Thursday, April 16, 2015

Hati seorang ibu

Pengalaman tiga hari yang penuh nikmat.Memberi saya peluang menjadi seorang ibu,sesuatu yang sangat saya nantikan.Hati seorang ibu,sentiasa mengenang anak dalam ingatan.Adakah kita sedar perkara itu?Jawapannya ada dalam diri kita semua.


Saalamun 'ala man ittaba' al-huda.

Ibu saya kurang sihat minggu ini dan tak larat menjaga anak abang saya yang masih bayi,berusia hampir 6 bulan,Murni namanya.Bondanya pulang ke kampus,dan ayahnya pula menghadiri kursus.Saya pun mengambil alih tugas menjaga Murni.Saya pernah menjaga Murni dulu,tapi tak lebih sehari dan pada masa itu Murni masih terlalu kecil,dalam lingkungan 3 bulan.Murni memang anak yang ringkas dan mudah.Ibu saya sendiri senang menjaganya sebab Murni tak banyak ragam,dan mudah mesra dengan orang baru.

Jadi saya ambil Murni dari rumah ibu saya,pada waktu itu,sudah pukul 10 malam.Oleh kerana ibu saya tak larat,Murni belum menyusu dan tak sempat dimandikan.Sampai sahaja dirumah,saya terus bersihkan Murni,beri susu dan tidurkan dia.Malam yang agak mudah.Esoknya Murni bangun,mnum susu tukar lampin dan tidur semula.Penat juga rasa sebab saya tak ada pengalaman berterusan menjaga anak kecil.Dan saya berdoa agar Allah mudahkan semuanya dan Murni sihat.

Tuhan nak bagi saya rasa nikmat menjadi ibu,dengan mentakdirkan Murni demam pada malam kedua.Petang lepas zohor Murni dah mula meragam,tidur sekejap,dan tak bermaya.Malam yang sama saya ada mengajar kelas tiusyen sekolah rendah,dan dah terlalu lewat untuk maklumkan bahawa saya tak dapat hadir.Suami saya pesan mesti pergi,itu amanah orang.Dan suami cakap jangan risau,dia akan jaga Murni selama dua jam saya pergi mengajar.Sebelum pergi mengajar,saya siapkan keperluan Murni,susukan dia,dan tidurkan Murni dengan harapan dia akan bangun selepas saya pulang.

Saya pergi mengajar dengan hati yang gundah.Saya tawakkal,moga Allah rahmati Murni dan suami saya dirumah,moga semuanya okay.Tapi sebelum itu sempat juga saya berpesan kepada ibu saya supaya menjenguk Murni jika larat kerana saya ada kelas.Dua jam berlalu begitu lambat sekali saya rasa.Seolah olah saya ingin habiskan awal kelas malam itu.Tapi ini amanah,saya harus jujur.Usai mengajar,saya terus laju menekan pedal minyak supaya saya sampai segera.Hanya satu benda dalam kepala saya,Murni.

Sesampainya dirumah,saya nampak kereta ibu saya.Ibu datang menjenguk Murni dengan adik bongsu saya.Suami,ibu dan adik semua diruang tamu cuba melayan Murni yang meragam.Subhanallah,the moment I step my feet into the house,Murni smiled to me and raising her hands,asking me to lift her up.I seriously feel like a mother,because the moment I lift her up,she stop crying.And smiling happily to me.Ibu saya tak sangka Murni will act that way.Only Allah knows what I feel.

Kami pergi makan kemudiannya,dan Murni tetap mahu didukung saya,dipangku saya dan disusukan oleh saya.Murni memang anak yang baik.Malam itu juga badan Murni panas,buang air besar kerap.Malam tu juga Murni meragam tak nak baring.And again,bila tido berbantal lengan saya,segera Murni lelap.Walaupun saya menghadapi malam yang panjang kerana Murni rasa tidak selesa,tapi itulah nikmat menjadi ibu,menjadi insan yang sentiasa dicari dan dinanti.

Esoknya,pagi saya dimulakan dengan senyum Murni yang berpanjangan.Murni senyum,bermain-main,bercakap-cakap dengan saya seolahnya saya memahami bahasanya.Murni baring sebelah saya,makan dilangku saya,tidur nak didodoi saya.Another splendid day with Murni.Ibu saya ada menjengah sekali dua,namun tetap Murni mahukan saya dan menolak opahnya.Murni.Murni.

Dua perkara yang sangat membahagiakan saya dalam menghadapi tiga hari yang panjang ini; senyuman Murni,dan rengekan Murni.Dan petang tadi saya telah menghantar semula Murni tinggal bersama opahnya kerana saya ada komitmen yang perlu saya laksanakan dan Murni tak boleh dibawa sekali.

There are a few things that I learnt here;

1.Your mother never forgets you.

Bonda Murni mesej saya dan menyatakan kerinduannya pada nak kecilnya.Dan kala ini,saya merasai kerinduan itu.Rindu untuk memeluknya,rindu untuk bermain dengan dia,rindu segalanya tentang dia.Dan bau anak itu sendiri masih kuat melekat dalam minda saya.Ibu tak akan pernah melupakan anak yang dilahirkan dan yang dikandungkan.Never.

2.Being a mother is a bless.

Menjadi ibu,adalah suatu perkara yang sangat mulia.Redha Tuhan terletak pada redha sang ibu.Walaupun anak itu setelah besarnya selalu melupakan ibunya,tapi ibu tak pernah lupa mendoakan anamnya yang berpuluh tahun dahulu dikandung dengan penuh rasa cinta dan syukur.

3.Are we a good child?

Menjaga Murni membuatkan saya teringatkan ibu saya.Regardless of everything happened,she is and will forever be my mother,who always wish and prayed for every good things for me.She fed me,she raised me, with all her heart,her strength and her prayers brings me who I am now.Saya sayang ibu.And I know,my love towards her can never be the same as her love towards me.

Sabda Nabi,
"Ibu,ibu,ibu dan yang ketiga,ayah".
Love to all mothers.



Makngah rindu Murni.

Wednesday, April 8, 2015

Another wedding photoshoot.


Welcome to the big family Kak Wati.

SOLEMNISATION & RECEPTION
HASRON & WATI
27&28 MAC 2015














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...