dengan suami sangat suka cat.Kami ada banyak cat.Tapi gambar baby cat ni je yang ada dalam laptop.Mungkin sebab belum ada anak kitorang sayang sangat dengan cat.Ada anak nanti sayang anak je.Cat pun sayang jugak.hehehehe
 
 
 Yang Nampak kepala je tu namanye Debab.
 
 Mak cat ni name dia Misae.
 
Again Debab.

When this entry is posted,adik Debab baru je meninggal sebab ulcer dlm mulut.4 hari dia tak makan,tak minum susu ibu dia.Sedih :'( Harap-harapnya Misae akan bunting lagi and give birth to cut baby cats.

Ada lagi tiga ekor kucing sebenarnya.tapi gambar tak ada pulak.So nanti boleh upload lagi.:)


Friday, September 12, 2014

Membesar dan berubah

Hidup kita punya fasa yang berbeza.Fasa-fasa yang setiap insan akan lalui sepanjang hidupnya.Bermula sejak dilahirkan dari rahim si ibu yang gelap,hingga dikembalikan semula kebumi sebagai mayat.Berubah itu satu fitrah,dan perubahan itu amat perlu.Persoalannya,sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan dalam hidup kita?


Salamun 'ala man ittaba' alhuda.


Maafkan saya kerana banyak entry-entry sebelum ini terlalu berbaur self-pethatic yang nak agak berlebihan karutannya.Sesekali mungkin boleh,tapi kalau banyak sangat macam Mak Senah kepoh pule.hehehehe.Okay, back to business.


Alhamdulillah,Tuhan telah mentakdirkan banyak perubahan yang saya telah lalui sepanjang hidup saya.Dari perubahan yang kecil, besar, yang positif mahupun negatif, dan Alhamdulillah,saya tak pasti samada saya berjaya atau tidak mengharunginya, tapi I do survive.Alhamdulillah.Tak perlu lah rasanya untuk saya ceritakan keadaan-keadaan dan peristiwa-peristiwa yang telah saya lalui secara detail,tetapi yang penting bagaimana saya menguruskan tekanan dan bersedia menerima perubahan.Saya tahu,I'm never a good example here, its just I wanna share how I did.Dan saya tahu,ramai diluar sana lebih tabah dan sabar hadapi perubahan hidup.

Perubahan secara generalnya merujuk pada tumbesaran kita semua.Membesar dari bayi kepada kanak-kanak yang mempunyai sifat inkuiri yang kuat,dan berubah kepada alam remaja yang berjiwa rebel,perlahan-lahan berubah menjadi dewasa,dan menjadi tua,seiring dengan pertambahan usia.Perubahan ini bukan sekadar berubah secara fizikal,perubahan nombor pada usia,namun ia juga merangkumi perubahan minda,peribadi dan iman kita.Persediaan perlu kita adakan.Terutama bila kita menghadapi perubahan yang tiba-tiba.



PERUBAHAN = MENERIMA PERKARA BARU

Perubahan adalah tentang menerima perkara baru dalam hidup kita.Menerima yang sebenarnya kita tidak boleh berada statik disatu tahap dalam tempoh masa yang lama.KIta tak boleh selamanya jadi kecil.KIta pasti akan membesar menjadi dewasa.Kita tak boleh selamanya duduk bawah ketiak mak,kerana suatu hari nanti kita akan berkahwin, dan punya keluarga sendiri.Kita tak boleh selamanya duduk,kerana kita perlu berdiri dan berjalan untuk menuju ke destinasi yang kita tuju.KIta tidak boleh selamanya bergantung kepada ayah,kerana suatu hari nanti,kita akan punya suami.

Perubahan-perubahan ini yang perlu kita terima.Terima dengan hati yang terbuka.Bukan sekadar terima pada peringkat permulaan saja,tapi sepanjang masa.Mungkin sepanjang tempoh itu,banyak masalah dan kecacatan yang mungkin kita jumpa.Lapangkan dada,teruskan melangkah.Jika terbuat silap,akuinya dan ubah.Jangan terus-terusan menegakkan benang yang basah.Menjalani peruabahan memerlukan kita untuk berubah.Jika tidak,kita hanya umpama berjalan dalam bulatan.Tak berjumpa jalan keluar. 



PERUBAHAN; REALITI DAN ANGAN-ANGAN


Ramai yang sebenarnya menanti-nanti perubahan dalam hidup.Kalau tak percaya,perhatikan kanak-kanak.Mereka ini golongan yang jujur,tak menipu dalam berkata-kata.Percaya atau tidak,permainan yang dimainkan berkisar tentang menjadi dewasa.Main pondok-pondok,ada yang bawa watak emak,watak anak,watak ayah,dan pelbagai lagi.Seolah mereka amat menanti-nanti kedewasaan itu.Tetapi, bila dan menginjak dewasa, segala yang ditempuhi tak seperti yang diimpi semasa kecil dulu menjadikan mereka manusia yang banyak persoalan dalam hati mereka.Mengapa semuanya tak seperti yang diharapkan?Mengapa hidup aku tak seperti dia?Mengapa aku susah dia senang?Mengapa,mengapa dan terus mengapa.


Bukan semua yang kita impi,akan kita dapat.Kerana Tuhan itu maha Tahu apa yang terbaik.Not everything that we want is our need.And not everything that we need is in our wishlist.We can never know what will happen next.Assumption cannot determine the final result.Sebagai manusia yang punya iman,kita harus redha,apa yang bakal kita tempuhi.

PERUBAHAN; SYUKUR DENGAN  NIKMAT
We don't get what we wish doesn't mean that we are fail.KIta punya pilihan; bersyukur atau terus terusan merungut denga kekurangan yang kita ada.Perubahan hidup yang kita hadapi mungkin menyebabkan kita lebih susah dari dulu.Mungkin masa sekolah menengah tak perlu keluar duit poket untuk makan,tetapi bila dah masuk alam universiti,semuanya atas diri sendiri.Susah nak kena buat semua sendiri.Makan kena keluar duit poket,baju kena basuh sendiri,bilik kena kemas sendiri dan sebagainya.Lebih susah dari dulu.Buat pilihan.Jadi manusia yang bersyukur atau yang merungut.Pilihlah untuk bersyukur,Kerana syukur itu rasa cukup dan selesa dengan apa yang ada.Syukur itu tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuhan atas nikmat yang tak terperi.Syukur itu menifestasi iman.Kerana kita yakin adanya Tuhan.
Sukurlah.Yang kita masih diberi nikmat.Tak semua merasai apa yang kita rasa.
Kalau kita hanya sekadar pelajar kolej swasta,tak layak ke ipta, syukurlah,kerana ramai lagi yang diluar sana tak mampu untuk meneruskan pengajian walaupun ke ipts.
Kalau kita hanya ada RM10 dalam tangan, syukurlah,kerana ada manusia diluar sana yang mengemis tiada duit.Kalau kita merungut kerana makan tak sedap, syukurlah,kerana ramai lagi di luar sana hanya makan nasi berlauk garam.
Kalau kita merungut suami sibuk bekerja,syukurlah, kerana ramai lagi diluar sana yang belum ketemu jodohnya.
Kalau kita merungut rumah yang kecil,syukurlah, kerana ramai lagi yang tidur beratap langit.
Kalau kita merungut penat menjaga anak,syukurlah,kerana ramai lagi diluar sana yang menanti-nanti kehadiran zuriat dalam perkahwinan mereka.

Syukur itu ubat.Syukur itu juga nikmat.


Sambut perubahan dengan dada yang lapang,dengan hati yang terbuka.Perubahan bukan sebuah penyiksaan.Tapi satu bentuk pelajaran.Pelajaran hidup yang mengajar erti kedewasaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...