Thursday, January 29, 2015

Syazwani & Syafiq

We might had been togather for only few years,but you remain in my heart.

Salamun 'ala man ittaba' alhuda.


Siti Syazwani bt Nordin.
Saya pernah menjadi sangat rapat dengan beliau.And she's always a mother to me.I mean the way she cares,the way she treat me,has a resemblance of mother.She's a very kind hearted,generous,pandai memasak;*mihun sup wani sedap oiiii*,bijak,and most of all,manis dan cantik orangnya.

Wani was my classmate in DQ.She's one of the brightest in the class.Muqarar tak pernah ada masalah,steady je exam four flat.Baik lah sangat-sangat Wani ni.Roomate beliau Syariza,sempoi sebab kitorang suka lepak bilik dia.Kami macam geng bas sekolah la cuma tak ada bas sekolah.Ada saya,Zaimah,Syazwani,Syariza,Syarina,ada jugak Jalilah.Banyak sangat ni kalau nak mention nama semua orang.

Masa kat DQ dulu everyone like 'Wani kawen dulu ni,pandai masak,banin mesti suka' , 'Wani ang jangan senyum sangat,cair ustaz tengok,hehehe,' and other dialogue teasing her that among us,she's gonna get married first.Tapi I married first.*hehehehe* and actually wani dah bertunang dengan Syafiq months earlier before i got marries.MONTHS okay.Senyap-senyap je tak nak bagitau.

I was so shocked bila Wani cakap tetiba nak kahwin oh please come to KEDAH 3WEEKS from now.WHAT?Wani...ang memang nak kena.So,sebab bagitau lambat,saya tak dapat menghadirkan diri ke Kedah nun jauh disana.But here are some photo of them.Enjoy (^___^) 


SYAZWANI & SYAFIQ
170115

 Malu-malu lagi~


 Peace saya dah jadi bini orang~

 Amende lah gossip gewl tu

 Suwitnyeww~

 Da prektis sejak kat DQ ke ap?




Gossip gewllll~




 Terima kasih Syazwani.sebab menjadi sahabat,kakak,adik,mak dan semuanya pada aku masa kita sama-sama di DQ.Terima kasih sebab sudi temankan aku tido,tolong tapaukan makanan,tolong papah pergi toilet,tolong pujuk bila menangis,tolong belanja bila aku pokai,tolong teman gi jalan-jalan kat KL,teman cari modal tasmik,terima kasih yang tak terhingga buat hang....


Maafkan aku sebab tak dapat hadir dihari bahagia hang.Maafkan aku sebab tak dapat jadi kawan yang baik buat hang.Tak ada apa yang mampu aku bagi selain doa buat hang suami isteri,semoga sentiasa dalam rahmat Tuhan.Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah.Moga menjadi isteri yang menjadi penyejuk mata,penenang jiwa,pembakar semangat meraih redha Ilahi.(^___^)



*padahal taip sambil nanges-nanges*

Of pregnancy and child.

Semua yang dah mendirikan rumahtangga,tak ada yang tak menginginkan kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan mereka.Anak adalah menifestasi kasih sayang dan cinta antara suami dan isteri.Wanita mana yang tak mahu bergelar ibu,lelaki mana tak mahu dipanggil ayah.Namun,bukan semua orang mempunyai jalan takdir yang sama.


Salamun 'ala man ittaba' al-huda.



I am now 1 year plus married to my husband.Alhamdulillah,we had good times togather,we faced hard times,thick and thin togather.I am almost finish with my study,and I currently had a temporary work as a primary school English teacher.Alhamdulillah Alhamdulillah.Alhamdulillah.


Semuanya saya telah rasa.Cuma,belum diizin Tuhan untuk saya punya anak.


Kakak saya,kawan-kawan yang telah berkahwin sebaya saya,atau kahwin selepas saya,telah dikurnia rezeki cahaya mata.Awal dikurniakan anak yang comel dan cantik,penyejuk mata,penghilang gundah dijiwa.Tipu saya katakan yang hati perempuan saya tak tersentuh,bila kakak saya mengandung,kakak ipar saya pun baru bersalin,kawan saya buat pregnancy test dan positif,hati saya tak mampu sembunyikan rasa sedih saya.Sedayanya saya cuba menyembunyikan perasaan sedih dan mengukir senyuman gembira bila dengar berita sahabat lain mengandung dan bakal menjadi ibu.

Tapi Tuhan dah bagi banyak nikmat pada saya,hanya itu yang belum rasa.Allah bagi saya rasa kahwin awal,Bagi saya rasa ada suami.Dah rasa ada rumah sendiri,kereta sendiri,Hidup berdikari.Cuma anak belum menjadi rezeki.

Soalan yang selalu ditanya.'dah lekat?', ' dah mengandung ke?' , 'bila nak mengandung ni?'
Selalunya saya akan balas dengan senyuman.Bukan kuasa saya nak mengadakan zuriat dalam rahim saya.Kehendak Tuhan saya belum mengandung,Saya sebagai hamba,akur dan redha.Dan saya tahu,manusia berbagai ragamnya,bukan semua faham dan menghormati perasaan saya.


Ada seorang kakak yang rapat dengan saya,7 tahun usia perkahwinan beliau dan belum rezeki beliau mempunyai cahaya mata.Bila saya berada dalam situasi sekarang,saya rasa saya amat memahami perasaan yang dia alami.Menahan sebak dan menyembunyikan perasaan sedih dan memakai topeng gembira bila mengetahui sahabat lain mengandung dan bakal jadi ibu.Allah tak pernah kejam dan Dia mnguji kita atas kemampuan kita.Sekarang,Allah kurniakan beliau anak yang comel dan montel.Mungkin bukan zuriat sendiri,tetapi sangat membahagiakan.


Saya menulis bukan untuk menyatakan kesedihan saya.Tetapi untuk kita sama-sama berfikir,sebelum melontarkan kata-kata keluar dari mulut.Agar tiada hati yang terguris.Agar tiada hati yang menangis.Jadilah orang yang menggembirakan hatinya,memujuk dan memberi semangat padanya,dan berkat,'Sabarlah,Allah sedang mengujimu'.


Redha dan syukur,adalah ubat yang paling mujarab merawat hati.Moga Allah terus jadikan saya manusia yang bersyukur dan redha dalam menghadapi ujian.(^_^)

Interpretasi seni.

Seni adalah lambang jiwa,lakaran minda,dan penterjemah rasa.Hasilnya bukan setakat lukisan dan ukiran.Diterjemah melalui banyak cara.

Salamun 'ala man ittaba' alhuda.

Kali ini gambar majlis perkahwinan adik ipar saya, Bibi Atika dan pasangannya, Mohd Suhaizan.Alhamdulillah,kepercayaan telah diberi kepada saya untuk melaksanakan tugas sebagai photographer dan juga baker.Tangan saya kurang seninya.Mungkin hasil nampak kejung,tapi ini yang terbaik dari saya.


So please your eyes with these photos.(^___^)



























Tuesday, January 27, 2015

Maka, bermulalah sebuah pelayaran~

Mendirikan rumahtangga, adalah permulaan kepada sebuah penghidupan yang jauh berbeza, yang penuh tanggungjawab,kebahagiaan,dan ketenangan.Hiduplah dan binalah kehidupan rumahtangga dengan iman dan taqwa kepada Tuhan.

Salamun 'ala ma ittaba' alhuda.


291114.Sarah & Amin


My beautiful cousin is happily married to her soulmate Abang Amin aka Azlan.She is very close to me.Since we were small kids,we stay togather,play togather,did almost everything togather.Sangat sedih bila sarah dah kahwin.Sedih sebab sarah dah jadi abang amin punya.Since i sedeh sangat,I belanja uolls gambar ajelah.














Sarah and I have few resemblance.Some people said that we look alike.Some said that our voice are alike.And there are people that said I am her sister.Elder not younger since I'm bigger and taller than her.Whatever they are,shes my cousin cum sister and she forever will be.


Semoga bahagia hingga akhir hayat,semoga sentiasa dalam rahmat Tuhan,dan semoga dikurnia zuriat yang baik-baik,soleh dan solehah.Banyakkan bersabar dalam berhubungan suami isteri,Perkahwinan ini tak seindah yang disangka,tapi tak sesukar yang dicerita.Moga aman bersama.



*by the way nak promote photography service sekali ni.hehehe.Kalau berminat boleh personal message saya.*peace* 

Monday, January 26, 2015

Meneladani kesilapan.

 Everybody makes mistakes.No one can ever say that he or she never made mistake in their entire life.Mistakes that hurt other's feeling,or even theirs.Mistakes that they had been repeating again and again.the question is,how we handle the mistakes that we did,or the wrong that other party did?


Salamun 'ala man ittaba' alhuda.



Maafkan saya kerana terlalu lama membiarkan blog ini sunyi sepi berhabuk-habuk sekian lama.Mungkin kerana kekontangan idea dan kesibukkan yang menggila menghimpit waktu dan menyebabkan saya terpaksa melupakan dulu hasrat nak menulis panjang berjela.Writing is a good exercise.Yet a good theraphy


Have you ever did something wrong that haunting you for most of times? Or maybe other people mistake that make you suffer to death until now?We might made a mistake that ruin other peoples' live and so do them.We can't avoid from making mistakes because we are mere human.Human that do miatakes as a prove that we all are weak.we are weak to make everthing and put everything right in their place perfectly.We can just try hard,but the result isn't ours to be think of.

Sometimes things just don't be right and out  of control. 

Lets deal with mistakes.Mistakes that we did and what other people did.


1. PENERIMAAN

Semua dari kita secara mejoriti menghadapi masalah ni tika berdepan dengan kesilapan yang kita sendiri lakukan atau kesalahan yang dibuat oleh orang lain.Terutamanya bila kita sendiri yang mencetus masalah itu.Sangat berat untuk kita akui bahawa kitalah yang bersalah dan telah membuat kesilapan.Yang lebih teruk,salah yang dibuat sendiri,dituding jari kearah orang lain,kononnya dia tidak bersalah dan orang yang dituding jari itu yang bersalah.Sudahlah buat salah,memfitnah dan menipu pula tu.


Saya suka menonton rancangan realiti tv barat,terutama bahagian dimana juri secara jujur dan telus mengkritik dan menyatakan satu persatu tentang kesilapan yang telah dilakukan oleh peserta itu.Ada dua perkara yang boleh kita teladani ;yang pertama sikap yang dikritik dan yang kedua ; sikap pengkritik.Yang dikritik sangat professional,dan menerima kesilapan yang telah dia lakukan.Mengaku kesilapan dan berterima kasih kepada juri kerana menegur kesilapan mereka.Bila dibelakang juri,tiada kata-kata kesat atau berkecil hati terhadap juri.Betul-betul terbuka dan mengaku kesilapan sendiri.

Yang mengkritik pula,mengkritik dengan jujur dan penuh hemah sekali.Mengkritik dan menyatakan sesuatu perkara yang negatif tenteng orang lain secara telus tetapi, dengan cara yang boleh diterima oleh orang lain.Komen yang membina,bukan kritikan  yang menjatuhka.Yang salah diberitahu,dan menunjukkan perkara yang betul.Bukan menyalahkan dan membiarkan orang itu terpinga-pinga tanpa tahu perkara yang benar.They don't blame,they build.

Jadi,teladani sikap positif dari mereka.yang menegur,tegur dengan hikmah dan hemah.Yang menerima teguran,berlapang dadalah menerima teguran,akui kesalahan,berterima kasih pada yang menegur, dan memperbaiki kesalahan diri.Buanglah sikap negatif kita,Biasakan yang betul,dan betulkan yang biasa.

2.MEMAAFKAN

Maaf adalah perkataan yang sangat susah untuk disebut oleh kebanyakan dari kita.Kalau disebut perkataan itu seolah olahnya akan jatuh maruah,tak boleh nak diangkat muka menghadap orang ramai.Jangan malu meminta maaf,dan jangan susah memaafkan kesilapan orang lain.

Ikutilah sifat junjungan mulia,Rasullullah SAW yang sentiasa memaafkan musuh,bertimban rasa dan menegur dengan penuh hemah dan hikmah.Kita yang mengaku beriman dengan Allah ini seharusnya punya sifat memaafkan dan merendah diri meminta maaf atas kesalahan sendiri.Believe me,people will respect you more,if you admit your mistake you did and apologise.

Mungkin ada juga situasi dimana ada pihak yang refuse to admit their mistakes,and sangat berat untuk meminta maaf dari kita.Walaupun berlaku hal sebegini,berlapang dada lah,dan maafkan kesalahan mereka.They are just too busy too apologise and kita husnuzzon dengan golongan sebegini.If we be the one that always hope and those who require people to apologise in any means necessary,masalah takkan selesai,hubungan akan renggang,and most importantly we will be stressed.

Berlapang dada lah,dan sedia memaafkan.


Saya juga baru menyedari akan perkara ini.Bahawa saya tak perlu nak mengetap-ngetap bibir menahan geram kerana sikap orang lain yang tak tahu meminta maaf dan tak sedar akan kesalahan diri sendiri.Saya tak boleh ubah sikap orang,tapi saya boleh ubah sikap saya.Memaafkan dan bukan menyimpan dendam.Mungkin sikap saya yang menyebabkan individu itu bersikap demikian.Jadi,sayalah yang akan berubah.


Marilah berubah,mencontohi sifat Rasulullah yang mulia,yang sentiasa memaafkan,sentiasa berlapang dada menerima teguran dan sentiasa berhemah dan berhikmah dalam membetulkan.



Biasakan yang betul,dan betulkan yang biasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...