Thursday, January 29, 2015

Of pregnancy and child.

Semua yang dah mendirikan rumahtangga,tak ada yang tak menginginkan kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan mereka.Anak adalah menifestasi kasih sayang dan cinta antara suami dan isteri.Wanita mana yang tak mahu bergelar ibu,lelaki mana tak mahu dipanggil ayah.Namun,bukan semua orang mempunyai jalan takdir yang sama.


Salamun 'ala man ittaba' al-huda.



I am now 1 year plus married to my husband.Alhamdulillah,we had good times togather,we faced hard times,thick and thin togather.I am almost finish with my study,and I currently had a temporary work as a primary school English teacher.Alhamdulillah Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Semuanya saya telah rasa.Cuma,belum diizin Tuhan untuk saya punya anak.


Kakak saya,kawan-kawan yang telah berkahwin sebaya saya,atau kahwin selepas saya,telah dikurnia rezeki cahaya mata.Awal dikurniakan anak yang comel dan cantik,penyejuk mata,penghilang gundah dijiwa.Tipu saya katakan yang hati perempuan saya tak tersentuh,bila kakak saya mengandung,kakak ipar saya pun baru bersalin,kawan saya buat pregnancy test dan positif,hati saya tak mampu sembunyikan rasa sedih saya.Sedayanya saya cuba menyembunyikan perasaan sedih dan mengukir senyuman gembira bila dengar berita sahabat lain mengandung dan bakal menjadi ibu.

Tapi Tuhan dah bagi banyak nikmat pada saya,hanya itu yang belum rasa.Allah bagi saya rasa kahwin awal,Bagi saya rasa ada suami.Dah rasa ada rumah sendiri,kereta sendiri,Hidup berdikari.Cuma anak belum menjadi rezeki.

Soalan yang selalu ditanya.'dah lekat?', ' dah mengandung ke?' , 'bila nak mengandung ni?'
Selalunya saya akan balas dengan senyuman.Bukan kuasa saya nak mengadakan zuriat dalam rahim saya.Kehendak Tuhan saya belum mengandung,Saya sebagai hamba,akur dan redha.Dan saya tahu,manusia berbagai ragamnya,bukan semua faham dan menghormati perasaan saya.


Ada seorang kakak yang rapat dengan saya,7 tahun usia perkahwinan beliau dan belum rezeki beliau mempunyai cahaya mata.Bila saya berada dalam situasi sekarang,saya rasa saya amat memahami perasaan yang dia alami.Menahan sebak dan menyembunyikan perasaan sedih dan memakai topeng gembira bila mengetahui sahabat lain mengandung dan bakal jadi ibu.Allah tak pernah kejam dan Dia mnguji kita atas kemampuan kita.Sekarang,Allah kurniakan beliau anak yang comel dan montel.Mungkin bukan zuriat sendiri,tetapi sangat membahagiakan.


Saya menulis bukan untuk menyatakan kesedihan saya.Tetapi untuk kita sama-sama berfikir,sebelum melontarkan kata-kata keluar dari mulut.Agar tiada hati yang terguris.Agar tiada hati yang menangis.Jadilah orang yang menggembirakan hatinya,memujuk dan memberi semangat padanya,dan berkat,'Sabarlah,Allah sedang mengujimu'.


Redha dan syukur,adalah ubat yang paling mujarab merawat hati.Moga Allah terus jadikan saya manusia yang bersyukur dan redha dalam menghadapi ujian.(^_^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...